March 31, 2014

Big Bad Box Sale

Assalamualaikum. Hai. 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Sabtu lepas, teman Ayah Arissa pergi Low Yat beli perkakas komputer sekolah. Lepas tu terus gerak ke The Mines. Sampai dalam pukul 12 gitu. Jauh jugak nak jalan sebab park kat hujung bangunan sebelah. Parking penuh. Huuu. Orang yang paling excited dah tentu Mak Arissa ni ha. Hihi.


Sebelum nak sampai ke Enter Here, kena lalu booth kedai buku. Confuse masa tu sebab banyak booth buku Cina. Lepas tu ca ada 'jaga' kat setiap booth. Orang first time pergi katanya. Haha.



Keadaan di dalam. Bagi Mak Arissa - ok lah tak crowded sangat pun. Cuma dekat bahagian buku anak-anak, para mak berebut nak dapatkan buku yang paling molek. Salah seorang nya Mak Arissa lah. Haha. Macam nak ambil semua. Hihi.



Dah pilih buku mak, buku ayah dan buku anak - time menyumbat semua buku-buku. Kami ambil kotak RM99.90. Ada dua pilihan; kecil RM79.90. Ngam! Heee. Siap leh tambah buku lagi.  



Dah sudah. Pergi kaunter untuk wrap. Errr. Wrap ke eh nama nya? Syarat kotak ni kena bucu bertemu bucu boleh tutup. Gitteww. 


Dah selesai apa lagi. Balik. Hehe. Kami hantar dulu kotak ni ke kereta sebab Aya Arissa cakap tak larat nak angkat ke hulu ke hilir. Hehe. Then baru pergi isi perut. Huuu. Lebih kurang dalam pukul 3 kot. Sampai je rumah, Mak Arissa dah tentu bertambah tak sabar nak keluarkan buku-buku. Hehehe.

Kotak Ajaib. Hihi.


Buku Ayah & Mak Arissa. Haa. Kalau dah Paradise, Nature, Nat Geo, Motorcycle - memang Ayah Arissa. Kategori Ilmu Alam. Huhu. Lain-lain tu buku Mak Arissa. Nampak tak buku Atkins tu? Bahaha. 


Last but not least, 21 buku buat Arissa. Seronok dapat HardCover dengan harga yang super murah. Yang buku kecik berdiri tu ada musical recorde sekali. Buku kisah Kaum Quraisy, Perang Badar dan etc untuk bed time stories InsyaAllah. 

Mak Arissa kira-kira mengikut harga dekat buku, totaL hampir RM250. Tapi just bayar kotak RM99.90. Jimat gila kaw kan? Alhamdulillah. I am a happy mom dude! Hehe. Tak sabar nanti nak tengok Arissa excited with these new books. Heee.

I wish. Saya harap. One day akan ada jualan begini untuk buku-buku agama. Mesti lagi  best. Heee.

XOXO,
Mak Arissa.

March 28, 2014

Sempat Atau Tak

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak kadang-kadang kita rasa dua puluh empat jam itu tak cukup? Saya jujur cakap saya pernah. Huhu. Tapi sebenarnya dua puluh empat jam yang Allah bagi itu sangat cukup. Sempat atau tidak adalah terpulang kepada kita nak uruskan masa. Betul tak? Bagi saya, kalau tiba-tiba rasa dua puluh empat jam tak cukup - saya akan tengok, semak dan kaji semula apa yang telah saya buat. 

Ok. Sebenarnya, saya nak menjawab soalan 'sempat ke baca buku-buku? sempat eh nak update page fb? sempat tak nak update blog? sempat tak nak buat blog bisnes picisan? sempat tak baca quran?' Ok. Ini perkara sampingan ye. Jangan tiba-tiba pula nak tanya 'sempat tak solat? sempat tak layan suami? sempat tak layan anak? sempat tak masak? sempat tak kemas rumah?' Benda-benda ni semua 'wajib' buat. Konsep sempat atau tak ni kiranya apa yang kita lakukan dengan secara santai-santai. Gittew.

