December 29, 2014

Simple Deco - Ruang Tamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Orang nak deco, awok pun nak deco. Walhal bakat deco nan hado. Haha. Ini semua Ciknaa punya pasal! Haha. Tapi, tak apa Ciknaa. Terima kasih. Kerana dirimu aku kuat. Ecewah! Pffftt!~

Sebenarnya, Yatie memang dah plan nak 'cantik'kan sikit rumah sewa kami. Permohonan pertama kuarters tak diluluskan. Tak apa. InsyaAllah permohonan kedua nanti lulus. Allahhummaamiin. Bukanlah nak deco sangat. Cuma bagi lain sikit. Oh ye! Semalam genap setahun kami duduk sebumbung di rumah comel setinggi 14 tingkat itu. Hehe. 

gambar captured by suami sebaik sahaja siap pasang wallpaper untuk hantar kat group whatsapp
ecececehhhhh
Suami pasang malam. Seorang. Yatie tengok je. Sambil tengok Arissa. Semangat juga nak suami pasang malam. Asyik cakap, Ciknaa dengan suami dia boleh je buat malam. Haha. Wallpaper tu kami beli dekat Kaison. Sekarang kan ramai mommies yang gila Kaison gila Daiso gila DIY. Hihi. Yatie pun tak terkecuali. Kami ambil yang harga RM19.90 sahaja. 3 Roll. Untuk backdrop ini 1 roll sahaja memadai. Kami tak buat semua dinding.

pandangan hadapan
By the way, kami baru je tukar tv '3D' yang lama tu. Asalnya kami guna rak buku RM10 beli dekat Tesco je untuk alas TV. Huhu. 25hb hari itu, kami menapak ke IKEA. Jumpalah kabinet TV ini. Survey yang lain beli yang lain. Itu biasa. Huhu. Dah namanya pun survey online je. Mana puas. Heee. Gigihlah juga bawa kabinet masuk dalam si putih. Haha. (tak muat kena bagi muat jugak =P) 

pandangan sisi
Lepas ke IKEA, kami direct ke Paradigm Mall pulak semata-mata nak dapatkan wallpaper dari Kaison. Hehe. Design wallpaper adalah atas persetujuan bersama. Haha. Suami bukan minat ada yang bunga-bunga cinta. Nasib baik ada design ini. Yatie pun suka. Simple yet elegant kononnya. Hihi.

NJOI pun dah pasang semula. Haha. Punyalah lama kitorang tangguh nak betulkan Njoi kesayangan kitorang, dulu call charge RM50 je sekarang dah RM85. Untuk dapatkan signal sahaja ok uols. Tapi ok lah. Sebab tak perlu fikir nak bayar bulan-bulan. So, bolehlah tengok Tanah Kubur, Pencetus Ummah, Kalau Dah Jodoh, Suami Ku Sotong dengan Gegar Vaganza. Hihihi.

Apa pun, terima kasih wahai suami kerana bersabar meladeni isteri mu ini. Semoga kehidupan kita dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah ruah di dalam rumah kita syurga dunia kita. InsyaAllah.

Salam Sayang, 
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

December 17, 2014

NAB: "Nak Peace Ica!"

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

"nak peace ica!"

maksudnya;

"amik gambar ica!"

Lebih kurang seminggu lagi Arissa dah 2 tahun 11 bulan. Lepas tu dah 3 tahun. Wiwiwi. Dah besar anak gue. Hehe. Tapi, ramai termasuk nek wan Arissa cakap yang gaya Arissa macam budak dah umur 5 / 6 tahun gitu terutamanya dalam gambar. Gaya dia kot nampak matang. ;)

Sekarang ni kalau dia nampak apa-apa yang menarik macam pokok krismas tu ke, photobooth dan tempat-tempat yang dia rasa cantik menarik kebabom tuh. Dia akan cakap dekat kami, "nak peace ica.. nak peace ica!" Layankan aje walaupun dia sebenarnya bukan tengok kamera sangat pun. Huhu. Sabar je la mak ayah.

Moh le layan gambar buah hati mak ayah ni; Nur Arissa Batriesya.

AEON Wangsa Maju

AEON Bukit Indah JB

Picnic at Taman Tasik Perdana

"nak peace ica ngan kucing"
nampak tak kucing yang jauh tu?

sepupu - alongs!
anak gue macam anak dara hahaha

photobooth sepupu ayah - muaahh ciked!

nampak je props terus nak peace
sambar yang mana ada je =P
family
Semakin panjang akal. Semakin pandai menyembang. Semakin pandai menjawab. Menjawab tu amboi sangat! Geram sampai rasa nak gigit gigit! Oh ye! Arissa ni pelik, baru sekarang dia ada habit nak menggigit orang tau (kami mak ayah nya lah). Kebanyakan budak lain masa awal-awal tumbuh gigi rajin gigit tapi dia tak. Dulu tak pernah gigit. Sekarang yang... grrrrrr.

Oklah. Lama tak cerita pasal NAB kan? Rasa macam tak cukup. Haha. Lain kali Yatie bebel bebel lagi tentang NAB. HewHewHew.

Salam Sayang, 
DYatie.

------------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

December 16, 2014

Review: Sweet Cherry CS806 Norman Seat - Air Protect

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

kemain syok dia tidur atas 'kerusi ica'

Hari ini Yatie nak buat review sikit tentang car seat Arissa. Sikit je sebab Yatie tak arif bab review dan apatah lagi bab nak review car seat. Bahaha. Apatah lagi ini car seat pertama Arissa setelah sekian lama nak beli tak beli. Beli pun tanpa perancangan rapi dan tergesa-gesa. Kami cuma set budget sekian harga untuk seat ni. Huhu.

