Pages

Apr 30, 2014

Wordless Wednesday: Anak Solehah

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 




Kita tak tahu selama mana Allah pinjamkan kita nikmatNya. Kita tak tahu selama mana Allah izinkan kita untuk terus berada atas bumiNya.

Kita tak tahu apa yang menanti kita kemudian hari. Kita tak tahu apa yang akan berlaku sesaat lagi.

Kita manusia sering merancang, tetapi sebaik-baik perancang itu hanyalah Dia.

Saat dan ketika ini, aku cuma boleh cakap ini anak aku dan semoga anak aku ini akan menjadi anak solehah yang sentiasa mendoakan aku bila aku telah tiada.

Nukilan,
Mak Arissa.

p/s: semoga dipermudahkan dan lancar perjalanannya balik sini empat hari lagi. 

**Instagram Semalam. ;)

Apr 26, 2014

Another 10 Years?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Another 10 years, maybe? 

Bila dah kahwin dan dah ada anak terutamanya, jiwa meronta-ronta nak jadi surirumah atau mak yang bekerja dari rumah supaya boleh fokus jaga rumah, jaga suami dan jaga anak. Kalau kerja dari rumah pun tak lah anak di hantar ke babysitter mahupun taska. Buat kerja sambil jaga anak. Bestnya! Penat-penat pun tak keluar rumah. Semuanya berkisar dalam rumah. Boleh nak deko2. Boleh belajar masak sedap2. Boleh ajar anak2. Boleh spend lebih masa untuk baca Quran, baca buku. Well you know, kerja office hour 8 jam memang tak boleh nak buat semua tu. 

Eh. Senaraikanlah apa yang best bila kerja sebagai surirumah dengan kerja sebagai pekerja 8 jam wajin di tempat kerja. Pasti kerja surirumah / dari rumah itu lagi banyak best nya! Ada yang cakap, surirumah ni kerja banyak kadangkala tak cukup rehat. Well, same goes to yang bekerja 8 jam sehari lah. Balik kerja dah bergegas pula nak masak, layan anak suami, kemas-kemas apa yang patut then lepas tu rehatkan diri. Kadang-kadang, buat tak pandang je benda yang patutnya kena kemas. Hohoho.

Tahu tak siapa yang Yatie ingat bila rasa penat sangat balik kerja dengan nak kemas rumah semua? Sudah tentu Mak Yatie sendiri dan Mak Mentua. Mak Yatie dulu siap buat kuih untuk jual. Karipap, buah melaka, kek biasa, kek sarang semut dan kuih lapis. Kalau ada katering, mak buat sampai pukul 2 3 pagi ditemani Yatie n Bapak. Yatie sekarang ada jugak tidur lewat untuk untuk 'side job' Yatie tapi sekadar menatap laptop dan buku untuk mengorek sehala ilmu. Mak Yatie mesti lagi penat kan? Dah lah PPM tadika, sah sah melayan ragam anak-anak kecil seharian. Huuu.

Yatie selalu jugak berangan nak kerja dari rumah. Tapi bukan untuk 2 3 tahun awal ini. Yatie ada komitmen sendiri untuk diri Yatie, Mak Bapak Yatie dan Adik-Adik. Suami pun ada komitmen dia. Mungkin, 10 tahun selepas ini? InsyaAllah. Allahhummaamin. Janji Yatie kepada diri Yatie sendiri, Yatie akan 'balas' apa yang telah Mak Bapak dan Adik-Adik korbankan untuk Yatie sepanjang Yatie menuju ke puncak gading. Tak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada. Dan memang tak terbalas walau Yatie mampu beli Range Rover sekalipun. Haha. Tetiba. =P

So, sekarang ni bertabahlah dalam meniti hari-hari. Panjang lagi masa. InsyaAllah semoga panjang umur jua. Apa yang boleh Yatie buat ialah being a SUPERMAK sentiasa. Muahaha. Susun atur perancangan masa hadapan. Berusaha untuk terus ke depan dan tidak mengundur ke belakang. Kita berusaha. Kita berdoa. Kita tawakal. Macam simple je hidup ni kan? Muahaha. Sekarang ni, penuhi dulu setiap perancangan. Tetapi ingat, sebaik-baik perancang itu adalah Dia. Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. 

Ok lah. Tetiba rajin hapdet hujung minggu. Haha. Ayah Arissa kerja. So, Mak Arissa berseorangan. Sebab tu rajin. HewHewHew. (tutup mata je tengok apa yang perlu di kemas. haha.)

XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 24, 2014

SHAKLEE: Set Hamil

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ok. Ok. Jangan sus-pen! Yatie belum lagi mengandung adik Arissa. Hahaha. Soon, InsyaAllah. Hihi. Seronok sebenarnya dengar kawan-kawan dah ada anak dua, dah nak bersalin, dah mengandung dan dah tak merancang. Best! Yatie? Again, InsyaAllah soon. 

Okies! Mari kembali ke pangkal jalan. Para ibu memerlukan nutrisi yang lengkap semasa mengandung. Kebiasaan kita kata kalau kuat makan, kita kata makan untuk dua orang. Hehe. Dan nutrisi yang kita perlukan dalam tubuh juga perlu ada cukup untuk dua orang. Gittewww. 

Set Hamil Shaklee berupaya melengkapi nutrisi dalam tubuh badan para ibu mengandung. 


TRIMESTER 1 (1 - 3 BULAN)

1. Sustained Release Vita-C Plus
  • Sebagai antioksidan
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi
  • Membantu penyerapan iron
2. B-Complex
  • Mengandungi 8 Vitamin B
  • Vitamin anti stress / mengawal tekanan
  • Mengelak pigmentasi kulit
  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit
  • Membantu pembebasan tenaga dari makanan
  • Penting untuk pembentukan darah
3. Ostematrix
  • Sumber kalsium untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh
  • Mengelak kekejangan otot dan risiko osteoporosis
  • Membantu melancarkan pelawasan (elak sembelit)
4. Vita-Lea

  • Multivitamin (28 Mineral & Vitamin)
  • Membantu menambah Zat Besi (elak ibu pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi)
Jika ada extra budget,

5. ESP
  • Membekalkan protein untuk membina hormon, enzim, antibodi, sel dan otot ibu serta bayi
  • Mengawalatur keseimbangan bendalir dalam badan 
  • Membekalkan tenaga berpanjangan

TRIMESTER 2 DAN 3 (4 BULAN SEHINGGA SELEPAS BERSALIN)

6. Omega Guard
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak serta aspek-aspek lain perkembangan janin
  • DHA dibekalkan dari placenta bagi bayi dalam perut dan susu ibu setelah bersalit

Set hamil ni lengkapkan? Kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi ni hanya dengan pemakanan seharian kita. Semua ibu mahukan yang terbaik buat dirinya dan juga anak terutamanya. Saya juga tidak terkecuali. Makanya,

Kita berusaha, Kita berdoa, Kita berserah.

Hubungi Yatie jika mahu mendapatkan set hamil ini atau jika ada beberapa pertanyaan. Jika jumlah ini melebihi kos yang anda anggarkan, hubungi Yatie. InsyaAllah Yatie akan cadangkan yang mana terbaik. 


Jika ada sesiapa nak beli produk SHAKLEE atau ada pertanyaan tentang produk SHAKLEE, boleh terus hubungi Yatie. Jika nak dapatkan harga ahli, boleh juga mendaftar dengan Yatie. Bagi sahabat yang berada di luar KL terutamanya, Yatie boleh pos ke alamat anda di seluruh Malaysia. InsyaAllah.

Ingin mendapatkan potongan harga sehingga 20% bagi setiap produk? Anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran keahlian RM65 sahaja untuk seumur hidup dan anda juga akan dapat menikmati lebih keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

XOXO,
Mak Arissa

Apr 23, 2014

Wordless Wednesday: Sama-Sama Rindu?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.







Random pictures taken from this blog. 

Kalau sebelum ni bila tanya Arissa dia nak balik ke tak dia jawab 'nanak'.
Kali ni bila tanya ica nak balik tak? Dia jawab 'alik'.

Heee. Baru rasa ke anak oi ketiadaan mak ayah disisi kamu? Hihihi.

XOXO,
Mak Arissa.

Apr 18, 2014

Wabak Baru: MERS

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 

Yatie kongsikan pesanan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. Semoga kita serta seisi keluarga kita terhindar dari wabak MERS ni. 
---------------------------------------------------------------
WABAK TERBARU ..

Inna lillahi wa inna ilhai raaji'oun, musibah baru melanda dunia dan negara Malaysia juga tidak terkecuali. Apabila mendengar wabak sebegini, disunatkan untuk membaca 

لا إله إلا الله العظيمُ الحليمُ . لا إله إلا الله ربُّ العرشِ العظيمُ . لا إله إلا اللهُ ربُّ السماواتِ وربُّ الأرضِ وربُّ العرشِ الكريمُ 

Riwayat Sahih Muslim

Selain itu, diriwayatkan ketika penyakit Taun tersebar, disunatkan solat khas untuk menjauhi penyakit itu dan baginda Nabi s.a.w diriwayatkan (كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا حزبه أمر صلى ) Ertinya : Nabi s.a.w apabila membimbangkan olehnya sesuatu perkara, baginda akan mendirikan solat (sunat).

