August 31, 2014

Energy Soy Protein (ESP)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Terlebih dahulu Yatie ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat Semenanjung Malaysia / Tanah Melayu. 31 Ogos 1957 - 31 Ogos 2014; Disini lahirnya sebuah cinta. :)

ESP merupakan produk terlajak laris Shaklee. Ia merupakan minuman soya yang membekalkan protein. Protein adalah penting untuk tubuh badan kerana ia merupakan asas kehidupan sel-sel tubuh kita. Sel-sel tubuh badan bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu badan yang lama/tua dan rosak.

Manfaat ESP

Jom sama-sama kita lihat manfaat ESP;

♥ Awet Muda
  • Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. 
  • Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. 
♥ Baik Untuk Hormon
  • Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. 
  • Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
♥ Baik Untuk Prostat
  • Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. 
  • Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. 
  • Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat. 
♥ Keremajaan Kulit
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 
♥ Pembekal Tenaga
  • Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan. 
♥ Membaiki Pigmentasi
  • Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 
♥ Membaiki Memori
  • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

ESP Shaklee merupakan sumber protein lengkap dengan membekalkan protein 2 kali ganda dari daging, 4 kali ganda dari telur dan 12 kali ganda dari susu. ESP Shaklee merupakan minuman rendah lemak, rendah kolestrol dan tidak mengandungi asid uric. Selain itu, kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu sebanyak 39 adalah sangat sesuai untuk penghidap kencing manis.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi kami sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

August 30, 2014

Set Detoks Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga semua yang singgah di laman dyatie[dot]com sentiasa dikurniakan oleh Allah SWT kesihatan yang optimum. InsyaAllah. 

Apakah itu detoksifikasi? Detoksifikasi atau Penyahtoksidan merupakan satu proses di mana pelbagai jenis bahan racun atau toksik dikeluarkan dari tubuh badan manusia bagi tujuan pembersihan.

Dari mana datangnya bahan racun atau toksik ini? Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya punca utama bahan-bahan ini memasuki badan adalah melalui mulut iaitu dengan pemakanan samada ia tercemar atau mengandungi bahan-bahan tambahan yang lain yang tidak sesuai untuk badan seseorang. Selain itu, pencemaran alam sekitar turut mempengaruhi.

Apakah pula tujuan detoksifikasi? Tujuannya adalah untuk menyucikan tubuh badan bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.


Set Detoks Shaklee adalah terdiri dari; Alfalfa Complex, Herb-Lax, Garlic dan DTX Complex. Yatie akan  kongsikan satu-persatu produk dalam set ini.

Alfalfa Complex; Pencuci Seluruh Badan
  • Berasaskan daun herba yang akarnya panjang jauh ke dalam tanah dan bertindak untuk detox keseluruhan badan kita. 
  • Bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan kita yang berasid dan menghilangkan toksik dalam badan.
  • Bertindak meransang aliran hempedu, dan juga membuang mineral-mineral yang berbahaya dalam badan. 
  • Ia turut membantu masalah gout dan mengurangkan kolestrol dalam darah.

Herb-Lax; Pencuci Usus
  • Membersihkan usus kita daripada sisa lemak dan toksik yang melekat di dalam usus ataupun colon. 
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses detox dan pembersihan secara lembut iaitu membuang najis-najis yang tersekat ataupun tersimpan lama.
  • Ia juga membantu menghilangkan bau badan, melegakan sembelit, mengurangkan masalah jerawat dan usus boleh berfungsi dengan keadaan baik.

Garlic; Pencuci Darah
  • Allicin di dalam bawang putih masih terpelihara dengan proses pembuatannya dengan suhu yang rendah.
  • Mengeluarkan raksa daripada dalam badan dengan pantas. 
  • Berupaya menyahkan logam toksik. 

DTX Complex; Pencuci Hati
  • Kandungan utamanya diekstrak daripada biji benih pokok susu tisel dan cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. 
  • Berfungsi untuk menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein untuk menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

Alfalfa S/L (330/700 tablet): RM53.75/RM97.50
Herb-Lax (120 tablet): RM52.50
Garlic (60 tablet): RM47.50
DTX Complex (90 tablet): RM155.00
Jumlah: RM308.75/RM352.50

(setiap suplemen boleh bertahan 2-3 bulan)

Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi kami sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie.

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

GLA Complex Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Pernah dengar Evening Primrose Oil (EPO)? Yatie yakin ramai yang pernah dengar. Yatie dulu pun makan EPO juga untuk menstabilkan period yang tak menentu. Shaklee juga ada 'EPO' yang bernama GLA Complex. Sebenarnya, kandungan EPO dan GLA Shaklee adalah sama iaitu Gamma Linolenic Acid. Jom baca apakah itu Gamma Linolenic Acid;

Gamma linolenic acid (GLA) is a dietary omega-6 fatty acid found in many plant oil extracts. Commercial products are typically made from seed extracts from evening primrose (average oil content 7-14%), blackcurrant (15-20%), borage oil (20-27%) and fungal oil (25%). GLA is not found in high levels in the diet. It has been suggested that some individuals may not convert the omega-6 fatty acid linoleic acid to longer chain derivatives, such as GLA, efficiently. Thus, supplementation with GLA-containing oils, such as borage oil and evening primrose oil, is occasionally recommended to increase GLA levels in the body.

