Saturday, July 26, 2014

Hai Selamat Hari Raya

Kami Semua Ucapkan
Sila Nikmati Hidangan
Yang Kami Sediakan

Ewahhh!
Heeee.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum. Hai.

Yatie bersiaran di 'kampung' suami sekarang. Jam 10.30 pagi semalam kami dah sampai. Alhamdulillah. Perjalanan lancar. Tak ada istilah kesesakan lalu lintas. Kami gerak dari rumah lebih kurang jam 7.30 pagi. Terlewat 1 jam dari sasaran. Huuu. Malam tadi tidur ayam sebab kukus kek untuk bawa balik. 

Di kesempatan ini, Yatie nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Yatie sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala khilaf; terlanjur kata, tersilap bicara dan terkasar perbuatan. Baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang sebaliknya adalah dari diri Yatie sendiri.

Semoga Ramadhan yang bakal berlalu telah menjadikan diri kita seorang hamba yang lebih baik dari sebelum ini. Semoga juga Syawal yang bakal tiba memberikan sejuta kebahagiaan buat kita semua.

Salam Ramadhan.
Salam Aidilfitri.

p/s: bagi yang masih dalam dan akan memulakan perjalanan, Yatie doakan agar semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. semoga semuanya lancar dan selamat sampai ke destinasi.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Thursday, July 24, 2014

Resepi: Kerepek Ketam

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

Nak share lagi resepi mudah dan ringkas untuk raya ni. Mudah-mudah pun 'perang' juga dengan Arissa sebab dia pun nak join. HewHewHew.

Resepi Kerepek Ketam
Sumber: Sis Jamayah

Bahan Bahanya:

  • 2 Bungkus Stick Ketam
  • 1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk lada puteh atau hitam
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk kari
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • Minyak untuk Mengoreng

Cara Cara Membuatnya:

  1. Keluarkan stick dari plastik dan rendam sekejap.
  2. Tos, picit dan koyak halus (Yatie potong atas papan halus-halus. hehe.)
  3. Gaul stick yang telah dikoyakkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur daun kari. (Yatie masukkan lada berperisa, serbuk kari dan daun kari je)
  4. Kalau cuaca panas, boleh jemur. Tak jemur pun tak pe.
  5. Goreng hingga kuning dan rangup.
  6. Tos minyak dan ngap!

Haaa.. amacam? Senang kan? Balik kerja jap lagi korang dah boleh buat. Boleh buat tambah satu lagi ole-ole balik kampung. Betul tak? Heeee. So, selamat mencuba uols! :)


XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday: Penimbang

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 


Bukan penimbang berat badan. Tapi penimbang kuih. Hehe. Pujuk suami belikan sebab penimbang Yatie tak bawa datang sini. Hajat hati nak mengukus malam ni. Mengukus apa? Kalau malam ni tak tidur awal, esok ada la update. Hihi.

p/s: rajin pulak update hari ni. muehehe.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Kita Sediakan Pakaian Raya, Mereka Sediakan Kain Kapan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tadi ada motivasi bulanan jabatan dan sekali majlis ucapan raya. Dah nak raya ni kan. Hehe. Sebenarnya, kalau ikut bulan Islam Yatie dah 2 tahun dah dekat sini. Oh tak sabarnya nak tunggu 3 tahun. Haha. Ok. Ok. Tak nak merapu. Tajuk kali ni panjang. Yatie petik dari ucapan TKP sebentar tadi. 