PARA ULAMA JUGA menyebut agar segera MEMANTAPKAN SOLAT YANG WAJIB dan disunatkan berqunut nazilah.

Dengan penyebaran penyakit MERS ini, wajarlah kita sama-sama mengamalkan dua saranan di atas dan terus berdoa agar dijauhkan terkenanya atau tidak mampu sabar darinya.
____________________________________________


Info dari Dr Syamirullah seperti di bawah :-

Jangkitan MERS-CoV, singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus, adalah sejenis penyakit baru bawaan virus yang baru sahaja dikesan pada tahun 2012.

Tak banyak yang diketahui dari asal usul virus ini. Ada kajian yang mengatakan dari unta, dari kelawar gua dsb.

Ianya mula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012. Seterusnya ianya tersebar, dipercayai melalui jangkitan individu-individu hampir sama seperti demam selesema, khususnya pada musim haji.

Penyakit berbahaya ini, sehingga sekarang, dikesan telah menjangkiti 238 pesakit di seluruh dunia, dengan 92 pesakit telah meninggal dunia. Bermaksud, mortality rate bagi penyakit ini mencecah 40%, boleh dikatakan dari 10 orang dijangkiti, 4 meninggal dunia.

Dari segi virulence, ianya sangat virulence malah dilaporkan lebih virulence berbanding SARS. Virulence bermaksud betapa mudah ianya menjangkiti orang yang sihat.

Pengalaman saya encounter kes MERS-CoV adalah sekitar hujung tahun lepas, seorang pesakit yang baru pulang dari umrah, disyaki dijangkiti MERS.

Akibatnya, pesakit ini diletakkan seorang diri di bangunan wad isolasi, manakala semua pesakit2 asal isolasi seperti TB dipindahkan ke bangunan lain. Bayangkan, bangunan wad yang boleh memuatkan 30 pesakit itu, dikosongkan untuk diletakkan beliau seorang sahaja.

Hanya dua petugas kesihatan dibenarkan menjaga pesakit ini. Setiap kali ingin masuk memberi ubat atau mengambil bacaan tekanan darah dsb, petugas ini perlu memakai pakaian PPE (personal protective equipment) yang seperti angkasawan lagaknya.

Ini kerana, masih belum jelas bagaimana penyakit ini tersebar. Mungkin dari titisan wap hembusan nafas. Mungkin dari air liur. Mungkin dari sentuhan kulit. Ianya strongly suggestive for respiratory component.

Dan pelawat, sama sekali tidak dibenarkan. Ini baru hanya DISYAKI mendapat MERS-CoV. Syukurlah hasil kajian kuman mendapati beliau bebas dari jangkitan tersebut.

Dan pada hari ini...akhirnya, penyakit ini sudahpun tiba di Malaysia, dengan kematian pertama kita.

Buat masa sekarang, belum ada penawar/ubat dijumpai bagi jangkitan MERS CoV ini.

Sumber: Facebook Page Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman. 

XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 16, 2014

Wordless Wednesday: Counting Days

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 




Lebih kurang 2 minggu lagi dia nak balik sini. Sejujurnya, Yatie sangat rindu dia. Rindu nak peluk cium dia. Rindu nak gaduh dengan dia. Rindu nak dengar dia bebel. Rindu nak selfie dengan dia. Rindu nak main dengan dia. Rindu nak tidur dengan dia. Rindu nak nyanyi dengan dia. Rindu segala-galanya tentang dia. Serius! 

Ini kali pertama tak jumpa dia berbulan. Kiranya hampir 2 bulan lah tak jumpa ni. Dan lately rasa masa adui lambatnya masa berlalu. Huhu. Dulu paling lama pun 2 minggu atas sebab ada kerja hujung minggu. Tapi, tak ada lah nak mengeluh ke apa. Sebab ini yang terbaik untuk dia. 

Air Alhamdulillah setakat ini sentiasa ada. Syukur. Tapi, kami plan nak tambah lagi tong. Sebab ada anak kecik kan penggunaan air untuk dia bukan sekecik badannya. Kena buat persediaan jugak. Tapi semoga air tak akan di catu lagi. Kesian dekat anak-anak kecik.


Bantal Upin Ipin Lukis Tangan ni dari Nurul Syamimi yang gojes. Kalau dekat Insta tu cari la hashtag #scissorandbutton. Yatie jamin korang mesti semua tergoda dengan kekreatifan ibu Rafif ni. Yatie plan nak tambah lagi nanti cukup watak dalam Upin Ipin. Haha. Over tak Mak Arissa ni? Hihi.