GLA is available commonly as a dietary supplement and is sold over the counter in capsules or oil to treat a variety of conditions such as eczema, oral mucoceles (mucus polyps), hyperlipidemia (high cholesterol), depression, postpartum depression, chronic fatigue syndrome (CFS), psoriasis (chronic skin disease), muscle aches, and menopausal flushing.

There is currently good evidence for GLA treatment in rheumatoid arthritis, acute respiratory distress syndrome, and diabetic neuropathy (nerve damage). Little or no effect has been found in treatment of atopic dermatitis, attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), cancer prevention, menopausal flushing, systemic sclerosis, and hypertension (high blood pressure). GLA has also been used to help with the body's response to tamoxifen in breast cancer patients.

Today, production and extraction of oil from evening primrose and borage is done by companies primarily in China, New Zealand, and England. Pharmaceutical licensing for GLA oil products has had only limited success worldwide.

sumber: http://www.healthline.com/natstandardcontent/gamma-linolenic-acid

Ok. Nampak tak yang dah bold tu? Ringkasnya, GLA Complex Shaklee ni diekstrak dari borage. Berdasarkan artikel di atas, jelas menunjukkan bahawa purata kandungan minyak dari borage dalam 20-27% berbanding dari evening primrose yang mengandungi 7-14% minyak. Oleh yang demikian, GLA Complex Shaklee mengandungi lebih GLA dari Evening Primrose Oil (EPO). 

GLA Complex Shaklee;
♥ 2 kali ganda GLA,
♥ 3 kali ganda bioavailabiliti, dan
♥ 3 kali lebih berkesan
berbanding EPO. 

Setiap kapsul GLA Complex mengandungi >300mg GLA. Gabungan GLA dengan minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan lagi keberkesanan dan kestabilan GLA Complex.



Jom sama-sama berkenalan dengan lebih terperinci;

♥ Herba Tradisi Yang Dipercayai
  • Ekstrak dari borage yang boleh merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan keleseuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
♥ Mengawal Selia Estrogen & Testosteron
  • membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon
  • memperbaiki sistem PMS, kesakitan, retensi air, sakit payudara dan kecelaruan emosi
♥ Melambatkan Menopaus
  • memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman & depresi
  • melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda
♥ Memperbaiki Prostatomegaly
  • memperbaiki masalah prostat lelaki
  • memperbaiki masalah kerap kencing
♥ Menentang Kanser
  • antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh
  • menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
♥ Memperbaiki Inflamasi Kulit
  • mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea dan kurap
  • meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan artritis
♥ Menghalang Kompilasi Diabetes
  • merendahkan gula dalam darah
  • meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula yang tinggi
♥ Membantu Perlangsingan & Menghalang Pertambahan Berat Badan
  • merendahkan kolestrol LDL
  • memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat
♥ Menghalang Tekanan Darah Tinggi
  • menghalang pembekuan darah
  • meransang peredaran darah
  • mengembang saluran darah
  • mengelak masalah jantung seperti ateriosklerosis & myocardial infarction
♥ Memperbaiki Tekstur Rambut
  • memperbaiki rambut kering & gugur
♥ Hyperaktif & Autisma (ADD/ADHD)
  • ujian klinikal menunjukkan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak autism, sukar memberi tumpuan dan hiperaktif
Ada banyak manfaat GLA Complex kan? Jika ada sebarang pertanyaan atau nak mendapatkan GLA Complex ini, hubungi Yatie pada bila-bila masa. InsyaAllah Yatie akan memberi maklum balas sepantas mungkin. Harga bagi 1 botol GLA dengan 60 tablets ialah RM91.25. Dan untuk ebih penjimatan, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. 

Oh ye! Anda masih lagi berkesempatan untuk mendapatkan GLA Complex dengan promosi Beli 6 Percuma 1. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Promosi berakhir esok! ;)

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau anda mahu mendapatkannya, hubungi kami sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pembeli suplemen dari Yatie.

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

August 29, 2014

dyatie[dot]com

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

(tersipu-sipu malu mak)

Alhamdulillah. Dengan rasminya hari Jumaat yang penuh barokah ini, Yatie menulis di bawah domain dyatie[dot]com. Akhirnya hajat tercapai jua nak ber [dot]com. Tujuannya paling utama adalah untuk kepuasan diri selain semoga ia menjadi dorongan untuk Yatie sendiri untuk menulis yang baik-baik sahaja. 
InsyaAllah.