Hobi saya beli buku. Baca tapi ikut kesempatan masa yang ada. Kadang-kadang baca satu atau dua mukasurat je. Tapi, still saya berpuas hati sebab at least saya baca. Update page FB. Ok. Yang ini kalau ikutkan masa memang tak sempat tapi saya guna masa rehat waktu pejabat dan malam selepas suami dan anak tidur. Saya guna dalam satu atau dua jam untuk update apa yang patut. Dan saya fully utilize Puan Note 2 saya. Update blog? Haha. Ini juga ikut kesempatan masa dan idea. Huhu. Kalau ada masa tapi blur - memang tak la. Blog bisnes picisan ku? Haha. Pun sama. Tak terupdate. Tak tahu lagi nak manage macam mana dari segi page bisnes dan blog bisnes nak bagi selari. Huhuhu. Baca Quran. Ok ini kritikal bagi saya. Sebab bagi saya baca Quran ini 'wajib' setiap hari. Walaupun sepotong ayat. Betul tak? So, saya akan guna masa antara solat Maghrib dan Isya'. Atau selepas Isya'. Syaitan suka menggoda bab baca Quran nih. Tapi kena kuat. Kuat lawan. 

Saya akui bukan senang nak urus masa. Ada je yang saya skip aktiviti-aktiviti kat atas ni setiap hari terutamanya update blog. Tapi, saya tengah cuba urus masa dengan jayanya. Tambahan pulak rutin harian sekarang dah berubah. Saya seorang yang mudah berjaga untuk buat sesuatu tapi susah nak jaga kalau dah tidur. Haha. Tapi rutin tu saya kena tukar kepada tidur awal dan bangun awal untuk solat malam. Encik Suami yang selalu kejutkan untuk solat malam sama-sama. Bukan saya yang kejutkan suami. Pfftt! Hihi. Saya tengah mencuba. Ya. Cuba sehabis baik supaya masa tak terbuang dengan sia-sia. Sempat atau tidak adalah datangnya dari kita sendiri. Bukan hal masa yang tak mencukupi. 

Kalau korang ada tips ada nasihat, kongsikan juga dengan Mak Arissa ye. ;)

XOXO,
Mak Arissa.

March 27, 2014

Doa Buat Palestin

Assalammualaikum. Hai.
Bismillahirrahmanirrahim.

Mak Arissa panjangkan emel ini buat semua pembaca I Am Mrs Lee.

Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. 
Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah". 
Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Dan...setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).
Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.

Berikut adalah mesej yang disampaikan ke Whatapps admin; baru dpt info dari gp lain. Rasa info ni sohih.

Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. 
Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. 
Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. 
Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. 
Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. 
Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. 
Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. 
Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin.

"Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia".Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?"

Sila sebarkan jika anda peduli... 
Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat.
Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja. 
Sebarkan...

Demi agama kita, Islam.
Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! AllahuAkbar!!

p/s: sama-sama kita mendoakan mereka dan turut mendoakan keamanan mereka. saya beritahu suami, mak bapak, adik-adik dan rakan-rakan saya - 'kita mungkin tak mampu buat apa-apa dengan segala permasalahan melanda dunia dan negara. tapi sekarang, mari kita persiapkan diri kita sepenuhnya. kembali ke jalan Allah & Rasul. perbaiki dan lengkapi diri. bina perisai diri. taubat. sesungguhnya janji Allah itu pasti'.

XOXO,
Mak Arissa.

March 26, 2014

3rd Anniversary 55th Birthday

Assalammualaikum. Hai.

Quick update tengah malam buta. Haha. By the way, semalam was our 3rd Anniversary and mak punya 55th Birthday. Nur Arissa Batriesya juga 2 tahun 2 bulan semalam. Alhamdulillah. Allah masih sudi pinjamkan nikmat Nya buat saya. Syukur Alhamdulillah. There's no such celebration or any exchangeable present among us. Diizinkan Allah untuk duduk kembali bersama merupakan hadiah terindah untuk ulangtahun perkahwinan yang ketiga ini. Syukur Alhamdulillah. 

25032014

3 tahun usia rumahtangga kami.
2 tahun 2 bulan usia puteri hati kami.
Mohd Fadhlil Mohd Ali

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

25032014

51 tahun usia bonda ku.
Kamsiah Rosnah

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil".