Sebenarnya, plan juga nak kemas bilik dia sebaik mungkin. Mainan dia semua dah habis angkut dari rumah Ipoh. Dah tak tahu nak letak mana pulak. Huhu. Hujung minggu lepas jumpa dah yang berkenan kat IKEA. Tup2 nak ambil stok dah tak ada. Frust gila. Sampai lupa nak ambil tv cabinet murah untuk tv 3D. Huhu.

Tak tahu sempat tak nak siapkan bilik dia sebelum dia balik. Huhu. Hari tu nak beli cadar Minnie. Ayahnya cakap, 'kang tak nak tidur dengan kita pulak dia'. Haha. Tak nampak lagi tanda-tanda kami nak pisah tidur ngan dia. HewHewHew. Tunggu dah ada adik nanti la baru tidur sorang ye ca. Muahaha.

Ok. Dah. Ni bukan wordless namanya. Haha.

XOXO,
Mak Arissa.

Apr 15, 2014

SHAKLEE: OSTEMATRIX PROMO APRIL

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

InsyaAllah, Yatie akan berkongsi dari semasa ke semasa tentang produk dari SHAKLEE. 
Tapi, malam ini Yatie nak berkongsi dengan semua tentang promosi SHAKLEE bagi bulan April 2014. 

OSTEMATRIX SHAKLEE; BELI 6 PERCUMA 1. 


Apa dia OSTEMATRIX SHAKLEE?


Tulang merupakan struktur yang penting dalam tubuh kita. Tulang ni lah kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama kita seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal. Tulang juga membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh dkita dengan bebas. 

Untuk membina tulang yang kuat, kita bukan sekadar memerlukan kalsium. OSTEMATRIX SHAKLEE mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Jom kita tengok details manfaat OSTEMATRIX SHAKLEE;

~ Menguatkan tulang 
(menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi & sistem saraf)

~ Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas

~ Meringankan stres
(mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf & penenang saraf. memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala & pitam)

~ Memperbaiki masalah haid

~ Pengalkalian tubuh
(mengimbang pH tubuh & menghalang obesiti diwaktu umur tua)

~ Memperbaiki hiperaktiviti perut & sakit gastrik

~ Vitamin D

~ Magnesium
(menggalakkan komposisi tulang dan rawan)

~ Zinc, boron, manganes, kuprum
(memelihara metabolism kerangka & pertumbuhan otot)

Dengan promosi ni, anda hanya perlu bayar dengan harga 6 botol OSTEMATRIX SHAKLEE untuk mendapatkan 7 botol OSTEMATRIX SHAKLEE (120 BIJI). Anda hanya perlu bayar RM366 bagi 7 botol dan jika nak lebih lagi penjimatan, anda hanya perlu bayar RM65 untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih murah. Jangan lepaskan peluang ini!

Jika berminat dengan OSTEMATRIX SHAKLEE dan memerlukan keterangan lanjut, boleh hubungi Yatie,


Jika ada sesiapa nak beli produk SHAKLEE atau ada pertanyaan tentang produk SHAKLEE, boleh terus hubungi Yatie. Jika nak dapatkan harga ahli, boleh juga mendaftar dengan Yatie. Bagi sahabat yang berada di luar KL terutamanya, Yatie boleh pos ke alamat anda di seluruh Malaysia. InsyaAllah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

XOXO,
Mak Arissa

Kreatif: Tudung Bawal Fareeda

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 

Minggu lepas, news feed penuh dengan isu statement si Mawar Fareeda. Semalam, news feed penuh dengan gambar Tudung Bawal Ala-Ala Fareeda. Even pagi semalam tengah siap-siap suami tanya, 'tak nak buat ala-ala Fareeda ke?' Hahaha. Memang tak lah Yatie ni nak buat. Segan. =P

By the way, Yatie memang cakap adik tu kreatif. Comel sangat. Bagi Yatie yang buta fesyen nih, Bawal Ala-Ala Fareeda tu lebih kemas lebih sopan. Bezanya, tak boleh main sarung-sarung saja. Yela, bawal kan. Kena tiup-tiup bagi muncung. Hihi.



Adik ni pun comel aje. Kan? Tutorial, boleh pergi tengok link blog dia tu. Kelebihan Tudung Bawal Ala-Ala Fareeda ni; murah - tudung kangaroo 5 hinggit pun boleh, labuh - tahap labuh tu boleh adjust sendiri, kreatif - kesenian bergaya. (Kreatif pun kelebihan ke? Eh. Of course!)