Lokasi pembelian; Manjaku Kajang. Huhu. Bayangkan dari Cheras ke Kajang kami cari. Walhal ada je Manjaku kat area Ampang or kedai-kedai baby kawasan sendiri. Tapi sebab tak dirancang dan tergesa-gesa nak ke JB pula kan. Melarat sampai ke Kajang. Officemate pun terkejut. Bahaha.

Dekat Manjaku ada BANYAK sangat pilihan as compare to AEON Cheras yang kitorang singgah juga sebelum tu. Sampai rambang mata tengok. Dengan budget kami ada 2 pilihan brand; Sweet Cherry & Sweet Heart. Beza Cherry dengan Heart je. Tapi Yatie dah berkenan kat Sweet Cherry ni. Nampak sangat selesa. Pegang pun gebus gebas je rasa. Kata promoter tu ada diskaun dah. Kami percaya bulat-bulat je pergi bayar. Huhu.

pandangan sisi

pandangan hadapan
basah tu sebab mak lap kena chocolate
Seat kitorang letak dekat belakang dan Yatie duduk belakang sekali lah. Dia tak bagi pun duduk depan. Haha. Sabar je lah. Tapi Yatie ok je. Sebab belakang pun luas lah kan. Hehe. Sepanjang perjalanan tuh dia syiok tidur ooo. Huhu. Jeles mak. Haha. Sebab Arissa macam very the selesa lah kan duduk dalam tu. Elok je. Peluk benda bulat kat belt dia ala-ala bantal peluk. Fuhhh. Balik dari Johor lagi lah bangun jap tidur lama bangun jap tidur lama. Haha. 

Syukur Alhamdulillah dia tak meragam. Dia tak kata tak nak. Tak ada nak beria nak turun dari seat etc. Tapi, mak dia kan harimau. Berani nak keluar kang mak cakar. Eh tak. Paling hebat pun mengaum. Haha. So far bila tanya, 'best ke duduk kerusi ni?' Dia jawab 'best'. 'Suka?' 'Suka'. 'Selesa tak?' 'Selesa?' 'Selesa'. Haaa. Betul ke tak jawapannya wallahhualam. Tapi, jujur Yatie cakap - recommended. 

spesifikasi car seat
reaward facing

forward facing

another color

Pilihan color yang kat atas ni Yatie lebih berkenan tapi atas sebab warna tuh akan mudah sangat nampak kotor, Yatie tolak tepi suka tu. Mak tak berapa nak rajin lah weh jaga barang warna terang gini. Haha. Tapi warna dia memang limited. 2 ni je. Jingga dan kuning telur (kot).

Harga? Dalam web sweet cherry RM538 sama seperti di AEON RM538 (tapi ada diskaun 20%). Di Manjaku kami dapat dengan harga yang agak jauh lebih murah iaitu RM369. Potongan dalam lebih kurang 46% dari harga dekat AEON (lega mak ayah sebab tak rasa tertipu hahaha). Apa pun it's really worth for money. Alhamdulillah. 

Weekend lepas Yatie dengan Arissa berdua sahaja ke Putrajaya. Alhamdulillah dia sangat ok duduk atas 'kerusi ica'. Duduk diam penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Cewahhh! Haha. Apa yang penting adalah safety. Persediaan untuk akan datang, InsyaAllah. Semoga Arissa juga terus menjadi anak yang tidak banyak songeh dan tak menolak duduk atas 'kerusi ica'. Kalau tak, mak ayah nangis setahun. Hahaha. 

Ok then, nak sambung kursus. 

Salam sayang,
DYatie.

December 15, 2014

Ayah Ca Dah Tegur ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Lama tak bersiaran. Sebenarnya ada banyak benda nak cerita nak kongsi tapi tak sempat nak berceloteh. Cewah! Ada suka ada duka. Ada tangis dan ada tawa. Kehidupan. Begitulah. Kan?

Kawan-kawan semua sihat? Yatie Alhamdulillah sihat, InsyaAllah. Cuma bila hujung tahun seperti biasa akan sibuk sedikit. Sibuk dengan kerja sibuk dengan kenduri. Aiyoyoyo. Hehe.

By the way, www.dyatie.com akan terus kekal menjadi blog celoteh kosong Yatie - personal. Dan Yatie dah create another.new blog khas untuk info niaga Yatie terutamanya Shaklee iaitu di www.dyatieshop.com. Doakan Yatie terus bersemangat dan rajin serta sihat sentiasa hendaknya. InsyaAllah. ;)

Tajuk kat atas tu? Actually suami pun dah tegur. Katanya, "ica.. ada blog satu orang tu kan dah tak best ayah baca. cerita tentang produk dia je. dah tak a cerita biasa. tu yang ayah suka buka red mummy tu." Haha. Amboi sangatkan suami gue. Peminat Red Mummy tuhh. =P

InsyaAllah nanti best la ayah ica baca. Sebab ada beberapa perkara yang buat semangat nih walaupun bukan ada orang yang baca pun. Hihi. Tapi takpe. Orang kata kita dah melangkah jadi teruskan melangkah. Tak gitu?

Oh ye. Promosi Shaklee Disember ni best sangat tau! Yang mana satu pilihan kalbu?
  • Sustained Release Vita-C Beli 6 Percuma 1
  • Sustained Release Vita-C Beli 2 Diskaun 5%
  • Vita-E Complex Beli 6 Percuma 1
  • Vita-E Complex Beli 2 Diskaun 5%
  • Collagen Powder Beli 3 Percuma 1

Kalau berminat macam biasa boleh PM Facebook Yatie atau SMS/WHATSAPP 0194603069.

Salam Sayang,
DYatie.

Blog design by Rainy Day