Yatie tahu dekat FB pun rasanya ada juga yang share lebih kurang ayat kat tajuk tu. Cuma bila TKP cakap tadi Yatie rasa sentap pulak. Maklumlah, suara TKP pun sebak lepas tu dengan lagu raya sebagai latar belakang dan Yatie pulak tak balik Sarawak. Haha. Ok berkait-kait lah sebenarnya dan sememangnya Yatie agak terkesan dengan ayat ni. :')

Yatie tahu, ramai yang disekeliling Yatie menyambut hari raya tahun ni dalam keadaan yang sangat sederhana berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Apatah lagi dengan keadaan rakyat di Palestine dan terbaru kes MH17. Tak lupa kes MH370 yang masih lagi belum selesai hingga kini. Allahhu. Berat rasanya dugaan yang mereka perlu tanggung. Tapi Allah tidak akan uji melebihi kemampuan. Tak gitu? :)

Tapi betulkan. Dalam keghairahan kita mencari pakaian raya, mereka disana menyediakan kain kapan. Yatie selalu cuba membayangkan diri Yatie jika berada di tempat mereka. Yatie pasti akan dihambat rasa ketakutan yang amat sangat. Bila-bila masa bom boleh jatuh tempat Yatie tengah berdiri atau duduk atau baring. Allahhu. Tapi Yatie yakin mereka sebenarnya dah bersedia juga untuk kembali kepada Allah SWT.

Kawan office Yatie pula diuji awal Ramadhan hari tu, suami dia kemalangan. Putus ligamen. 3 bulan kaki tak boleh pijak lantai. Tak boleh buat apa. Kencing berak kena orang tolong. Anak perempuan dia pula terpaksa hantar balik kampung. Semalam bila dia cerita nampak air mata dia bergenang. Gaji suami dia pun sepanjang cuti sakit tak sampai separuh dari biasa yang selalu OT. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Katanya, baju anak pun dia tak beli langsung kali ini.

Masing-masing kita diuji dengan ujian yang mampu kita tanggung. Yatie sekeluarga juga tak terlepas dengan ujian Allah. Suami yang selalu pesan, "redhalah. Allah tahu kita mampu. sebab itu Allah uji dengan cara begini." Jadi, selalulah berpesan-pesan sesama kita untuk menerima sesuatu dengan hati terbuka dan berlapang dada. Semoga Allah redha dan merahmati kehidupan kita.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Resepi: Kacang Terrrr

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni Yatie nak share resepi yang sangat mudah dan ringkas; Kacang Terrr. Kacang Terrr ni sangat sesuai untuk dijadikan salah satu hidangan raya bersama dengan kerepek, maruku dsb. Tapi, tak raya pun boleh. Buat kudap depan tv macam Yatie. Lepas tu kecoh jerawat naik. Aptb. Heee.

Resepi Kacang Terr
Sumber: Sis Jamayah

1 kilo kacang tanah yang tak berkulit
2 labu bawang putih
50 gm buah keras
4 sudu kecil garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cili padi
Daun kari
Ikan bilis; cuci dan keringkan

Cara membuat:
  1. Rendam kacang dalam air panas hingga kembang kemudian tus.
  2. Tumbuk kasar bawang putih.
  3. Tumbuk hancur buah karas.
  4. Gaul semua bahan yang telah ditumbuk serta garam dan serbuk perasa ke dalam kacang dan biarkan seketika untuk mesra.
  5. Goreng ikan bilis terlebih dahulu dan ketepikan.
  6. Goreng daun kari dan cili padi yang telah dipotong dan ketepikan.
  7. Seterusnya, goreng kacang. Jangan goreng dengan api yang kuat sangat sebab takut dalam tak masak.
  8. Dah siap. Gaulkan semuanya.
  9. Makan!
SSenang je kan? Simple sangat. Sembang dengan orang office, eh eh. Masing-masing nak order. Takut mak. Takut tak menjadi. Wakakaka. Tak ready lagi kekdahnya. Lepas raya, InsyaAllah.

Ok then. Selamat mencuba sis Azrine. Hehe. Exclusive Uollss. ;) Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga boleh tambah idea untuk hidangan raya. (Ada anak kecik yang simple2 je la mudah). Hehehe.

Yatie tak potong cili sebab Arissa makan juga. Naya oi kot tergigit cili. Huuuu.

XOXO,
Mak Arissa. 
Read more>>>

Monday, July 21, 2014

Real Life Begin..

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.