Nanti nak pergi dinner ke nak kenduri ke, bolehlah buat fesyen. Mesti semua boleh buat punya. Tinggal nak tambah keronsang aje. Kan? Heee. Orang macam Yatie yang tak berseni ni, pin kat tengok pun kat bawah. Siap! Tak ada nak simpang-simpang, tak ada lilit-lilit dan tak ada nak lipat-lipat. 2 3 jam tak siap gamaknya ngadap cermin. Huhu.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Jika berminat untuk mendapatkan produk kesihatan Shaklee atau nak bertanya lebih lanjut tentang Shaklee - boleh hubungi Yatie ye. ;)


XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 11, 2014

Baju Raya

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum.

Bila tengok Etty & Mimy cerita pasal baju raya, Mak Arissa pun baru terfikir pasal raya. Tak terfikir lagi tahun ni nak buat baju apa, dan nak sedondon warna apa. Haih entahlah. Apa yang difikir pun tak tahu. Weols tak ada nak sedondon sampai hari raya ketiga keempat. Cukup hari raya pertama dan buat ambil gambar. Kalau iols nak kena fikir sedondon berhari-hari, mahu pecah kepala hotak fikir nak warna apa. Lagi senang kira import export kot. Buta fesyen kekdahnya. Warna pun terlibat. Pffftttt. (pesen yang mana ada je. hihi.)

Tahun ni beraya Ipoh dulu. Tahun lepas dah raya kat Sarawak dulu kan. InsyaAllah ada rezeki balik jugak Sarawak dalam.raya ketiga ke keempat ke. Tahun ni lain sikit. Sebab nanti kalau balik dari Sarawak boleh terus balik rumah sendiri. Dah duduk KL ni katanya. Kiranya tak ada macam dulu. Balik Sarawak, balik Ipoh dulu kemudian baru balik KL semula. Bila ingat balik, macam tak sangka je Mak Arissa ni dulu boleh kerja ulang alik gitu. Fuhh. Letihnya Allah sahaja yang tahu. 

Tahun 2012, tema merah hitam. Tahun 2013, tema kelabu. Tahun 2014 - terfikir nak warna hijau. Tapi tengoklah nanti macam mana. Dept pula dah bagitahu corak uniform raya tahun ni. Konsep kain pelikat. Adoiyaii. Macam-macam. Mak Arissa ni dah lah pesen tangkap muat mana ada je. Nak bertema bagai ni memang lemau rasanya. Tapi selalu sangat dah daku ni derhaka. Sesekali nak kena support dept katanya. Huhuhu.

Apa pun, semoga diri ini berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan bersama suami, anak, mak bapak, mak ayah dan seisi keluarga. Allahhummaamin. 

XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 10, 2014

Allah Maha Kaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tengahari semalam saya nangis. Ye. Nangis. Tiba-tiba ada staff senior ketuk bilik. Apa je boleh buat? Berlagak cool sambil ambil tisu atas meja lap mata sambil cakap hai. Haha. 

Kenapa nangis?

Selasa, kan kepala meter paip kami kena curi. Tengah bulan kan. Mestilah ralat sikit. Pulak baru je lepas beli tiket anakanda tercinta dan mak ude dia. Tapi, nak tak nak kena juga keluarkan duit. Tuan rumah cakap tolak sewa bulan ni. Ok la. Saja cakap kat Ayah Arissa kenapa tak cakap kat tuan rumah bagi je duit sebab tengah-tengah bulan ni. Hihihi.

Kan saya ada cakap yang kami sama-sama terima ni sebagai ujian dari Dia. Dan sebenarnya juga, saya tak berapa kisah sangat dengan kejadian ni. Maksudnya saya tak berapa nak membebel. Perempuan kan sinonim dengan membebel bla bla ni. Haha. Saya tak berfikir banyak pun. Entah. Petang tu saya bajet good good je bila fikir balik. Wakakaka. Kalau siapa ada baca entri tu faham la kenapa saya cakap macam tu. Hihi. Buanh tebiat gamaknya.

Tapi. Allah Maha Pengasih.

Semalam saya dapat emel. Emel bagitahu LHDN dah masukkan lebihan wang cukai tahun lepas. Saya tergamam. Tergamam sebab secepat ini wang lebihan tu dikembalikan dan masanya tepat. Tepat pada ketika saya perlu. 'Semalam Allah duga saya dengan kehilangan barangan dan hari ni Allah ganti semula'. Subhanallah. Masa tu terus whatsapp Ayah Arissa dengan air mata bergenang dan terus nangis.

