December 29, 2014

Simple Deco - Ruang Tamu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Orang nak deco, awok pun nak deco. Walhal bakat deco nan hado. Haha. Ini semua Ciknaa punya pasal! Haha. Tapi, tak apa Ciknaa. Terima kasih. Kerana dirimu aku kuat. Ecewah! Pffftt!~

Sebenarnya, Yatie memang dah plan nak 'cantik'kan sikit rumah sewa kami. Permohonan pertama kuarters tak diluluskan. Tak apa. InsyaAllah permohonan kedua nanti lulus. Allahhummaamiin. Bukanlah nak deco sangat. Cuma bagi lain sikit. Oh ye! Semalam genap setahun kami duduk sebumbung di rumah comel setinggi 14 tingkat itu. Hehe. 

gambar captured by suami sebaik sahaja siap pasang wallpaper untuk hantar kat group whatsapp
ecececehhhhh
Suami pasang malam. Seorang. Yatie tengok je. Sambil tengok Arissa. Semangat juga nak suami pasang malam. Asyik cakap, Ciknaa dengan suami dia boleh je buat malam. Haha. Wallpaper tu kami beli dekat Kaison. Sekarang kan ramai mommies yang gila Kaison gila Daiso gila DIY. Hihi. Yatie pun tak terkecuali. Kami ambil yang harga RM19.90 sahaja. 3 Roll. Untuk backdrop ini 1 roll sahaja memadai. Kami tak buat semua dinding.

pandangan hadapan
By the way, kami baru je tukar tv '3D' yang lama tu. Asalnya kami guna rak buku RM10 beli dekat Tesco je untuk alas TV. Huhu. 25hb hari itu, kami menapak ke IKEA. Jumpalah kabinet TV ini. Survey yang lain beli yang lain. Itu biasa. Huhu. Dah namanya pun survey online je. Mana puas. Heee. Gigihlah juga bawa kabinet masuk dalam si putih. Haha. (tak muat kena bagi muat jugak =P) 

pandangan sisi
Lepas ke IKEA, kami direct ke Paradigm Mall pulak semata-mata nak dapatkan wallpaper dari Kaison. Hehe. Design wallpaper adalah atas persetujuan bersama. Haha. Suami bukan minat ada yang bunga-bunga cinta. Nasib baik ada design ini. Yatie pun suka. Simple yet elegant kononnya. Hihi.

NJOI pun dah pasang semula. Haha. Punyalah lama kitorang tangguh nak betulkan Njoi kesayangan kitorang, dulu call charge RM50 je sekarang dah RM85. Untuk dapatkan signal sahaja ok uols. Tapi ok lah. Sebab tak perlu fikir nak bayar bulan-bulan. So, bolehlah tengok Tanah Kubur, Pencetus Ummah, Kalau Dah Jodoh, Suami Ku Sotong dengan Gegar Vaganza. Hihihi.

Apa pun, terima kasih wahai suami kerana bersabar meladeni isteri mu ini. Semoga kehidupan kita dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah ruah di dalam rumah kita syurga dunia kita. InsyaAllah.

Salam Sayang, 
DYatie.

--------------------------------------------------------------------------------

Anda ingin mendapatkan info produk Shaklee atau ingin mendapatkan produk Shaklee?

Jemput ke Blog Rasmi DYATIESHOP dan

Hubungi Shaklee Independent Distributor Cheras, KL - DYatie.

 

9 comments

  1. serius cantik! mcm 3D gitu sbb berkilat..ciknaa ingat yg rege RM50 tadi..huhu.. semangat tu kena tinggi.. baru cantik rumah walaupun sewa kan..

    ReplyDelete
  2. kita pun teringin nk tampal wallpaper lepas baca blog cik naa.. pastu nafsu pasang wallpaper semain meluap2 lepas baca blog yatie ni.. tp apsal lar kaison cuma ada kat paradigm mall ngan festival city jer.. malas benor nak kesana semata2 cr wall paper. haih...

    ReplyDelete
  3. cantikkkk~ nampak naik seri rumah.

    ReplyDelete
  4. Cantik...kemas jer...kuat kan pengaruh ciknaa...haha...saya pon teringin jugak!

    ReplyDelete
  5. simple tp nmpak nice.wallpaper tu pon lawa

    ReplyDelete
  6. cun habis rumah...wauuuuuuuuu...wauuuuu nak terkebak sama lah hahhaha

    ReplyDelete
  7. fifi ade 5 roll wall paper.. semue tak tampal lahi.. dah beli berbulan2.. hahaha..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day