Selain itu, Yatie juga dah baca beberapa kelebihan bila ada domain sendiri. Antaranya ialah;

♥ Nama yang lebih mudah diingati

Contohnya, sebelum ini link blog ini www.notadyatie.blogspot.com manakala link blog ini sekarang ialah www.dyatie.com. Selain dari tak ada 'blogspot' Yatie juga buang 'nota'. Enam huruf sahaja yang tinggal. :D

♥ Lebih mesra SEO

Penggunaan domain sendiri dikatakan lebih mudah untuk menarik pencarian dari Google, Yahoo, MSN dan sebagainya. Inilah tujuan utama yang kedua Yatie sebab Yatie juga berniaga kecil-kecilan. Apa yang penting sekarang ini ialah Yatie sendiri yang kena rajin. ;)

♥ Domain berbayar menunjukkan kita serius berblog

Banyak kelebihan kalau serius berblog. Ada ramai blogger boleh jadi inspirasi. Bila serius berblog juga, pengiklan secara tidak langsung akan lebih berminat untuk meletakkan iklan dalam blog kita. 

♥ Pelaburan masa hadapan

Domain ini boleh dijual jika dah tak minat untuk berblogging lagi. Harganya adalah bergantung kepada populariti. Tapi, kalau Yatie jual sekarang tak laku. Hihi. Kebiasaannya blog yang popular akan lebih menarik minat orang lain untuk mengambil alih domainnya.

Walaubagaimanapun, setiap kelebihan pasti ada kekurangannya. Bila dah tukar domain, makanya;

♥ Merangkak semula

Bila link tukar, kita kena mula dari bawah semula. Kena hebahkan link baru kita kepada kawan-kawan termasuk follower yang ada. Page rank juga akan reset semula.

♥ Berbayar

Domain sendiri tiada yang percuma dan jangan lupa renew domain bila tiba masanya. 

Sumber: puspitakirana

Pembelian domain dyatie[dot]com dari Saleiz Webhosting dengan harganya yang berpatutan serta perkhidmatan yang memuaskan.

Manakala, tempahan header dan watermark bagi dyatie[dot]com sudah tentu dari susukasusun. Su menawarkan perkhidmatan yang sangat pantas dengan rekaannya yang terbaik serta harga yang berpatutan.



Akhir kata, selamat datang ke teratak kecil Yatie dan jemputlah menukar pautan pada dashboard kalian jika masih mahu membaca perkongsian Yatie yang tidak seberapa ini. Mari kita sama-sama terus menikmati dan mensyukuri hidup ini sepenuhnya serta sentiasa membuat persediaan untuk kehidupan yang kekal abadi. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Salam sayang,
DYatie.

August 27, 2014

Pekasam Ayam In The House!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sebelum ini, Yatie ada selit-selit iklan tentang produk baru Pekasam Azrieyta iaitu Pekasam Ayam. Semalam, stok batch pertama selepas Aidilfitri dah sampai dan Yatie ada selitkan pekasam ayam juga. Tanpa menunggu, Yatie terus jadikan pekasam ayam sebagai juadah makan malam Yatie. Hehe.

Pekasam Ayam
Walau sebenarnya kali ini macam tak cukup aksesori seperi bawang merah besar (digantikan dengan bawang holland) dan cili besar sebagai penyeri tetapi kelazatan rasanya setanding dengan pekasam daging yang menjadi kegemaran ramai orang sekarang. Tapi, pekasam ayam rasa ayam lah. Heeee.
(Phew! Terus lupa yang berat badan dah overweight tambah nasi berkali-kali. Hihihihi.)

Jadi, bagi yang berminat nak rasa pekasam ayam boleh dapatkan sekarang dari Yatie. Ada 8 pek sahaja lagi. Pekasam daging yang sampai semalam dah officially sold out ye adik kakak abang. Kalau nak, boleh mula book dari Yatie untuk batch kedua nanti. 

COD: Bandar Sri Permaisuri Cheras / Menara PGRM
POS: 1 Malaysia

Nak baca review pekasam daging dekat SINI.
Cara masak pekasam daging dekat SINI.

Yatie belanja sikit gambar pekasam daging masak petai ye. Hihihi.


SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: arissagallery@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

Resepi: Laksa Utara Ekspres

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

Laksa Utara Ikan Sardin Dalam Tin

Bab-bab masak ekspres ni memang all time favorite. Kiranya time teringin makan boleh sup sap sui siap! kat dapur. Puas hati akhirnya tercapai hajat masak sendiri laksa utara walaupun versi ekspres dan punya la lama nak tunggu bunga kantan kembali menembusi pasaran. Pfft! Ayat ekonomi sangat hewhewhew.