Bendanya sikit je. Tapi impaknya besar buat saya. Saya sering leka dan alpa. Tapi Allah tak pernah lupakan dan biarkan saya. Allah didik saya dengan beberapa ujian/musibah/dugaan untuk ketuk pintu hati dan sedarkan saya. Manusia. Imannya diibaratkan senipis kulit bawang. Manusia. Tidak ada yang sempurna. 

Dan buat Ayah Arissa yang diam-diam jenguk blog Mak Arissa ni (hahaha. terkantoi yer dak.) Terima kasih kerana selalu ingatkan saya supaya walau apa jua musibah/ujian/masalah/dugaan - Allah itu ada, sentiasa ingat pada Dia, serahkan segala kebergantungan kita pada Dia dan segala-galanya adalah dari Dia. Terima kasih sayang. I ♡ U. (eh tetiba. hahaha. kome jangan muntah lak.)

Nah. Kepala meter paip baru. Siap kunci lagi. Hihihi.

 

Apr 9, 2014

Wordless Wednesday : Anak Ku Di Kampung

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 














Semalam genap sebulan dak Solehah ni kat kampung. Sepanjang sebulan ni, setiap gambar yang Ude dia kirim semua mempamerkan kegembiraan dan keceriaan. Alhamdulillah. Syukur sangat. She's so happy and refuse to go back. Haha. Mentang-mentang dia ada semuanya dekat sana. Boleh pilih nak siapa. Boleh minta apa saja. Boleh buat  apa saja. Boleh bebas bersuka ria. Mak awak ni pun kalau balik kampung memang tak nak balik sini dah nak oi. Tapi apa kan daya. Heee.

Kalaulah KL Sarawak macam KL Kedah, saya rasa saya ok je kot nak biar anak saya dok kampung. Boleh jumpa 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Tapi kalau KL Sarawak 3 bulan sekali pun susah oi nak balik. Huhu. Kalau sebelum ni mak tok dan tok Arissa yang asyik bagi hint bagi Arissa tinggal je kat Ipoh tapi sekarang Nenek dan Aki Arissa pulak. Huhu. 

Semalam,
Bapak, "tie. polah anak jak sia."
Anak, "haha. aoklah lak Arissa tinggal sinun."
Bapak, "aoklah."
Anak, "ehh xpat lok. tungguh 2016."
Bapak, "hahaha."

XOXO,
Mak Arissa

Apr 8, 2014

Kepala Meter Paip

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Hai.

 

Tadi Ayah Arissa call bagitau ada berita buruk. Ingatkan dah start catu. Tapi katanya, kepala meter paip dah tak ada. Kena cabut. Masa tu dok fikir kot air kena potong je walaupun tiap-tiap bil dah bayar. Mungkin bulan - bulan sebelum kami masuk ke ada masalah. Tapi tetap tak mungkin juga sebab kalau ada masalah sekalipun mesti ada appear dekat bil. Kan?

Ayah Arissa call tuan rumah. Call pejabat urusan. Rupa-rupanya kes curi. Pffttt! Kepala meter paip tu pun nak curi. Semalam ada satu kes juga. Haish. Banyak-banyak kepala meter, kepala meter paip rumah kami juga yang dia berkenan. Haha. Tengah-tengah bulan ni juga dia nak ambil. Heh! Kot nak ambil, sekurang-kurangnya sehari lepas gaji ke. Huhu. Dah malam ni kami makan nasi kukus ayam dara je. Terbatal niat nak masak sambal sotong, sayur kacang dan ikan goreng. Hihi.

Tadi tanya Ayah Arissa, 'kalau orang mencuri barang kita dan kita maafkan, orang tu berdosa lagi tak'. Dan saya juga jawab sendiri, 'dengan kita dah lepas la kan, antara dia dengan Tuhan je lagi'. Huhu. Ayah Arissa cakap, 'kalau kita redha dan anggap ini ujian buat kita kiranya kita maafkan orang tu. tak perlu nak fikir sangat sebab lagi fikir lagi sakit hati. bila kita redha hati kita tenang dah tak payah fikir apa-apa lagi.'

So, sama-sama lah kita redha ye. Semoga apa yang dia ambil bagi manfaat pada dia. Dan semoga juga dia bertaubat. Aamiin.

XOXO,
Mak Arissa.

PLEASE APPEAL NOT REQUEST

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.


Perkongsian Majlis Tazkirah Jumaat lepas lagi. Tajuk tazkirah minggu lepas sebenarnya berkenaan dengan musibah. Saya kongsikan sedikit lebih kurang apa ustaz cakap,

"Apabila kita nak, Allah tak nak. Apabila kita tak nak, Allah nak. Musim kemarau. Diumumkan nak buat benih hujan. Kenapa nak umum? Buat aje lah. Jadi ke tidak? 