Semalam adik Yatie balik Sarawak. Lebih kurang 7 bulan dia duduk dengan Yatie jaga Arissa. Menangis jugak lah Yatie ni selain sedih tak balik raya, sedih dah tak ada geng. Sobs! Tau semalam buruk nau rupa nangis depan adik sambil cakap terima kasih. Hahaha. 

Sepanjang 7 bulan ni, adik Yatie banyak sangat membantu. Bukan sekadar jaga adik tapi juga uruskan rumah walaupun kena senaraikan apa perlu dibuat. Haha. Yatie kan baru je duduk balik suami dan anak Disember lepas setelah 1 tahun 4 bulan duduk bujang. Yatie memang berusaha nak sesuaikan diri balik. Dan pertolongan adik sangat dihargai.

Bukanlah semua dia buat pun tapi ya, at least dalam tak sempat buat dia akan tolong buat. Contoh bangun pagi dah lambat tak sempat plus malas nak iron baju. Boleh bagi kat dia minta tolong. Haha. Macam time sekarang ni, boleh juga whatsapp dia minta tolong keluarkan ayam ikan dan kupas bawang. Gittew. Masa demam tempoh hari pun, dia juga yang tolong masak. 

Ude balik kampung
So, bila dia balik semalam; kehidupan sebenar Yatie bermula. Kena sesuaikan diri balik. Kena buat semua sorang. Eh? Takk. Hehe. Kecik ati stalker ai nanti. Udah tentu ayah Arissa yang banyak juga tolong. Macam sebelum ni, ayah Arissa memang akan tolong laundry. Alhamdulillah. Ringan sikit beban kat bahu. Eh? Poyo. Hahaha. Orang lain lagi la sensorang uruskan. Kannn? HewHewHew.

Arissa masa Ude dia dah check in. Dia dok cakap "nak ikut. nak ikut." Tapi tak nangis pun. Haha. Bila balik rumah pun, dia macam tau yang Ude dia memang tak ada. Tak macam selalu masuk rumah je panggil ude sambil cari kat setiap ceruk rumah. Huuu. Yatie tanya Ude dia mana pun dia jawab "ude g umah aki" atau "umah aki". Tetapi, masa nak berbuka tengah baca doa dia tanya "ude ude? ude ude?" Yatie yang sentap nak nangis tau. Aptb! Tapi lepas tu ok je. 

Alhamdulillah. Selamat semuanya. Dan semoga Allah melindungi Arissa juga sepanjang duduk di taska. Setiap kali gerak ke taska, Yatie akan ajak dia berdoa "Ya Allah, lembutkanlah hati Nur Arissa Batriesya untuk ke sekolah. Ya Allah, lindungilah Arissa dari sebarang musibah dan perbuatan yang tidak baik". Dia dengar je baik dia dulu amin. Hehehe. Lega juga sebab dia dah ok sangat nak pergi sekolah sekarang. Drama pagi-pagi tu normal. Tapi tak ada nak nangis-nangis dah. Heee.

Ahad lepas, buat Kacang Terr untuk adik bawa balik. Tah pa pe je baru nak teringat nak buat. Sempat buat satu kilo aje. Pencinta kacang macam Yatie memang happy lah oi. Sedap! Haha. (matik la puji kacang sendiri masak). InsyaAllah malam ni nak buat lagi. Untuk kat Ipoh. Pagi tadi, sempat goreng Kerepek Ketam. Phew!~ Nasib baik la sempat. Goreng tak banyak pun. Dah Arissa bawa separuh ke sekolah. Dia makan tak berenti kot. Siap marah kita nak simpan. Pfft!~

Kacang Terr

Kerepek Ketam
Yatie rancang nak buat Kacang Terrr dan Kerepek Ketam ni untuk dijual lepas raya nanti. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Ramai yang tegur Yatie sekarang ni. Kemain aktif katanya. Haha. Entahlah ek. Yatie rasa sekarang Yatie happy buat bisnes (bisnes weh. macam beso je. walhal kecil-kecilan je. haha.) Mungkin nak fokus kat sekolah Ayah Arissa dan Flat. Heee. Konon je ni tau. Jangan angan-angan mat jenin sudah. Bahahaha. Korang nak ke beli kat Yatie? Hihihi.

