December 16, 2014

Review: Sweet Cherry CS806 Norman Seat - Air Protect

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

kemain syok dia tidur atas 'kerusi ica'

Hari ini Yatie nak buat review sikit tentang car seat Arissa. Sikit je sebab Yatie tak arif bab review dan apatah lagi bab nak review car seat. Bahaha. Apatah lagi ini car seat pertama Arissa setelah sekian lama nak beli tak beli. Beli pun tanpa perancangan rapi dan tergesa-gesa. Kami cuma set budget sekian harga untuk seat ni. Huhu.

Lokasi pembelian; Manjaku Kajang. Huhu. Bayangkan dari Cheras ke Kajang kami cari. Walhal ada je Manjaku kat area Ampang or kedai-kedai baby kawasan sendiri. Tapi sebab tak dirancang dan tergesa-gesa nak ke JB pula kan. Melarat sampai ke Kajang. Officemate pun terkejut. Bahaha.

Dekat Manjaku ada BANYAK sangat pilihan as compare to AEON Cheras yang kitorang singgah juga sebelum tu. Sampai rambang mata tengok. Dengan budget kami ada 2 pilihan brand; Sweet Cherry & Sweet Heart. Beza Cherry dengan Heart je. Tapi Yatie dah berkenan kat Sweet Cherry ni. Nampak sangat selesa. Pegang pun gebus gebas je rasa. Kata promoter tu ada diskaun dah. Kami percaya bulat-bulat je pergi bayar. Huhu.

pandangan sisi

pandangan hadapan
basah tu sebab mak lap kena chocolate
Seat kitorang letak dekat belakang dan Yatie duduk belakang sekali lah. Dia tak bagi pun duduk depan. Haha. Sabar je lah. Tapi Yatie ok je. Sebab belakang pun luas lah kan. Hehe. Sepanjang perjalanan tuh dia syiok tidur ooo. Huhu. Jeles mak. Haha. Sebab Arissa macam very the selesa lah kan duduk dalam tu. Elok je. Peluk benda bulat kat belt dia ala-ala bantal peluk. Fuhhh. Balik dari Johor lagi lah bangun jap tidur lama bangun jap tidur lama. Haha. 

Syukur Alhamdulillah dia tak meragam. Dia tak kata tak nak. Tak ada nak beria nak turun dari seat etc. Tapi, mak dia kan harimau. Berani nak keluar kang mak cakar. Eh tak. Paling hebat pun mengaum. Haha. So far bila tanya, 'best ke duduk kerusi ni?' Dia jawab 'best'. 'Suka?' 'Suka'. 'Selesa tak?' 'Selesa?' 'Selesa'. Haaa. Betul ke tak jawapannya wallahhualam. Tapi, jujur Yatie cakap - recommended. 

spesifikasi car seat
reaward facing

forward facing

another color

Pilihan color yang kat atas ni Yatie lebih berkenan tapi atas sebab warna tuh akan mudah sangat nampak kotor, Yatie tolak tepi suka tu. Mak tak berapa nak rajin lah weh jaga barang warna terang gini. Haha. Tapi warna dia memang limited. 2 ni je. Jingga dan kuning telur (kot).

Harga? Dalam web sweet cherry RM538 sama seperti di AEON RM538 (tapi ada diskaun 20%). Di Manjaku kami dapat dengan harga yang agak jauh lebih murah iaitu RM369. Potongan dalam lebih kurang 46% dari harga dekat AEON (lega mak ayah sebab tak rasa tertipu hahaha). Apa pun it's really worth for money. Alhamdulillah. 

Weekend lepas Yatie dengan Arissa berdua sahaja ke Putrajaya. Alhamdulillah dia sangat ok duduk atas 'kerusi ica'. Duduk diam penuh sopan santun dan berbudi bahasa. Cewahhh! Haha. Apa yang penting adalah safety. Persediaan untuk akan datang, InsyaAllah. Semoga Arissa juga terus menjadi anak yang tidak banyak songeh dan tak menolak duduk atas 'kerusi ica'. Kalau tak, mak ayah nangis setahun. Hahaha. 

Ok then, nak sambung kursus. 

Salam sayang,
DYatie.

1 comment

  1. Carseat anak akk blm pnh beli..yg ada ni pun hadiah dri kakak akk..huhu..sampi ke aish hah pakai..tahan lasak...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day