Islam tidak menolak teknologi. Segala-galanya dari Dia termasuk idea para saintis. Tetapi pemikiran manusia kena tuning sedikit. Sebab walau sehebat mana teknologi sekalipun, jika Allah kata tidak maka tidak ada satu pun yang menjadi. Kunfayakun adalah dari Dia. Bukan manusia. 

Dan oleh yang demikian, PLEASE APPEAL. PLEASE APPEAL. NOT REQUEST. Appeal dalam bahasa melayu merayu kan. Request dalam bahasa melayu minta. Silalah MERAYU. MERAYU pada dia. JANGAN MINTA pada dia tuan puan.

Kita nak anak. Tapi Allah kata tak nak. APPEAL. APPEAL. MERAYU pada Dia untuk diberikan zuriat. Jangan semata, 'aku nak anak Ya Allah. aku nak anak Ya Allah.' Bangun tengah malam, MERAYU. MERAYU setiap malam. MERAYU dengan bersungguh-sungguh."

Sama-sama kita nilai diri kita. Selama ini kita MEMINTA atau MERAYU. 

p/s: tetiba macam blog ni segmen ustajah je. haha. tak. tak. saya kongsi apa yang saya dengar dalam tazkirah lepas. syukur Alhamdulillah sebab ada peluang dengar tazkirah. hari ni sepatutnya saya ada kelas mengaji tapi ustaz tak dapat datang. jadi, kelas batal. 

XOXO,
Mak Arissa.

Aurat Perempuan

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 


Saya yakin semua kita tahu / sedia maklum akan aurat perempuan. Sekadar peringatan buat kita semua termasuk diri saya sendiri.

Tak dinafikan, dalam proses untuk berubah / menyempurnakan penutupan aurat kita akan berdepan dengan pandangan manusia. Seringkali juga kita fikir 'apa kata si anu nanti' atau 'mesti si polan nanti tegur'. Tapi, kita nak pandangan Allah atau pandangan manusia?

Saya juga pernah ditegur di pejabat bila pakai sarung tangan, 'eh siap pakai sarung'. Saya tak tahu nak jawab apa. Huhu. Saya cuma jawab 'sejuk'. Errrr. Hihi. Bila pakai stoking kaki, 'amboi pakai stoking'. Saya jawab, 'kasut longgar pakai stoking selesa sikit'. Errrr. 

Saya tak tahu bagaimana cara saya perlu sampaikan yang sebenar sebab saya tahu mereka tahu. Tapi, proses untuk berubah memang itulah salah satu cabarannya. 

saya tak nak



"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (QS: An-Nur, 31)

XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 7, 2014

Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum. Hai. 

Jumaat lepas, kami ada tazkirah. Maaf, lupa nama Ustaz tu tapi dia selalu juga dalam Tanyalah Ustaz. Banyak sangat makan semut gamaknya, sekarang macam banyak benda boleh lupa. Pfft!~

'Ada yang bertanya kepada saya, "Ustaz, dengan segala macam perkara yang berlaku sekarang ni - kita dah nak kiamat ke Ustaz?" Saya jawab, tak perlu nak tanya kita ni dah nak kiamat ke? Kiamat akan tiba bila-bila masa sahaja. Sedangkan 1400 tahun dahulu, Rasulullah menyatakan jarak dengan Kiamat hanyalah antara jari telunjuk dan jari tengah. Bayangkan tuan puan, jarak ini 1400 tahun dahulu. Jadi, tak usahlah dikejar dunia tuan puan. Tak perlu nak cari dua tiga buah rumah besar. Entah-entah pada hari kita dapat panggilan pemaju untul ambil kunci rumah esok, petang itu kiamat. Jangan kata nak duduk rumah. Pegang kunci pun tak sempat.'

Lebih kurang begitu bunyinya antara ucapan Ustaz pada hari itu. Saya diam. Rata-rata dari kami diam. Agaknya masing-masing sedang menilai amalan dalam diri. Wallahhualam. Tapi saya pasti, semuanya akan berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing. Saya yakin, semua kita mahu mendapat tempat di syurga dan bukan sebaliknya. Kan?

Teman sekalian, sama-sama kita amalkan doa ini;

Ya Allah, 
Aku berlindung kepada Mu dari seksa kubur, 
dari seksa neraka jahannam, 
dari fitnah hidup dan mati, 
dan dari fitnah dajjal.

Serta 10 ayat pertama & 10 ayat terakhir surah Al Kahf;



XOXO,
Mak Arissa. 

Apr 4, 2014

Agen Insurans Kami [Great Eastern]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Hai.