Ok lah. Sekian bebelan ku. 

p/s: jangan lupa untuk terus mendoakan keselamatan mereka yang berada di Gaza, dan kemenangan Gaza. semoga jua yang terlibat dalam nahas MH17 ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. semoga jua Ramadhan kali ini membawa kita kepada perkara yang lebih baik.

XOXO,
Mak Arissa.
Read more>>>

Friday, July 18, 2014

Baju Raya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dari semalam buka new post tapi tak sempat. Sibuk katanya. Huhu. Korang dah beli baju raya? Uiii. Ramai yang dah beli kan? Best betul tengok masing-masing post kt fb kat insta kat blog. Sampai Yatie musykil kat diri sendiri - dah kenapa taun ni aku macam tak raya. Pfftt!~

Tapi, tahun ni masalahnya mata ni selalu je tak berkenan dengan baju-baju. Setiap kali sales Yatie ajak juga husb pergi jengah tapi lepas tu balik tak bawa apa. Rasa macam design yang ada sama je macam taun lepas. Dulu Yatie ingatkan baju anak gugurl senang sambar je tapi bila umur Arissa sekarang Yatie berkenan dengan yang tahap kids punya baju. Arissa lak tak muat lagi kekdahnya. Haha. Manusia. Gitu la. =P

Selasa lepas pergi juga cari. Cuti Umum kan. Ambil kesempatan. Pukul 9 dah keluar rumah pergi Klang. Haha. GM Klang. Nak cari baju mak cari baju anak. Ayahnya dah cakap nak guna baju yang mana ada je. Harap muat lagi la. KahKahKah. Tahun ni Yatie tak tempah pun macam tahun lepas. Tak jenguk pun Jakel. Aptb! Oh ye. Tahun ni tak ada siapa pun bagi Yatie kain. Haish! Hahahaha. Tak pernah beli kain sendiri. Huu.

Baju Arissa macam dah settle. Cukup la tahun ni satu baju untuk raya pertama. Lepas tu semua kasual. Ha.. satu lagi. Masalah Yatie ni. Tak berkenan Arissa pakai gown. Suka dia pakai t-shirt dengan jeans atau pun dress legging macam tu. Tak tahu la kenapa. Arissa tak banyak dress kembang. Tak tahulah kenapa. Kesian Arissa 'terkenan' emaknya yang tak reti bergaya ni. Menurun ke anak. Haha.

Yatie? Pakai baju lama pun Yatie ok. Plus rasanya tak ada ke mana-mana sangat pun. Keluarga husband kecil comel je. Jadi nak bertandang berkunjung tu pun tak berapa banyak. Hehe. So, just beli baju untuk sedondon sikit ngan Arissa dan ayah nya InsyaAllah.

Kadang-kadang rasa dah tua. Hahaha. Sebab feel raya dah tak berapa nak ada. Tak macam dulu kala. Sekarang yang penting pakaian anak ada. Biskut kegemaran anak dah beli. Dah cukup lega dah. Haha.

Ok lah. Sekian entri tak berilmiah dari ku. Muehehehe.

Oh ye. Buat mereka yang nak jaga kesihatan dan sayangkan jantung tapi nak yang bajet aje. Berikut merupakan set MAMPU MILIK dari Yatie.