Terima kasih Ya Allah atas pinjaman Mu ke atas aku dan seluruh keluarga ku.

Dan, atas sebab itu juga saya telah berniat untuk buat Birthday & Anniversary Sales untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dan rezeki buat semua. InsyaAllah, harga lebih murah dari biasa. Jemput singgah~!




March 24, 2014

Life Is An Open Road

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak blogwalking sepenuhnya. Malam ni saja jalan-jalan sepintas lalu dekat dashboard nampak entri Fifi nampak entri kak Adyna. Alhamdulillah. Kedua-duanya memberi khabar gembira. Syukur Alhamdulillah. Tahniah buat Fifi atas kelahiran anak kedua. Home-Water-Birth lagi. Subhanallah. Allahhuakbar. Tahniah Yunk. Dan tahniah juga buat kak Adyna sebab permohonan berpindah ke Sungai Siput diluluskan. Dah tak LDR lagi. Alhamdulillah. 

Sebenarnya Mak Arissa tertarik dengan quote "Life Is An Open Road". Kenapa? Entah. Quote ni sangat bersifat umum. Tapi bila dikaitkan dengan kehidupan sendiri, quote ni benar dan punya maksud mendalam. Perjalanan hidup ni panjang ala-ala highway. Nampak lurus je. Tapi sepanjang jalan ada simpang-simpang yang boleh kita pilih. Kadang-kadang, kita tak ada pilihan terpaksa guna jalan lencongan. Tentu korang pun tahu, hidup penuh onak duri. 

Hidup ini punya pilihan. Kita mahu pilih jalan mana. Jangan berserah kepada takdir semata. Jangan. Tak ada siapa boleh ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri. Suami. Tak suka langsung dengan KL. Tapi hidup punya pilihan. Kalau nak hidup dengan anak isteri, kena pilih untuk duduk di KL - keluar dari zon selesa. Isteri. Tak mahu berjauh dari suami dan anak. Tapi hidup punya pilihan. Kerana pengorbanan orang tua, isteri berkorban pula - pilih untuk ke KL demi semua.

Kadang-kadang kita perlu keluar dari zon selesa ke zon yang agak kurang selesa demi mencapai sebuah kehidupan yang selesa. Faham tak? Ok. Begini. Saya ada kerja, suami ada rumah, ada keperluan asas. Cukup. Tapi, hidup saya bukan hanya saya suami dan anak. Saya masih punya mak bapak dan adik-adik. Saya keluar dari keselesaan itu saya berhijrah sendiri. Sebuah perjalanan dalam satu tempoh yang sangat sukar. Tapi alah bisa tegal biasa. Alhamdulillah. Kini kembali ke zon selesa. Syukur.

Pilih. Pilihlah. Allah kurniakan kita akal untuk berfikir. Fikir. Fikirlah jalan yang terbaik untuk diri. Set dalam diri apa yang kita mahu tahun ini. Sediakan perancangan jangka pendek. Jika tak berjaya, apa perlu kita buat. Bina seberapa banyak strategi. Set dalam diri apa kita mahu jadi sepuluh tahun akan datang. Buat sehabis baik untuk capai apa yang kita mahu itu.

Ini cuma pandangan dari saya yang baru masuk 28 tahun hasil kutipan pembelajaran dari pengalaman sendiri dan orang lain tentang perjalanan hidup di dunia. Dunia yang sementara. 

p/s: bumi ini sudah semakin tua. sudah bersediakah kita wahai teman. 
sama-sama kita membuat persediaan itu wahai teman.
semoga kita diredhai Allah SWT.

XOXO,
Mak Arissa.

Dajjal Sudah Keluar

Assalammualaikum. Hai. Bismillahirrahmanirrahim. Teman-teman, Luangkan masa mu sejenak, Mari sama-sama kita muhasabah diri. Teman-teman, Sudah bersediakah kalian, Jika belum mari kita sama-sama.