Sebelum ni Mak Arissa pernah kenalkan Auntie GE Arissa kan? Haaa. Hari ni Mak Arissa nak kongsi sikit kegembiraan dan kejayaan Auntie GE Arissa ni. Hehehe. Nak kenal Auntie GE Arissa, boleh refer dekat link INI ye. 

Pertama sekali, Mak Arissa nak ambil kesempatan ucap tahniah kat Auntie GE Arissa sebab dengan izinNya Auntie GE Arissa sekarang dah mengandung. Tahniah Qila. Jaga diri baik-baik. Mak Arissa bila dapat tahu memang super excited. Lebih excited dari dapat Whatsapp Auntie GE Arissa bagi tahu dia dapat anugerah macam-macam. Ya. Banyak anugerah Auntie GE Arissa ni dapat. Sampai cemburu Mak Arissa tengok Auntie GE Arissa dapat rewards pergi bercuti tau. Hehehe.

Hari ini. Tanpa kata-kata. Auntie GE Arissa Whatsapp hantar gambar-gambar yang buat Mak Arissa kagum dengan Auntie GE Arissa. Dari gambar yang Auntie GE Arissa hantar, Mak Arissa jadi bertambah yakin yang Mak Arissa tak salah pilih agen. Alhamdulillah. Tahniah lagi sekali Qila! Tahniah. Bukan tersenarai dalam satu Top 10 je tau. Ada 3. Meh tengok gambar.


Cam tak? Hehehe. Macam la korang kenal. Yer dak?
Meh Close Up.

Top 10 Agents - By Annualised Contribution (Personal Production)
4 dari kiri

Top 10 Personal Producers - By Number of Cases
5 dari kiri

Top 10 Personal Produces - By Annualised Contribution
7 dari kiri

Alhamdulillah. Tahniah. Tahniah. Tahniah. Berkat usaha Qila. Berkat kesungguhan Qila. Berkat keihklasan Qila. Berkat pertolongan Qila. Siapa yang kenal Qila akan tahu Qila macam mana. Tak kira bila selagi boleh dia akan sentiasa ada untuk bantu kita. Jawab soalan kita. Terutamanya dari orang banyak tanya macam Mak Arissa. Haha. Tapi niat Qila nak bantu semua orang. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit terbayar. Kadang-kadang, Mak Arissa yang rasa semput dengan dia alih-alih ada kat KL. Sekejap-sekejap ada kat Penang. Hahahaha. Oh. Orang penang ni. Heeee.


Haaa. Ini banner dia. Kalau nak pergi blog dia, tekan je kat banner tu ye. Banner tu hadiah dari Mak Arissa kat Auntie GE Arissa ni. Tapi dah ambil nak buat entri baru teringat tak bagi dia pun lagi. Hahaha. Adeh! Ampun Qila. Hihi. Blog Qila ni sempoi je. Sesempoi orangnya. Dia cerita pun santai-santai je. Kalau dia tak cakap suruh hubungi dia, kita tak tahu pun dia ni agen. Gittew. Tak caya gi tengok. Hehe.

Eh? Ini bukan entri sponsor. Ini bukan entri iklan. Ini bukan entri review. Tak. Tak. Tak. Mak Arissa tak cukup UV nak iklankan untuk orang. Haha. Ini ikhlas dari seorang client. Dan buat Qyla Aqilah; jaga diri dan baby baik-baik. Jangan kuat sangat kerja. Hihi. Semoga segala apa yang dirancang dan dihajati akan Allah makbulkan. InsyaAllah.

Sekian, wassalam. 

XOXO,
Mak Arissa.

Apr 2, 2014

Wordless Wednesday: LOVE

Assalammualaikum. Hai. 

Bismillahirrahmanirrahim. 


Jejaka ini unik. Unik bagi aku. 
Bila aku datang angin merajuk.
Bangun pagi.
Aku tengok. 
Pakaian kering dah lipat.
Pakaian kotor dah cuci siap sidai.
Buat aku rasa nak merajuk hari-hari.
Hahahaha.


Setuju tak? 
Kalau cinta kau tak tahu nak jelaskan.
Apa. Bagaimana. Kenapa.
Segalanya mampu kau telan.
Biarpun lebih pahit dari ubat.


Akhir.
Kami berdua rindu budak ini.
Enam hari lagi genap sebulan.
Sebulan lagi InsyaAllah.
Semoga Allah lindungi kamu.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan hamba-Mu yang kerdil dengan insan-insan ini. 

'nikmat mana satu yang Engkau mahu dustakan?'

XOXO,
Mak Arissa. 

Blog design by Rainy Day