Lecithin - bantu untuk bakar lemak
Alfalfa - bantu angkut keluar lemak
Garlic - buang angin dan bantu cairkan darah.
Herb Lax - bantu bersihkan usus.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Wednesday, July 16, 2014

Review Pekasam Daging

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ehem! Hari ni bersempena dengan berakhirnya batch terakhir Pekasam Daging untuk sebelum Hari Raya; Yatie nak share review dari customer Yatie. Alhamdulillah. Syukur. Batch pertama sebelum bulan puasa dan hari ini berakhirnya batch 5. Yatie seronok sangat sebab ramai yang berpuas hati dengan pekasam daging yang Yatie jual. Dan ye, Yatie jual makanan yang Yatie suka dan jamin sedap. InsyaAllah. :)

Bila lagi Pekasam Daging nak restock? InsyaAllah lepas raya nanti kami akan beroperasi semula. Ecewah! Beroperasi uols. Muahahaha. Jadi, jangan lupakan Yatie pulak lepas raya nanti. Haha. Dan InsyaAllah; satu produk baru akan menyusul selepas raya nanti iaitu Pekasam Ayam. Ehem! Heeee.

So, meh ler jemput baca review dari link kat bawah ni. Haa. Full review ni tau;

Selebihnya, biarlah gambar berbicara. Ecewah!

lega sangat Ummi Shaklee Yatie ni dapat pekasam before bersalin. hihihi.

kemain komen ciknaa. hahaha.


yeah. steffi jd happy girl. rara berjoget perut. hihi.

great combination. eh ra! mu bukan diet ke? tak jadi eh. hahahaha.

sama macam asben yatie. selama ni tak makan pekasam. dapat pekasam daging boleh makan. hehe.

Ada seorang kakak tu. Mula-mula dia order 3 je lepas tu dia PM balik tanya bila ada stok. Ingatkan nak tambah 1 or 2 pek. Sekali ha.. 14 pek terus. Hehe. Tapi whatsapp dia dah hilang. Dah rugi satu review untuk pekasam daging iols. Muahahaha.

Ok. Bagi yang tak sempat nak cuba, tak sempat nak rasa. InsyaAllah Yatie akan restock selepas hari raya nanti. Jika ada yang berminat nak jadi ejen di negeri masing-masing, boleh PM Yatie. Ewah kemain kau. Negeri uols. Hahaha. Haa. Jangan lupa tau. Yatie pun tengah cari sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian ahli keluarga Shaklee Yatie. Yatie tau, ramai sekarang yang nak cari pendapatan sampingan/lebih. Tapi, tak ada modal dan tak tahu cara. InsyaAllah Yt bantu dan kita sama-sama tambah side income. Bisnes Online Mudah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Friday, July 11, 2014

Sakit Gout

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Apakah Penyakit Gout?
  • Gout disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
  • Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
  • Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
  • Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan ‘tophi’ dan batu karang di buah pinggang.
  • Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi dinamakan “hyperuricemia”. Keadaan ini tidak memerlukan rawatan ubat. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini. 
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
  • Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk ‘tophi’ di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.
Bagaimana Gout dikesan?
  • Penyakit ini boleh dikesan melalui pemeriksaan fizikal, khususnya pemeriksaan sendi. Pemeriksaan cecair sendi akan menunjukkan kristal urik asid. Ujian darah dapat menentukan tahap urik asid. Pemeriksaan X-ray & USS dapat menunjukkan kerosakan pada tulang sendi tetapi sekiranya dilakukan pada peringkat awal, ia mungkin kelihatan normal.
Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
  • Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
          ~Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
          ~Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
          ~Minum alkohol berlebihan.
          ~Kecederaan kepada sendi.
          ~Selepas pembedahan.

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit Gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Rawatan Gout

Tujuan rawatan adalah untuk:
  • Mengurangkan sakit sendi.
  • Mengurangkan kekerapan serangan.
  • Mengelakkan komplikasi penyakit gout.
Rawatannya termasuklah:
  • Ubat ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) – Ubat ini dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak.
  • Colchicine– Ubat ini digunakan untuk mengurangkan sakit sendi. Salah satu daripada kesan sampingannya ialah cirit birit.
  • Allopurinol– ubat ini dapat mengurangkan tahap asid urik. Kesan sampingan seperti ruam dan alahan yang serius boleh berlaku. Sekiranya ini berlaku, anda mesti menghentikan pengambilan ubat ini dengan serta merta.
  • Kesemua ubat-ubatan tersebut harus diambil dibawah pengawasan doktor.
  • Penggunaan ‘cold pack’ pada sendi yang sakit dapat melegakan kesakitan.
  • Minum air yang mencukupi untuk mengurangkan risiko pembentukan batu karang di buah pinggang.

