January 6, 2015

2nd Pregnancy Journey Begin

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Selamat tahun baru kawan-kawan. Semoga kita terus dilimpahkan dengan nikmatNya yang tak terperi, redhaNya, kasihNya, sayangNya, rahmatNya, dan rezekiNya. Allahhummaamiin.

Yatie mulakan entri tahun 2015 ini dengan nikmat besar yang Allah pinjamkan untuk Yatie, Suami dan Kakak Long Nur Arissa Batriesya. InsyaAllah, Yatie akan bersalin bulan Julai nanti. Mohon doa semua semoga perjalanan kali ini dipermudahkan sehingga pada hari ia dilahirkan dan dibesarkan. 

2nd Pregnancy Journey dalam blog baru bermula. Journey sebenar Alhamdulillah dengan izinNya hari ini Yatie dah 14 minggu 1 hari. Dah nak habis trimester pertama. Dan hari ini juga Yatie baru daftar di KKIA. Jadi, hari ini Yatie nak throwback sikit. ;)

buku adik baby - 2015
buku kakak - 2011
It was on 4th November. Period terlewat 2 hari which is memang pernah berlaku pun. But, instinct seorang mak itu sangat kuat. Kebetulan kitorang baru balik dari short vacay di PD or ke Klang. Tak ingat. Sebelumnya perasan diri sendiri cepat mengah. Assume g.e.m.u.k. je. Haha. Tapi, perasan yang mengah itu adalah lain macam. Dah malam. Suami segan katanya nak pergi beli. Huuu.

5th November. Sampai office, Yatie terus ke 7E. Biarlah mahal. Nak tahu sangat. Buat test. Walla! Cantik double line. Tengahari, Yatie sanggup menapak ke JJ semata-mata nak beli Clear Blue sebab nak tengok minggu sangat katanya tapi sambar juga yang murah satu. Balik office, test lagi masa tengahari rembang dan cantik lagi terang benderang.

Perasaan tu sudah tentu ada bermacam-macam. Tak tahu nak gambar. Yatie yakin test itu tak salah. Yatie redha. Yatie terima dengan sepenuh hati. Yatie sujud syukur sebab diizinkan Allah untuk menikmati saat ini semula dan berdepan dengan kekuasaanNya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 

Tapi, subuh 6th November Yatie buat test lagi. Jam 3 pagi ok jaga dari tidur. Dan ok sah! I am pregnant 3+ weeks. Penuh sabar tunggu suami bangun tidur. Haha.


Namun, selagi tak scan selagi itu masih rasa macam eh yeke. Entah-entah ketiga-tiga test tu salah. Walaupun dah banyak simptom mengandung sedang dialami. Haha. Lepas tu rasa macam mengandung anak sulung. Serba-serbi lupa. Pffft! Excitednya? Yatie rasa sama! Mungkin sebab dah hampir 4 tahun berlalu melaluinya. ;)

assalammualaikum semua!
22 Disember, Yatie pergi scan. Dan ya macam cakap dekat atas rasa macam mengandung anak sulung. Terkejut 12 minggu dah boleh dengar heart beat. APTB betul kan?! Haha. Doktor cakap dalam 7 minggu dah boleh dengar. Dan rupanya yang dirasa dalam perut tu bukan angin. Memang adik baby. Ada macam cuit-cuit gitu. Alahai! Cepat awak adik. Kakak Long awak 5 bulan Mak tak rasa hape pun sampai kena pergi ngurut. Risau. Huuu.

Sesungguhnya, "rezeki tidak pernah salah alamat, rezeki tidak pernah salah tuan, rezeki tidak pernah terlambat atau tercepat walau sesaat". Apabila Allah mengkehendakinya, "Kun Fa Ya Kun" dan sebaik-baik perancang itu adalah Dia. Terima kasih Ya Allah atas pinjaman ini.

Salam Sayang, 
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

8 comments

  1. Excited akk baca..hehehe..
    Neway tahniah ye sis..
    Happy for u

    ReplyDelete
  2. july? raya ke yatie.. semoga selamat semuanya!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah.. Yatie, jue dah follow ur blog.. :) salam perkenalan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, congrats, jaga diri yer...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tahniah yatie..Semoga Allah permudahkan segala urusan. Seronok dengar pregnancy news..Mudah2an ada juga rezeki sy tahun ni :) InsyaAllah, ameen.

    ReplyDelete
  6. wahhh! sebaya la anak kte ye nt! congratsss yatie.. take care!

    ReplyDelete
  7. seronoknya yatie.. moge yati dengan adik baby sihat selalu.. jaga kesihatan..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day