March 21, 2014

Aturan Allah

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari lepas, keputusan STPM keluar. Mak Arissa rasa biasa-biasa je. Terkenang dulu-dulu. Haha. Semalam, keputusan SPM pula. Terkenang dulu-dulu. Tiba-tiba semalam pensyarah subjek Non Parametric tag dekat mukabuku minta bantuan kami. Katanya buat selfie video atau gambar atau hadir ke UUM. Nak video memang tak lah. Nak hadir alahai jauh. Makanya saya pilih gambar. Nak gambar apa? Cik Sham cakap tulis sesuatu letak nama dan course kemudian ambil gambar. Bukan tepek muka sendiri. Wakaka. Nasib baik bagitau kalau tak iols nak selfie sendiri dah. HakHakHak. Tulis sesuatu tu sebenarnya tulis kata-kata semangat / pengalaman / welcoming notes untuk freshies / junior. Padat tapi ringkas. Part ni yang tak reti. Intro blog ni pun dah berpatah-patah perkataan. Acaner? Bagi link blog boleh? Hahaha.

Bila cuba buat ayat, rasa macam dah tua sangat sebab dah 8 tahun berlalu as a freshies. Phew~! 8 tahun lepas, masa dapat offer course Industrial Statistic - saya pergi dengan tanda tanya. Bidang apa ni? Belajar apa? Nanti nak keluar jadi apa? Gitttewww~! Bila jumpa kawan-kawan, hampir semua kami punya tanda tanya yang serupa. Hihi. Tiga tahun berada dalam kehidupan kuantitatif. Tiga tahun bermain dengan nombor. Tiga tahun buat kira-kira. Tiga tahun ting tong beramai-ramai dengan kawan. Haha. Saya enjoy! Yes. Enjoy sangat! Alhamdulillah. Exploring the numbers itu sangat fun ok! Gila excited nak dapatkan solution yang betul. Bila buat sesuatu kena secara berjemaah sebab kalau tak jemaah nanti sesat melarat. Wakakaka. Kami pun tak ramai so memang close between each other. Oh ye. Course kami ni course baru. Tapi, course ni bukan semata-mata statistic. Perkataan industry dekat depan tu represent our major. Saya ambil Manufacturing. Ada dua pilihan je, Manufacturing dan Transportation. Manufacturing subjects semua best. Saya suka! Heee.

Konvo tahun 2010. Jenuh juga nak cari kerja. Keputusan tak berapa cantik kot kan. 2nd Class Upper je. Huu. Eh. Alhamdulillah. Siapa suruh malas yer dak? Huhu. Merasa jugak la 2 kali dekan. Padan muka! Bercinta lagi zaman muda. Eh? Kenal ayah Arissa pun zaman U jugak. Heee. Alhamdulillah. Sejak dengan ayah Arissa. Result naik setiap sem. Heeee. Auw~! Malu. (Apa ke suka nak merapu. Pfft~!). Usaha sana sini. Macam-macam lah. Buat cara ala-ala dalam tv pun ada. Bawa newspaper pergi cari kerja. Wakaka. Alhamdulillah. 2012. Dah kahwin dah beranak; akhirnya saya dapat kerja sekarang. Orang gomen katanya. Hihi. Alhamdulillah. Dapat jaga Unit Statistik. So, kembali kepada landasan. Ecewah~! Tapi kerja dengan belajar sangat besar jurang perbezaannya. Walaupun kita kerja dalam bidang yang sama kita belajar. Berbeza. Tak sama. Tapi sekurang-kurangnya, ilmu kita dapat guna sepenuhnya walaupun dah banyak benda lupa. Pffft~!

Saya selalu cakap pada diri saya, inilah aturan Allah. Kita belajar Sains Tulen sehingga Tingkatan 6 (Biologi) tapi akhirnya kita belajar dekat U Sains Gunaan (Statistik). Jauh berbeza. Tapi Allah sebenarnya nak kita belajar tentang biologi secara formal dengan buku setebal tapak tangan. Itu belum kimia dengan tiga buku sebesar itu juga semuanya; fizikal, organic dan inorganic. Kalau tak belajar biologi dulu tak merasa bedah tikus bedah katak awet insects tangkap katak. Haha. Pengalaman. Heee. Bila habis belajar saya masuk sekejap jadi research assistant, kemudian jurulatih kenegeraan plkn, kemudian education counselor kat kolej (marketing sebenarnya), kemudian warden assistant kolej universiti dan akhir sekali nama hebat admin & account executive dekat company cina. Tapi yang last tu memang terima kasih banyak-banyak sebab 1 tahun setengah dekat situ. Gaji pun merasa naik 2 kali. Insentif banyak kali. Haha. Alhamdulillah. Allah bagi rasa macam mana kerja sebagai researcher, jadi cikgu garang, jumpa orang jual 'produk' pendidikan, jadi 'mak' yang garang dan belajar akaun serta audit yang saya memang suka jugak. Kalau saya tak kerja tempat sekarang mesti saya dah ambil sijil akaun dah. Sebab hari tu bos ada panggi untuk perancangan kerjaya masa hadapan. Huuu. 

