January 14, 2015

Kedai Makan Selera Azrorasa, Taiping

Kalau ke Taiping, jangan lupa singgah di Selera Azrorasa menikmati Kari Ikan Sembilang, Ketam Nipah Bercili dan pelbagai juadah lain dalam suasana kampung serta di tebingan sungai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Cuti tahun baru tempoh hari kami balik Ipoh. Panjang sikit langkah kami ke Zoo Taiping. Kali ke-3 Arissa ke Zoo dan kali ke-2 dia ke Zoo Taiping. Beza kali ni dia pergi mulut dia bising! Hoho. Keluar dari Zoo dah tengahari. Dok fikir nak makan kat mana nak makan apa. Google tak jumpa yang menarik. Google ada la keluar cerita makan kat Selera Azrorasa.

So, kami tanya anak menantu pemilik Selera Azrorasa ni - kedai buka ke tidak. Buka katanya maka kami terus ke sana. Konon nak buat terkejut sekali terserempak dengan anak menantu diorang nih kat simpang jalan. Pffttt! Haha. Ok. Alkisahnya kami kenal dengan anak menantu dia ni. Arissa kenan bebeno dengan Acik Kuyah dia. Haha.

 

Selera Azrorasa ni terkenal dengan Kari Ikan Sembilang dan Ketam Nipah Masak Cili. Nyum3! Ketam Nipah tu kami selalu juga makan tapi air tangan anak pemilik kedai; Safiah. Kali ini nak makan yang orang kat kedai masak lah kan. Hihihi. Of course la kami order kedua-dua menu tersebut. Ngeeeee. Dan sebenarnya, Yatie tak makan Ikan Sembilang. Hoho.

Tips untuk anda; sila call dahulu untuk tempahan. Jika anda seorang yang kurang sabar, anda akan tak senang duduk menunggu. Sebab diorang masak satu satu tau. Bukan kita datang benda tu terus cedok. Tidak. Tidak. Konsep dia, meh makan ketam dan ikan yang fresh, gitu. Jadi, kami la tu antara yang menunggu lama. Haha. Tapi kalau tak menunggu tak dapat makan laksa. Ngeee.


Dah dapat makanan, maaf tak teringat nak ambil gambar lawa-lawa & satu-satu. Sedih! Dah habis suami makan baru ambil gambar. Ikan Goreng Sembilang yang crunchy itu pun dah habis. Oh ye! Tiba-tiba makan pula ikan sembilang kan? Haha. Cuba ikan goreng tu wallaweh sedap! Arissa pun suka berebut nak makan. Keropok katanya. Sebab crunchy tu.

Dan Yatie persembahkan pada kalian gambar lain dari emily2u.com. Yatie geram je tengok ikan sembilang goreng tu. Haha. Sedap betul!




Sedap tak?? Mestilah sedap. Kalau tak sedap tak terkam je sebelum ambil gambar. Haha. Jadi, kalau korang ke Zoo Taiping atau ada kat area Taiping jangan lepaskan peluang ke sini. Kedai ni ramai dah kenal. Dah masuk paper juga sebenarnya. Lokasinya dekat Kampung Matang Gelugor. Nak rasa suasana kampung, makan tepi sungai haa.. meh datang sini. Surau pun ada tau disediakan. Jangan lupa call untuk tempah dulu sebelum datang. Yatie sertakan nombor sekali; 058412004 atau 0135332253 atau 0135184479. ;)

Salam Sayang, 
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

3 comments

  1. ampunnn, ketam tuuu! nanti nk g tepeng lah.lama x g sana.

    ReplyDelete
  2. wah.. balik kg nk g la.. da buat note.. haha..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, kaknoor snggahfollow sini tengok makanan yg adoiii sedap2 belaka ni

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day