Jom tengok resepi;
1 tin besar ikan sardin
1 biji bawang holland
4 biji bawang merah
1 sudu cili kisar
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping

Caranya;

  • Kisar ikan sardin, bawang holland dan bawang merah bersama sedikit air. Ikan sardin dalam tin besar kebiasaannya ada 3 - 5 ekor ikan. Kalau 3 ekor, 1 ekor ikan tak perlu blend tetapi hanya ramas kasar. Kalau 5 ekor ikan, 2 ekor ramas kasar. Faham dak? Hehehe.
  • Dah blend, masukkan ke dalam periuk dan tambah lagi 2 - 3 gelas air. Renih. Masukkan cili kisar, ikan sardin yang diramas, bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Didihkan.
  • Bila kuah dah agak pekat mengikut selera tekak, sesuaikan rasa. 
  • Dah siap, hidang dengan aksesori yang lengkap supaya laksa utara korang UMPHH!
Senangkan? Sumber Yatie; Safiyyah Osman dan google termasuk tahap 'rajin' yang melampau terus je masuk sekali semua. Hahaha. Tetapi, alhamdulillah Yatie jamin sedap tak terkata. Hehe. 

Bahan-Bahan Yang Super Simple

Cara Yang Very The Simple

Aksesori Pelengkap

Laksa Utara Ekspres
Senang je kan? Korang pun boleh buat sendiri. Rasa nak makan je, boleh sup sap sui siap! Heee. Selamat mencuba!

XOXO, 
Mak Arissa. 

August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia Sempena MH17

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


22 Ogos 2014, kerajaan dah isytihar hari in sebagai Hari Berkabung yang meminta seluruh rakyat bertafakkur. Hari Berkabung adalah bersempena dengan tragedi MH17. Hari ini juga lebih kurang 20 jenazah/mayat akan kembali ke Malaysia. TV3 melaporkan malam tadi, tempoh bertafakkur mungkin akan bermula seawal 10 pagi.

Dekat atas tu merupakan peraturan untuk hari ini. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat mangsa MH17 dan mendoakan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tak lupa juga buat semua saudara-mara kita yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

Yatie kongsikan tentang berkabung untuk makluman semua.

BERKABUNG DI PETIK DARI BLOG E FATWA

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:
Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.
Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Wallahu a'lam.

XOXO,
Mak Arissa.

NAB: Hari Raya PASTI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, PASTI ada sambutan Aidilfitri. Tahu pun sebab dekat Facebook. Arissa kan ponteng 3 hari. Huhu. Nasib baik PASTI ada FB. Kalau tidak, kesian Arissa pakai baju harian je. Seperti biasa, sekolah/taska bila ada jamuan adalah sumbangan dari para ibu bapa. Yatie cuma mampu bagi yang di tunjuk aje. Huuuu. Tapi, Alhamdulillah ada juga rezeki anak-anak. Lagipun, ini pengalaman pertama Yatie. Hee.

Marble Choc & Banana Cake
(sedap weh rupanya Marble Choc Cake cap Tesco nih. haha.)
Rempeyek Sabah Mari & Maruku
(rempeyek kawan datang ziarah bagi ole2 kat Arissa tuh. hehe.)
Princess 'Anna' Nur Arissa Batriesya
kemain jalan sambil kibas-kibas dress. hehe.
Upload gambar ni dekat Insta + FB. Ramai yang cakap Arissa dah besar. Hee. Yatie pun terasa sangat Arissa tu dah besar. (jangan tanya pulak bila nak bagi adik ye. hihi.) Sekarang bila Yatie tanya mana baby ma-ma' dia akan tunjuk diri dia sendiri sambil cakap 'ica...' hehe. Tanya nak adik tak memang sampai sekarang tak nak. Haha. Yatie kadang-kadang confuse, dia ni betul-betul faham ke adik tu apa? LOL.

Oh ye. Sebelum tamat, Yatie nak jemput kawan-kawan singgah dekat DRAB Online Shop. Yatie guna weebly. Sekarang, Yatie tengah syiokk. Moga-moga istiqamah dekat situ Yatie akan sharing tentang apa yang Yatie jual. Jemput-jemputlah ye. Btw, DRAB tu sebenarnya setiap huruf pertama bagi nama penuh Yatie dalam IC. (perlu ke nak cerita? haha.)

XOXO,
Mak Arissa.

August 19, 2014

Resepi: Sup Kentang Telur

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 


Al-kisahnya, Arissa pun demam sekali join ayahnya. Mak pun rasa nak demam oi jaga 2 orang yang demam. Masing-masing ada karenah dia. Pergi klinik register 2 orang sekali. Nasib baik dekat. Huhu.

Balik tadi terus buatkan sup kentang telur. Time tekak tak sedap dan badan tak sihat; dapat makan sup itu adalah satu kenikmatan. Betul tak? Yatie pun suka. Tambah pulak tengahari tadi hujan dekat sini. Cuaca sejuk. Seronok hirup kuah. Hihi.

