October 17, 2014

Update Blog Menggunakan Emel

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Salam Jumaat kawan-kawan semua. Dah baca surah Al-Kahf hari ini? :)

Tadi Yatie ajar kawan-kawan seangkatan untuk update blog dengan menggunakan emel dekat Telegram. Bagi Yatie lebih mudah untuk update menggunakan emel berbanding dengan apps yang ada. Contoh apps yang boleh update ialah 'blogger' dan 'blog-droid'. Itu je yang Yatie tahu dan pernah guna sebelum ini. Hihi. 

Kalau update dengan apps tak kira dengan smartphone atau tablet sekalipun, nak taip dalam tu ada rasa macam tak best. Tapi, cuba taip dalam emel. Lain tau! Cer cuba. Macam smooth je Yatie rasa. Yatie la. Orang lain tak tahu. Hahaha. Lepas tu, kalau kat tempat kita tak ada connection yang cantik. Emel tidak begitu berat untuk buka setakat nak buat new email tu. Jadi, boleh taip sepuas-puasnya walau setebal novel kemudian sent. Sent ke mana? Ok jom explore! ;)

First, kita masuk dalam blogger.com dan terus cari Setting. Dekat Setting pula pilih Mobile & Email seperti dalam gambar dekat bawah.

set up setting update dengan emel
Ok. Yatie proceed terus dengan bahagian Email ok. Jarang sekarang yang update guna Mobile. Betul tak? Hehe. Pada ruangan ini nanti, anda akan nampak emel blog anda dan kotak kosong (kotak merah di atas) yang beralamatkan @blogger.com. Jadi, peranan anda ialah untuk meletakkan 'ID' pilihan korang contohnya dyatie atau akusid atau akucomel. Terpulang pada masing-masing. Hehe.

Kemudian, step yang seterusnya ialah kita pilih samada setiap kali kita send itu akan terus publish, atau ia disimpan dalam bentuk draft post atau tak ada apa-apa yang berlaku. Yatie pilih save emails as draft sebab Yatie jarang update tanpa gambar. Kekangan update dengan emel ialah kita tidak boleh upload gambar. Last, letakkan emel anda untuk dapatkan notifikasi komen dalam blog.

Siap! Mudah! Selebihnya kalian boleh explore. ;) So, macam mana caranya nak update?

Ok, kita buka emel kita. Tak kisah samada yahoo ke gmail ke msn ke tak kisah. Sebab apa yang penting adalah alamat email yang kita dah register dekat atas tadi. Caranya seperti di bawah.

cara buat post blog dengan emel
Hasilnya adalah terpulang pada pilihan anda yang no. 2 di atas. Publish. Atau Draft. Atau Nan Hado. Simple je kan korang? Tips ini sangat penting bagi yang ada masalah nak update dengan blogger sendiri. Boleh draft banyak-banyak dekat emel dekat mana-mana pun. Bila dah boleh buka blogger, terus jenguk draft. Adjust mana yang patut dan upload lah gambar yang berkaitan dan kemudian publish! Senang kerja. InsyaAllah. ;)

p/s: Wani pun dah tak perlu banyak kali paste tau! Eh. Tiba-tiba ada nama Wani keluar dalam blog Mak Arissa. Hehe. Hai Wani! ;)

So, sekian sahaja tutorial yang agak kelam kabut ini ikhlas dari Yatie. Semoga ia bermanfaat dapat membantu ramai orang. InsyaAllah.

Salam Sayang,
DYatie.

4 comments

  1. fuh! blog wajah baru! all out ni..! bagussssss nye! :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum. namaku diseru. Hhehe. Tq atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  3. Lawanya blog sis..
    Tq for sharing ye sis

    ReplyDelete
  4. ketinggalan erna. ni baru nampak blog cun yati. cun sangat sangat ni. huh...
    eh, entry ni la di sebut2 tu kan. macam best. tp erna memang dah terbiasa update masuk blogspot

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day