Yatie juga cadangkan pesakit gout untuk mendapatkan SET GOUT SHAKLEE sebagai salah satu ikhtiar. Set Gout terdiri dari Performance Drink, Alfalfa Complex dan Omega Guard. Dan adalah sangat digalakkan untuk ambil 'tonik ajaib' Shaklee iaitu Vivix Shaklee.

Vivix Shaklee

Set Gout Shaklee

KENAPA SAYA GALAKKAN SHAKLEE? 
KERANA SUPLEMEN SHAKLEE ADALAH SELAMAT, BERKESAN DAN MESRA ALAM. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Friday, July 4, 2014

Bisnes Online Mudah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tajuk pagi ini Yatie pinjam dari Ummi Shaklee Yatie. Hehe. Kalau ada sesiapa yang baca blog Yatie merupakan kawan FB Yatie juga, Yatie rasa korang tahu apa dia bisnes online mudah yang Yatie nak kongsikan ni. Tambah pulak Yatie dah pinjam tajum Ummi Shaklee katanya kan. Jadi, haruslah Shaklee. =P

Yatie straight to the point ok?

Yatie mula bisnes online ni sejak tahun 2012. Ya, bermula dengan topi bunga kembang sekuntum tu. Hihi. Kemudian Yatie dropship. Dropship baju anak-anak dan dropship cadar. Lepas tu Yatie senyap membisu sekejap. Kemudian bila bangkit semula Yatie masih kekak drosphip cadar dan upgrade sikit jadi reseller bagi barang anak-anak. Ehem! Dropship dan reseller ada sedikit perbezaan ye adik kakak. Hoho.

Tahun ini, hati terbuka untuk upgrade jadi Pengedar Sah Shaklee dan Pengedar Pekasam Daging. Subhanallah. Ya, rezeki itu tidak akan datang bergolek ke arah kita. Kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Secara jujurnya, ada sedikit ralat / kesalan nun dalam hati yang paling jauh 'kenapa aku tak jadi salah seorang dari Shaklee dulu? lama dah kot kenal Shaklee.' Faham tak? Huuuu.

Saya Pengedar Sah Shaklee Cheras

Dan ya. Sesungguhnya semua itu datang dari Allah. Tetapi, better late than never. Tak gitu? Alhamdulillah, Yatie dah bulan ketiga bersama Shaklee. Kalau tak ada hasilnya, Yatie tak akan cerita. Malu kata ko. Bahaha. Yatie tahu ramai yang takut sebab Shaklee ni pun salah satu bisnes MLM. Ye. Yatie tak nafikan. Dan Yatie juga dulu menyampah sangat bila orang cerita MLM. 

Shaklee walaupun MLM tetapi, tak ada istilah pendapatan pasif. Big No! Masing-masing kena usaha. Awak ada kedai, awak kena lah berusaha nak bagi barang dalam kedai laris. Gittew. Faham ke idok? Hihi. Ok. Kenapa saya cakap Shaklee ni Bisnes Online Mudah?
  1. Modal serendah RM75 (SM) / RM85 (SS).
  2. Tak semestinya anda perlu simpan stok.
  3. Tempahan semuanya di hujung jari.
  4. Kehadiran GDEX dinanti.
Simple tak? Hihi. Modal tu sebenarnya yuran keahlian seumur hidup. Kalau ada modal lebih, boleh simpan stok di rumah. Kalau tak ada, tak apa. Sebab kita place order pada Shaklee, then Shaklee akan pack n hantarkan suplemen terus ke rumah kita atau rumah customer. Satu lagi, place order semua melalui website. Kita tak perlu nak SMS Shaklee tanya ada stok atau tidak. Semua ada dekat web. Last sekali, kita just tunggu GDEX sampai depan rumah kita atau customer SMS bagi tau GDEX dah sampai. Gitteww.