Jom tengok resepi. Sumber asal; Mat Gebu.

1 biji kentang
2 biji telur
Setengah peket su'un & pucuk

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia

1/2 kiub ayam Knorr
Serbuk lada
Daun sup

Kentang potong lapan dan rendam. Kemudian tos. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Kemudian masukkan kentang dan gaul rata. Masukkan air dan kiub ayam bagi mendidih.

Bila kentang dah half cook, masukkan telur sebiji demi sebiji. Lagi cantik kalau tak hancur. Yatie bagi hancur sebab Arissa. Senang nak makan. Then, barulah masukkan pucuk dan su'un. 

Siap! Tabur dengan daun sup dan bawang goreng. Yatie dah kehabisan bawang goreng. Tak perasan. Esok kena siap-siap order dari staff. Dia homemade punya bawang goreng. Heeee. 

Lega bila 2 2 elok je makan nasi dengan sup kentang telur. Terisi juga perut dengan makanan sebab masing-masing tak ada selera. Moga kedua-duanya sihat walafiat malam ni. Yatie ada banyak kerja menanti juga dekat office sebenarnya. Huhu.

XOXO,
Mak Arissa.

I Love Them

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 


Gara-gara ngantuk sebab bangun pukul 4 pagi, Arissa moody bila kejutkan balik dalam pukul 6.30. Nangis tak dapat dibendung walaupun sekadar nangis suara kecil. Serba-serbi tak kena. Geram je. 

Ayah Arissa juga tak berapa sihat. Tapi, sebab semalam Yatie dah cuti jadi tak ada plan nak cuti lagi hari ni. Arissa kalau dah nangis + batuk sama dengan muntah. Alhamdulillah. Muntah kahak. Banyak kahak dia keluar pagi ni.

Because I love them so much. Akhirnya Yatie EL. Nak biar sang puteri sambung beradu. Nak bawa sang raja ke klinik. Syukur mood bos baik hari ni. Tak ada masalah mohon EL. Cuti berkurang je la. Camner nak balik raya haji ni? Sobs. 

XOXO,
Mak Arissa.

August 18, 2014

JJCM: Roti Canai D'Bukit

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Sabtu; kami ke Roti Canai D'Bukit. Hujung minggu ni kami 'berkampung' di Sri Kembangan sebab Yatie ada sukan office. Lokasi tempat makan yang Yatie cari mestilah yang berdekatan. Google aje 'tempat sarapan sedap di Sri Kembangan/Serdang/Bangi'. Hihi. Roti Canai D'Bukit pilihan kami.

Review ramai yang cakap makanan best. Lagi menggoda bila tagline sesetengah blogger: Roti Canai Kuah Kambing. Wallaweh. 'Hantu Kambing' terus teringin. Hihi. Katanya jugak tempat akan sesak bila lepas pukul 9. Bila tempat sesak korang fikir apa? Mesti sedap kan? Hihi.

Kami sampai dalam pukul 9 lebih macam tu. Memang banyak kereta kat tepi jalan sebab kat atas bukit dah penuh. Kami sampai atas tengok dah penuh. Tapi, menyelit je la kat meja panjang. Tak menyelit lambat la nak duduk. Heee. Tapi, masa tu memang dah cakap kat diri sendiri; sila bertabah nak tunggu canai siap sebab ramai yang masih menunggu.

Kami order nasi lemak telur mata 1, roti telur 1 dan roti kosong 2 then air milo ais 1 dan kopi ais 1. Pertama sekali dorang akan bagi kuah dulu siap-siap. Sedih daging kambing dah habis. Huuuu. Tapi kuah  pun boleh. Hehe. Then, dorang akan hantar air. Lepas tu nasi lemak dulu. Lebih kurang macam 5 6 7 minit gitu, barulah roti. So far, masa menunggu diterima. Heee.

Nasi lemak? Perghhh! Sedap weh! Sambal sedap nasi nya pun sedap. Arissa makan tambah-tambah tanpa sambal. Sedap lah! Then roti telur dan roti kosong jugak terrbbaaaiikkkkk. Yatie suka! Suka sangat! Lembut je tau. Siyes best. Tak berminyak. Tak terasa habis 2 keping. Hihihi. Air pun sedap.  Adui.. terbayang-bayang la pulak ni. Huhuhu.

Harga? Haaa. RM10.60 je total. Murah kan? Tempat glam, sedap, murah setakat tunggu 5 6 7 minit apa ada hal. HewHewHew. On the next day (Ahad), kami pergi lagi sebelum balik Cheras. Hihi. Nasi Lemak 2, Mee Jawa 1, Roti Telur 1, Roti Kosong 1, Teh Ais 1 dan Milo Ais 1. RM14.60. Dang Ding Dut, Tali Kecapi. Kenyang Perut, Suka Hati. Hihi.

