January 20, 2015

Mat Periuk Cafe

Mat Periuk Cafe merupakan sebuah kafe kepunyaan Chef Kamarul yang terletak di Kampung Tersusun Tasek, Bercham, Ipoh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Hari ini Yatie nak cerita tentang makan lagi. Hee. Yatie tahu ramai dah makan kat Mat Periuk ni kan? Yatie baru berkesempatan pergi masa balik cuti tahun baru tempoh hari.

mat periuk cafe yang comel
Ok. I thought cafe ni besar sebenarnya. Tapi, tak besar pun. Hoho. Comel aje. Dan Alhamdulillah kitorang tak perlu nak queue bagai untuk dapatkan seat walaupun dapat seat kat luar. Cuma, bagi Yatie diorang kena improvise sikit la tempat ni jangan bagi gelap gelita walaupun dia bagi candle. Kalau pasangan dua orang sedang bercinta ok. Tapi I pasangan dua orang bercinta bersama seorang kekasih hati yang cilik. Agak tidak selesa. ;)

cincau (Yatie) & laici ais (suami)

mushroom soup with garlic bread


chicken chop (suami)

marinate chicken (Yatie)
 Overall, ok. Sedap! Dan Yatie suka pisang yang dekat atas ayam Yatie tu. Hahaha. Yatie suka ayam tu jugak sebab crunchy. Sedap! Suami pulak, blackpepper sauce tu sikit sangat katanya. Hoho. Overall, sedap! Boleh repeat cuba makanan lain pulak. InsyaAllah. Hehe. Harga? Reasonable. Ewah! 

By the way, sekarang ada banyak restoran/kafe yang menarik dah kat Ipoh. Dan InsyaAllah nak juga visit one by one bila berkesempatan kalau balik Ipoh. Cubalah ke Mat Periuk Cafe! Support orang kita. Ecewah! Hehehehe. (takkanlah asyik nak kenny rogers je, nando's je, kfc je, etc. kannn? ;))

Salam Sayang, 
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day