Ye. Simple je. Sesuai sangat bagi kita yang tak berapa nak cukup modal dan tak berapa nak cukup masa untuk packing sendiri sebab ada kerja hakiki dan yang nak buat side income. Sebenarnya, untuk makan sendiri pun boleh dapat bonus jugak (jika cukup syarat). Nak bisnes ke tak nak bisnes ke. Yatie alu-alukan korang jadi ahli sebab penjimatan dengan harga ahli adalah sangat berbaloi-baloi.



So, Yatie cuma kongsi apa yang Yatie buat sekarang. Dan kenapa Yatie jadi pengedar Shaklee. Kalau korang berminat untuk jadi sebahagian dari kami (ye kami. saya di bawah naungan group shaklee yang oh-sem!), jangan malu jangan segan contact Yatie dengan apa cara yang kalian selesa. Kita sama-sama tambah pendapatan. Siapa tahu dengan izinNya nanti kita boleh jadi salah seorang WAHM. ;) Allahummaamiin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Thursday, July 3, 2014

7 Sebab Mengapa Badan Kita Memerlukan Suplemen

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sihat semuanya? Semoga semua yang membaca blog Yatie sihat walafiat dan dirahmati Allah. Pagi ni Yatie nak kongsikan sikit tentang Mengapa Kita Perlu Suplemen. Indirectly, kenapa wujudnya suplemen? Hehe.

Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh kita perolehi dari makanan. Contohnya, vitamin C dan E yang diperoleh dari makanan sahaja tidak mencukup untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Tidak semestinya buah-buahan dan sayuran yang kita makan itu mengandungi bahan galian yang mencukupi kerana buah dan sayur yang ditanam atas tanah yang tak subur mengandungi bahan galian yang kutang. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar juga mempengaruh kualiti buah dan sayuran tersebut.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya, vitamin C dan Enzim mudah dimusnahkan oleh habad semasa dimasak.

Ada diantara kita yang ambil pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik. Semua ini boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Selain itu, amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga dapat mengurangkan zat makanan dalam tubuh.

Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan. (ehem! ni sapa buat angkat tangan! saya kagum. hehehe.)

Gaya hidup masa kini yang sibuk membuatkan kebanyakan kita memilih makanan segera atau makan di luar yang kebiasaannya tinggi MSG.

Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya di luar dan malam jika masak, menu yang dihidangkan kebiasaannya seringkas yang mungkin maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Ok. Cukup tujuh semuanya. Apa pendapat teman-teman semua? Betul kan? 

Kenapa Shaklee? Kita tahu sekarang ada bannnyaaaakkk vitamin yang dijual. Ada yang baru ada yang lama. Shaklee ni dah lama. Tau tak yang Dr. Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menemui Vitalized Minerals (1915) yang kini dipanggil Vitamin

Suplemen Shaklee merupakan suplemen SEMULAJADI. Ia bukan sintetik atau organik. Suplemen Shaklee wujud dalam bentuk BERSEDIA UNTUK DISERAP ATAU DIGUNA. Suplemen Shaklee TIADA PEWARNA, PERASA dan PENGAWET TIRUAN serta TIADA SILIKA GEL dan ini membantu penyerapan dengan lebih baik. InsyaAllah.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan suplemen Shaklee atau nak tahu lebih tentang suplemen Shaklee, feel free to contact Yatie. Yatie ok je. Tak makan orang. Hehe.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Wednesday, July 2, 2014

CPUV 2014: S&P Food - Coconut Milk Powder

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dah masuk hari ke-4 Ramadhan. Alhamdulillah. Masih diizinkanNya untuk berpuasa. Yatie pagi tadi tak sempat 'sahur berat' pun. ESP + Meal Shakes = Nyum Nyum Alhamdulillah tak ada lagu keroncong pun. Korang dah dapatkan Set Ramadhan - Mighty 3 Germs tu? Set Ramadhan tu ada ESP, Meal Shakes dan Performance Drink.