Semuanya ada suka duka tangis dan tawa. Dan bila tiba masa, kita akan merasai nikmat yang Allah pinjamkan. Pada mas itu kita akan nampak kenapa Allah bagi kita begitu rupanya begini akhirnya. Alhamdulillah. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. Allah tidak akan membiarkan hambaNya menderita. Ujian Allah itu pasti ada kerana dia sayang kita. Dia uji kita untuk lihat sejauh mana ketakwaan, keimanan dan kebergantungan kita kepada Dia. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kerana Allah akan memberikan yang baik-baik sahaja buat kita. Hidup juga jangan pasrah menerima. Kita kena berusaha sekuat mungkin. Dan selebihnya kita berserah kepadaNya. Kalau buat sesuatu bagai melepas batok di tangga, jangan harap kita akan dapat hasil yang akan memuaskan hati kita.

Errrr. Kan best kalau boleh bagi cerita ni kat Cik Sham. Haha. Walhal lari tajuk suka melalut. Bahahaha. Korang belajar apa dulu? Rindukan zaman belajar. Rindu UUM. Huuu.

XOXO,
Mak Arissa.

March 17, 2014

Organic Aid Vitamin E

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Korang sihat? Semoga sihat semuanya hendaknya. Syok tengok udara cerah sekarang Alhamdulillah. Beberapa hari ni hujan. Pagi tadi pun jalan raya basah je. Syukur.

Apa dia tajuk tu? Hehe. Tu sebenarnya nama set penjagaan muka. Mak Arissa baru nak cuba. Sebelum ni pernah pakai krim tapi pakai on off pemalas ya ampun. Sobs! Mak Arissa ni kulit memang agak berjerawat. Zaman anak dara dulu memang seketul dua ketul wajib ada kat muka. Besar pulak tu. Lokasi yang dia suka dekat hidung. Blerrrgh. Masa tu selalu cakap 'kan best kalau kulit tak cerah'. (macam la cerah sangat. hahaha.) Tapi, memang dari jauh orang boleh nampak tau jerawat. Siap kena gelar ultraman lagi dek kawan. Hampeh!

Sebelum ni Mak Arissa pakai Sebamed. Bagus sangat. Muka memang dah tak berjerawat. Tapi biasalah. Jerawat lama-lama dia pandai nak serap segala vitamin dalam Sebamed. Dah tak berkesan. Padan muka jugak sebab dah elok muka pakai Sebamed gedik nak cuba Safi. Nak jimat katanya. Pfft!~ Then bila dah kahwin, pakai lagi Sebamed tapi sekadar pakai. Bila dah beranak, terus tak pakai. Sebamed yang ada pun on off je pakai. Entah. Pemalas. Tapi Alhamdulillah. Jerawat besar-besar dah tak muncul. Minum pulak SariAgeGard tempoh hari, kulit memang terasa la 'sedap'. Haha. Sekarang minum juga. Tapi berjimat cermat. Mahaiiii~! 

So, semalam entah kenapa hati tergerak nak cuba yang ni. Ada beli yang Collagen Vit E tu tapi jadi takut nak pakai lepas baca macam-macam. Pagi tadi dah buang. Huuuu. Kebelakangan ni ada yang tegur pasal muka semakin pucat. Pastu ada pulak sorang kawan laki tegur. 'ko tak pakai apa2 ke kat muka dayang? bedak pun tak de?' Saya jawab 'tak de. memang muka togel. malas. tak reti. aku pakai masa g interview je'. Haha. Dia advice pakai lipstik sikit. Huuu. Oh ye. Lipstik saya tak jumpa lagi yang memang suitable dengan bibir ni ha. Pakai tak sampai 10 minit, seksa menahan kering nya seminggu dua. Huuu.