Recommended sangat tempat ni. Yatie dah target time nak pergi sini lagi bulan depan. Ada Halal Fest kt MIECC Sri Kembangan jadi kita boleh la ke Bangi dulu breakfaat sebelum ke Ekspo. Hehe. Korang kalau nak beralih angin, Yatie memang recommend makan canai kat sini. Tekak Yatie memang cakap Superb. Hihihi. 

Ok. Ni alamatnya Roti Canai D'Bukit; Jalan Saunjana (Persiaran Jaya), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Yatie tepek sikit gambar ye. Orang ramai Yatie segan nak ambil banyak gambar. Hahaha.





XOXO, 
Mak Arissa. 

August 12, 2014

Susun Atur Playroom NAB

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, Yatie buat house cleaning. Hihi. Sabtu Ahad jer la sempat pun kan. Suami masa tu ada kerja, cari barang komputer sekolah. Jadi, Yatie berdua je dengan Arissa. Nak sapu bilik dia je sebenarnya tapi tiba-tiba hati tekad dan nekad nak ubah posisi bilik tu. 

bilik dia sebelum ni. 
Sakit pinggang woooo angkat tilam tu, angkat kayu katil (divan) lepas tu angkat kepala katil. Gila berat semuanya! Fuhhh!!!! Nasib baik mak belum mengandung lagi, kalau tidak mak beranak masa tu jugak. Haha. Berat sangat terutamanya tang kepala katil. Nampak nipis je kepala katil tu tapi tak tahu la agaknya batu / simen kot. Berat sangat2! Phew!~

Dugaan bila mengemas dengan Arissa tuh pulak satu hal. Haha. Nasib baik masa angkat katil, angkat tilam, alih almari tu dia tak usik. Elok je duduk dalam longgokan barang-barang dia yang diketepikan sementara waktu sambil tengok Pada Zaman Dahulu. Hihihi. Tapi, part susun buku wallaweh! Sabar je la mak asyik jadi 'tiger woman'. Hoho.

susun atur bilik arissa kini
Phew!~ Alhamdulillah siap jugak. Suami balik kerja pun terkejut tengok bilik transform gitu. Siap perli lagi "awak nak kemas bilik ni lagi kan? nak tukar posisi kan?" Huuu. InsyaAllah bilik sendiri pun rasa macam nak transform gak tu. Tapi, tak boleh sorang. Kena berdua. Almari berat kot! Huhu.

So, Yatie suka sangat dengan susun atur bilik Arissa kali ni sebab Yatie rasa lebih kemas. (masuk bakul angkat sendiri namanya ni. hahahaha.) Yatie ada buang beberapa mainan yang kecik-kecik macam bebola kapas untuk dia differentiate warna tu sebab dah tak cukup lengkap. Lain kali boleh beli lagi sekali dengan bekas-bekas comel. Haha. (bajet ko banyak duit sangatkan Yatie. huhu.) Haa. Satu lagi yang Yatie buang; Foam Playmate yang cantum-cantum tu. Sebab tak cukup sifat dah jugak.

Dalam kotak tepi kitchen set dia tu Yatie letak bola-bola dan patung-patung hello kitty serta free gift dari McD dulu. Sebenarnya, sebelum ni Yatie ingatkan Arissa ni ada banyak mainan tapi bila dah susun macam ni rupanya tak. Haha. Dia ada lebih banyak buku dari mainan. Yatie memang bukan jenis beli mainan yang tak ada fungsi pembelajaran. Yatie memang expose Arissa dengan buku dan development/educational toys. Kitchen playset tu la kot mungkin tak ada fungsi pembelajaran yang formal.

Patung? Upin Ipin tu pun tak ada pembelajaran. Haha. Tapi beli sebab dia 'pow' mak dia dekat airport. Huhu. Buat teman dalam flight. Boleh la dimaafkan sebab dia behave dalam flight yang delay masa tu dengan bagi Upin Ipin tidur. Haha. Amina yang dekat atas meja tu ada fungsinya yang sangat menarik. Ada cerita dekat sini dulu. Dan Nur Arissa Batrieysa tu yang duduk dekat meja tu, sel otaknya sedang berhubung dok tengok buku ABC sambil tanya macam-macam kat kita. Haha.

So far, dia ok je duduk dalam tu. Cuma Yatie memang tengah train dia untuk tidak bawa mainan dekat luar. Korang tau tak, hari tu balik rumah lepas cuti raya dia angkut semua barang besar-besar tu bawa keluar. Kerusi meja, kitchen playset, car dan buku-buku dia. Semua bersepah dekat depan tv. Macam ada anak sepuluh orang dia kerjakan. Even petang tu lepas kemas barang semua, dia main dalam bilik. Masuk je Yatie tengok kerusi tu dah dekat tepi almari dia. Adalah yang dia nak ambil tu. Huuuu.