ESP: Membekalkan tenaga sepanjang hari.
Meal Shakes: Membekalkan nutrien yang lengkap dalam tubuh.
Performance Drink: Meningkatkan daya ketahanan badan.

Boleh je contact Yatie kalau nak dapatkan set ni ye Kalau nak satu satu pun boleh. Jangan malu-malu tanya Yatie. Malu tanya nanti tak tahu. Kannn. ♥

Eh. Suka kan Yatie ni nak melalut. Maaf la ye. Tangan ni laju je menaip ha. Muahahaha. Waktu rehat katanya. Hehehe. Haa. Tadi, buka la nuggnang. Hari-hari Yatie buka nuffnang. Saja nak syiok sendiri tengok berapa visitor, apa keyword dan earning. Haha. Alhamdulillah ada satu iklan CPUV baru; S&P Food - Coconut Milk Powder. Hari ni genap sebulan iklan DKSH - Tiger Balm Mosquito. :)


S&P Food - Coconut Milk Powder ni sebenarnya santan segera yang dalam bentuk serbuk tu. Pernah tak guna? Yatie pernah jugak guna dulu. Buat masak lemak kalau tak silap dengan bapak nun kat Sarawak. Hehe. Jauh kan? Kat sini tak pernah guna. Yatie masa tu guna yang original macam kat gambar kat bawah.

original
 Bila buka website S&P Food tadi, rupanya sekarang ada yang Omega 3 dan Pandan jugak
Omega 3
Pandan

Macam-macam produk yang S&P Food keluarkan selain dari Coconut Milk Powder. Korang boleh pergi terjah website S&P Food. Ada resepi juga tau dalam web tu. Wink Wink! Apa lagi. Bulan-bulan puasa macam ni dengar nama resepi dah teruja nak p tengok. Kan? Hehe.

Ok. Last but not least. Terima kasih ye Nuffnang sebab bagi lagi iklan kat blog udang geragau Yatie ni. Hihi. Oh ye. Kalau nak beli Set Ramadhan tadi, boleh la contact Yatie ye. Anytime. InsyaAllah free je Yatie reply.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>

Tuesday, July 1, 2014

Shaklee: VIVIX is THE BEST among THE BEST!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Teman-teman sekalian sihat? Yatie doakan semoga semuanya sihat walafiat, dipermudahkan urusan dunia untuk bekalan akhirat. InsyaAllah. 

Semalam, geng Shaklee masing-masing closing bulan June. Masing-masing menunggu hasil 'tuaian' setelah berusaha sepanjang bulan. Hehe. Dan bukan itu sahaja, masing-masing excited nak tunggu Promosi Bulan Julai 2014. Phew! Tau tak. Promosi Vivix Beli 6 Percuma 1. Wallaweh! 

Tau tak yang VIVIX Shaklee is THE BEST among THE BEST
Kenapa? Jom tengok manfaat Vivix.


Vivix merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 


Selain dari penjimatan lebih RM50 bagi 1 botol Vivix Shaklee, anda juga dapat:
♥ keahlian percuma.
♥ point terkumpul melebihi 700.
♥ bonus tunai tiga angka.

Dan satu lagi yang paling istimewa,
♥ kesihatan yang optimum, InsyaAllah.

Apa tunggu lagi? Jom sama-sama rebut peluang berjimat untuk mendapatkan suplemen kesihatan terbaik ini bagi tujuan meningkatkan tahap kesihatan. InsyaAllah. Boleh pakat ramai-ramai dengan adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan dan kawan kerja. Jangan malu jangan segan untuk hubungi Yatie. Will always be here for you. InsyaAllah. Hihihi. Oh ye, kalau nak tahu promosi Vivix ni kembali tak sampai setahun tau. Last November 2013. Jadi, ini semestinya produk hangat! :)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com