Ni la rupa dia. Mak Arissa ambil starter kit je. Takut tak ngam. Tapi bau dia sedap. Wangi je. Suka! Tapi rajin malas pulak jadi ukuran nanti. Huuu. Ada Cleansing Foam, Scrub (Weekly) dan Moisturizing Cream. Bukanlah nak cantik sangat pun tapi at least kulit tak bercela (aamiin). Fokus saya sekarang tak bercela. Tak kusam. Tak pucat. Nak bersolek? Allaaaaa. Pasang celak pun iols tak reti. Haha. Bila fikir tahun ni nak masuk 28 dah. Umur meningkat uols. Kena jaga diri baik-baik luar dan dalam. Haa. Mendalam nih. Hihi. Tapi apa pun, kita memang dituntut untuk perbaiki diri luar dan dalam kan? Moga istiqamah. Hehe.

Korang pakai pencuci apa? Ok tak? Ada yang pakai macam ni tak? ;)

IKLAN

Frying Egg Pan
RM10 exclude postage

Legging

XOXO,
Mak Arissa.

March 11, 2014

Pan Ajaib AreIkan

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Korang pengguna benda alah yang ajaib-ajaib ni tak? Hihi. Pan Ajaib nih lagi best dari Pemanggang Ajaib. Size besar. Boleh guna 2 side. Boleh masak macam-macam. Kawan buat cheese tart weh guna pan ajaib ni. Best gila. Sedangkan pemanggang ajaib boleh buat puding roti, apatah lagi pan ni kan. Lagi ajaib. Haha. 

Kalau nak keajaiban dekat dapur, boleh contact kite. Cewaaah. 

PAN AJAIB MENANGWARE

Harga: RM149.90. 
Kos Penghantaran: RM20/RM30 (SM/SS)








Tawaran istimewa buat pembaca blog picisan Mak Arissa ni. Just PM Arissa's Gallery / Whatsapp 0194603069 / Wechat Dyatie7786. Tell us that u come from I Am Mrs Lee then we'll give you the best price. InsyaAllah. 

XOXO,
Mak Arissa.

March 9, 2014

Kuat Sangat Ke?

Assalamualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, Nur Arissa Batriesya dah selamat sampai ke tanah air kelahiran dia. Syukur Alhamdulillah. Rasa macam paranoid gila sebab semalam kes pesawat MAS hilang tu. Doa pada Dia mohon perlindunganNya ke atas anak dan adik semoga selamat sampai. Semoga juga semua yang terlibat dalam kehilangan pesawat MAS baik-baik sahaja. InsyaAllah.

Bila kami lepaskan Arissa bersama dengan adik, ramai yang bagi komen. Terima kasih buat yang ambil berat. Appreciate them. Bila ditanya tak sedih ke tak kesian ke. Kadang-kadang, saya rasa malas nak jawab sebab kita ni mak. Bagi saya, nak sedih dan kesian sekarang atau kemudian hari atas sebab penting diri saya tak nak berpisah dengan anak dan bertapa terburu-burunya saya nak pilih pengasuh. Sedangkan saya susah gila nak cari tudung, apatah lagi nak cari tempat anak duduk lebih 8 jam sehari.

Semalam, bila Arissa dan Mak Ude dia masuk balai berlepas - Arissa tengok je kami. Sebab Mak Ude dukung dia. Hati seorang mak seorang ayah - tipu kalau kami tak sebak. Apatah lagi Ayah Arissa yang tak pernah berenggang dengan Arissa. Alhamdulillah. Saya panjatkan rasa syukur dan terima kasih pada Dia sebab bagi saya pengalaman dulu yang sedikit sebanyak buat saya kuat. Saya tak menangis macam lebih setahun dulu. Menangis sampai tak sanggup nak tengok muka anak.

