January 29, 2015

NAB Turns 3!

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.
Pantas rasanya masa berlalu, Nur Arissa Batriesya dah 3 tahun. Alhamdulillah masih dipinjamkan dan diizinkan Tuhan untuk menjaganya. Sambutan kali ini juga tiada sebarang jamuan. Seperti biasa, meluangkan masa 24 jam bersama. Alhamdulillah. Cuti-cuti Malaysia sempena hari lahir Arissa kami anjak minggu hadapan bersama kawan-kawan. InsyaAllah.

Lokasi kami kali ini ke IOI City Mall Putrajaya je. Perancangan asal Yatie nak bawa Arissa ke Magnum Cafe menikmati Ice Cream kegemaran beliau. Tapi tiba-tiba pula dia batuk. Huhu. Makanya kami jalan-jalan je. Nak masuk District 21 tu pulak Arissa tak cukup umur. Makanya Arissa cuma naik keretapi indoor je. Dengan maknya sekali. Hoho. Ok lah. Layan gambar anakanda yang ceria di hari lahir yang ketiga je k. Tak banyak gambar pun. =P

as request by kakak

kakak the happiest girl on that day

request by kakak juga

kakak sangat suka bilik ni

kakak dah pandai request nak beli
"mak.. nak ni.."
hehe

request by kakak jugak
nampak real kan?

ok.. this is soooo kakak!

suka sabotaj mak amik gambar bersama huhu

kakak ajak main skate huhu

kalau mak main skate takut lain jadi nya huhu

kakak dan ayah yang selalu 'gaduh'

kakak naik train

indoor train comel!

kakak happy!

mak ayah lagi happy!
Lepas naik keretapi, kami bawa Arissa makan. Tapi Arissa tidur dengan nyenyak. Pfftt! Jadi, sepanjang kami makan dia tidur tak bergerak langsung. Cuma kelebihannya Yatie dapat lah makan steamboat tomyam instead of sup sebab sekarang selera nak masam pedas je. Huhu. On the way nak balik, Yatie beli PopCorn dan Donut sebab takut dia bangun lapar. Dan plan nak bawa dia malam tu dinner di Restoran Upin Ipin. Tapi, hujan pulak. Errrr. Dan makan-makan dibawa pulak esoknya lepas check up 3 tahun di KKIA di Mid Valley. Alhamdulillah. Settle simple celebration. Hihihi.

Sebenarnya apa yang penting ialah Nur Arissa Batriesya dikurniakan kesihatan yang baik. Makan-makan, dan jalan-jalan ni sebenarnya untuk buat dia rasa hari itu hari yang lebih istimewa walaupun setiap minggu boleh je ukur shopping complex. Gittewww. Cuma hari tu bezanya Yatie bagi lebih kelonggaran untuk dia berlari-lari sampai Yatie letih berlari nak kejar. Haha. Ok lah. Till we meet again, insyaAllah.

Salam Sayang,
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day