Panjang akal. Banyak ragam. Tapi bila tanya nak adik tak. Dia dengan lantangnya jawab NO! Haha. Ok lah. Sekian cerita pasal playroom sekangkang kera tapi ceritanya berjela. Huuu.

XOXO,
Mak Arissa.

August 6, 2014

Wordless Wednesday: Wide Shawl

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

#bosantauofficetakbolehbukamukabukutengahari #pfffttt

Yatie tak pernah ada wide shawl. Dulu pernah pakai shawl zaman muda remaja. Suami cam tak berkenan. Tapi, kali ni atas permintaan suami. Hihi. 

"kalau awak beli tudung macam Irine Nadia, saya belanja awak beli"

Jenuh juga mencari yang berkenan di hati dan material sedap di jari.
Akhirnya, jejak kaki jugak Yatie ke Cala Qisya. Heee.

2 Syawal. Lilit style adik Irine Nadia ikut tutorial dalam Instagram.
hehehe

4 Syawal. lilit ikut tutorial Cala Qisya.
hihi

full frame - 4 Syawal
cari present before jumpa ibu dalam pantang
Sebenarnya Yatie segan. Yatie bukan jenis bergaya kekdahnya. Huuu. Tapi, Yatie suka! Suka sangat! Suka Maggie Shawl dari Cala Qisya yang materialnya best dan senang bentuk. Suka sebab labuh dan Yatie sangat selesa. Yatie ambil Maggie Shawl XXL. Heee. Yatie suka sebab suami kata ok. Tu yang paling suka tu. 

InsyaAllah perlahan-lahan akan tambah koleksi Cala Qisya. Ewah! Haha. Actually, Yatie dah mula tambah koleksi tudung yang saiz bidang lebih dari 45'. Doakan ya semoga Yatie istiqamah. Yatie doakan semua teman-teman Yatie turut istiqamah.

Oh ye. Ok ker idak keadaan muka Yatie dengan shawal tu? Mak Yatie komen, nampak gemuk aka muka lebar. Haha. Part gemuk tu memang ye, Yatie sedang mengembang dengan jayanya hari demi hari. Bahagia katanya kan. Heeeee.

Ni la kalau dah mula menaip. Idak nyer wordless. Hihi.

p/s: jangan pelik kalau suami ku siap cakap nama adik Irine Nadia. dia nak jadi blogger gak tapi sebab tak jumpa gojes superdad, dia diam. haha. ok main-main je. hewhewhew. tapi kan, suami ku itu Red Mummy pun dia baca tau. iols pun tak baca. hihihi.

XOXO,
Mak Arissa.

August 5, 2014

CPUV Nuffnang July 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

rezeki bulan puasa

Alhamdulillah. Rezeki. Walau 1 sen. Eh? Heeee.

Ini iklan Julai lepas yang Yatie baru perasan Jumaat lepas. Hihi.

Wakudoki Campaign
Wakudoki ni sebenarnya Dance Contest dari Toyota yang mana pemenang grand prize nya ialah trip ke Tokyo untuk 2 orang selama 5 hari 4 malam. Wow! 

korang boleh jenguk SINI untuk tengok video dorang. comey! hihi.

Mayfair Free Trial
 Siapa yang nak dapatkan Free Trial, LIKE Facebook Page Mayfair sekarang. Promosi Mayfair bermula Julai hari tu sehingga September nanti. 

Ehem! Siapa yang rasa macam ada additional inch lepas raya ni boleh la try. Untung-untung kot badan macam Che Ta. Hihi. 

Rakuten Online Shopping
Last sekali, Rakuten. Ok. Tak dapat dijejaki keadaan iklannya. Hihi.

Rakuten ni sebenarnya Gedung Beli Belah Dalam Talian aka Online Shopping. Hehe. Online Shopping beginilah banyak membantu dalam terapi menangani stress. Apatah lagi terang benderang nampak Rakuten Mega Sale Up To 50% Off tu haa. Hahaha. Nampak pulak Home & Deco. Fuhhh!

Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang. Terima kasih Toyota. Terima kasih Mayfair. Terima kasih Rakuten. Terima kasih pilih blog udang geragau Yatie ni. Hihi. Rezeki Nur Arissa Batriesya buat tambah duit tabung. Hehe. Alhamdulillah. Sikit sikit lama-lama jadi bukit. Tak gitu? ;D

Oh ye. Yatie nak iklan sikit. Hihi. Iklan Arissa's Gallery ye. Bukan iklan Nuffnang. Heeee.

Yatie open pre-order with payment untuk Pekasam Daging, Pekasam Ayam dan Acar Rebung.
Pekasam Ayam & Acar Rebung merupakan produk baru.
PM Arissa's Gallery / Whatsapp 0194603069 segera.
Ok? ;)

 

Berminat untuk jadi agen? Whatsapp Yatie, kita runding. Cewah! Heee.

XOXO,
Mak Arissa.