Arissa. Hari ni mak dan ayah mati kutu duduk rumah. Awal pagi kami keluar breakfast then kami merayau ke sogo dan jalan tar. Berdua. Aktiviti yang sekian lama mak ayah tinggalkan. Dulu lepas kahwin pun sebulan je berdua. Bulan kedua kamu dah ada dalam perut comel mak. Maka bertiga jugak. Hehe. Ayah awak suka buat mak jadi sedih bila asyik cakap rindu kamu rindu dak ucuk. Gerrraammmm tau. But ya.. ur mom miss u too. Rindu itu pasti ada. Tapi,  mak happy sebab awak sangat happy dekat sana. Alhamdulillah. Semoga awak terus berdiri atas kaki sendiri berdikari walau di mana sahaja awak berada. InsyaAllah. 



Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah.

Ini pilihan kami dengan izin Mu.

XOXO,
Mak Arissa.

March 5, 2014

Status FB Berupa Karangan Pendek

Assalammualaikum. Hai.

Bismillahirrahmanirrahim.

*******************************************************************************
Nur Arissa Batriesya.

Kadang-kadang mak rasa awak macam dah besar sangat walaupun awak manja sangat-sangat.

Awak bila dengar mak ayah sembang kuat macam orang gaduh walaupun sebenarnya emosi sembang hal politik je pun - awak akan cakap 'stop stop' sambil buat isyarat tangan stop. Haha. Mak Ude cakap awak tengok cerita dalam tv gaduh pun awak cakap 'stop'. Aptb!

Awak dah pandai nak cari Mak Ude bila mak ayah dok syok emosi lagi menyembang sebelum tidur tiba-tiba awak duduk dan cakap 'nak ude nak ude' sambil nangis syahdu. Bahaha. Nasib awak lah nak oi dapat mak ayah sembang biasa pun bunyi orang gaduh. Nanti kat Sarawak awak mesti setiap masa cakap stop sebab orang Sarawak biar duduk sebelah menyebelah tapi cakap macam orang jauh sebatu. Gittew. Haha.

Bila dengar lagu Arjuna Beta Fynn Jamal pula awak emosi macam mak. Hape kah? Haha. Mula-mula tak perasan tapi pelik bila buka lagi tu mesti awak buat muka sayu dan buat bunyi nak nangis. Ingatkan awak tak suka sebab lagu tu boring. Tapi rupanya awak feeling. Bila buka lagu tu, awak terus baring dan layan perasaan sambil main-main jari kat muka mak. Bila habis awak cakap nak lagi. Ok. Mak tahu awak bukan tak suka tapi memang awak layan lagu ni sebab tu awak syahdu. Hoho.

Malam tadi. Tiba-tiba awak cakap 'nak ude nak ude'. Walaupun mak dah buka upin ipin dah bagi dengar lagu Arjuna Beta tapi awak tak nak tidur. Awak cakap 'nak ude nak ude'. Mak cakap jom je awak terus bergegas cari botol susu, puting dan baby. Buka je pintu bilik ude, dia terus baring cakap kat ude nak ipin. Mak ude cakap tak lama tengok Upin Ipin awak dah tidur.

Alahai anak. Awak tahu kot kan Sabtu ni awak balik kampung. Sebab tu awak mula pandai nak tidur asing dengan mak ayah. Kiranya dah 2 kali awak minta tidur dengan ude. Tapi takper. Mak Ayah ok je. Practice make perfect. InsyaAllah nanti kat Sarawak awak akan sangat ok. Semoga awak terus berdikari begini.

2 days to go. Semoga terus kuat wahai hati! Yeah!

#inibukanstatustapiinikaranganpendekhahaha

*********************************************************************************


Alhamdulillah. Demamnya dah kebah. Demam bagi mak ayah gabra je. Demam dak manja. Hehehe. Semoga Allah kurniakan kamu kesihatan yang berpanjangan ye sayang. Nanti puas-puas hirup udara segar kat kampung tu tau. Mak ayah pasti akan rindu kamu sangat-sangat. Rindu gaduh dengan kamu. Rindu mau gomol kamu. Rindu mau usik kamu. Tapi, this is for your good sake. Okay? ;)


XOXO,
Mak Arissa.

Blog design by Rainy Day