Punca Haid Tidak Teratur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Kitaran haid korang macam mana? Ok ke? Sekata? Yatie setakat ini, Alhamdulillah. Tadi, Yatie saja la baca tentang punca haid yang tidak teratur. Dan, artikel ini sangat menarik dan mudah untuk difahami. Jadi Yatie kongsikan disini untuk pengetahuan kita bersama. Ada beberapa yang Yatie highlight untuk perhatian kita.

*******************************************************************

KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Sumber Dr Adilah Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)

*******************************************************************

Yatie tahu, ada yang masih tidak bersedian untuk berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan terperinci. Disini, Yatie cadangkan anda untuk mendapatkan GLA Complex Shaklee. GLA Complex sebenarnya EPO (Evening Primrose Oil) tetapi GLA Shaklee mengandungi 2 kali ganda Gamma Linolenic Acid, 3 kali ganda bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. InsyaAllah. 


GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan yang penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

sumber: superbvitamin

testimoni GLA Complex 1

testimoni GLA Complex 2
Jika anda berminat untuk mendapatkan GLA Complex Shaklee, boleh contact Yatie;

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

August 4, 2014

Raya 2014 di Perak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

I'm back! Hihi. Biasalah. Cuti raya, blog pun cuti raya jugak. Heee. So, semua dah masuk kerja ke? Yatie baru masuk hari ni. Uish! Lemau! Sobs! Nasib baik kerja banyak dah settle sebelum cuti hari tu. Lega. 

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untuk bersama dengan keluarga yang dikasihi walaupun Yatie tak beraya dekat Sarawak tapi, teknologi sangat membantu. Tidak terasa sangat berjauhan dengan keluarga di Sarawak sebab ada video ucapan perantau dari diorang. Sooo sweet.. ;)

Raya pertama; Tengahari kami ke Batu Gajah rumah Mak Long Suami dan petangnya pula ke Padang Rengas ke rumah Mak Long Arissa. Heee. Tahun ni Mak Long Arissa beraya dulu sebelah suami.

Raya kedua; Kami ke Teluk Intan, kampung Suami. Ke rumah Abah Suami (abang Mak), kemudian ke ruamh Opah We dan seterusnya ke rumah Pokde Suami (adik Ayah).

Raya ketiga; Kami bawa anak-anak dan adik-adik mandi Sungai Chepor dan petangnya kawan Suami datang bertandang. Ewah! Heee.

Raya keempat; Kami ke Sri Iskandar jenguk baby baru Ima dan Faiz; Ziqri El Fahri dan kemudian dengan ibu pantang ke Stat-18 jenguk baby baru Dila dan Ho; Qhayyeem.

Raya kelima; Balik KL sudah. Tak nak jumpa jem katanya. Tup tup tengok updated news; Sabtu Ahad takde jem pun. Huuuuuu. 

Sekian sahaja diari raya kami. Haha. Keluarga Suami kecil comel je. Memang sekejap je boleh habis ronda. Hihi. Kalau keluarga Yatie, raya kelima pun belum tentu habis jumpa. Gitteww. InsyaAllah, tahun depan giliran beraya di Sarawak pulak. Heee.

So, macam biasa. Bukan raya la kalau tak ada gambar raya. Hihihi.

keluarga kecil kami
InsyaAllah tahun 2016 nanti berkembang keluarga kami
mohon sentiasa doakan ye teman-teman
^_^

Ayah ♥ Mak
nak pencen dah
tengah habiskan cuti

kemain cucu tu amik gambar bawa teddy bear tok maktok bagi
mata tu sibuk tengok tv
huuuuu

tak pernah lagi lengkap gambar raya keluarga sebelah suami
even yang si bujang seorang lagi tu pun tak ada

Last but not least, puteri Yatie yang sangat susah nak ambil gambar sekarang. Phew~! 

gambar ucapan khas raya untuk keluarga di Sarawak. heee.

nampak scratch bawah hidung tu
hilang sikit seri muka ayu
haha

kekasih mak ayah

rock oh!

semoga terus menjadi penyejuk di mata penawar di hati

Last sekali. Ye ini memang last. Hehe.

anak ♥ mak
kami sarawakian
tetiba
haha
Sekian, hehe. Tak banyak sangat gambar yang sempurna. Sobs! Gambar bertiga kami pun banyak yang gambar 'trifie'. Waima pakai baju sama color pun tetap tak nampak sebab mak tudung warna lain. 'trifie' mana nak dapat full frame. Tak gitu? Hihi.

Ok then, esok esok kita jumpa lagi.

XOXO,
Mak Arissa.

p/s: promosi Shaklee bulan Ogos; GLA Complex Shaklee Beli 6 Percuma 1. GLA Complex; 2 kali ganda GLA (Gamma Knolenic Acid), 3 kali ganda bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO (Evening Primrose Oil). 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

Blog design by Rainy Day