October 29, 2014

Teknik Power Pumping

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Seperti yang Yatie dah janjikan tempoh hari, Yatie ada janji kongsikan tentang teknik power pumping kan. Jadi, InsyaAllah hari ini Yatie tunaikan. Hehe. Buat yang tak tahu, power pumping mampu meningkatkan penghasilan susu ibu. InsyaAllah.

Here we go!
;)

PAM TUNGGAL

  • Pam payu dara kanan terlebih dahulu selama 10 minit.
  • Kemudian, beralih ke payudara kiri pula untuk tempoh 10 minit.
  • Tukar semula ke payu dara kanan selama 10 minit.
  • Dan seterusnya ke payu dara kiri.
  • Lakukan secara berterusan selama 1 jam.
PAM BERGANDA
  • Pam kedua-dua belah payu dara serentak selama 10 minit.
  • Kemudian rehat selama 10 minit.
  • Sambung kembali mengepam 10 minit.
  • Setelah itu rehat 10 minit.
  • Lakukan sehingga cukup tempoh 1 jam.
_______________________________________________________

TIP TAMBAHAN (BONUS!)
  1. Tempatkan pam payu dara di lokasi bersesuaian di rumah agar anda dapat melakukan kaedah power pumping dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.
  2. Anda tidak perlu menyejukkan susu di antara sesi mengepam atau mencuci corong pam setiap kali berhenti rehat. Malah, anda boleh terus mengepam ke dalam botol yang sama.
  3. Setiap jumlah perahan susu ibu di antara satu waktu dengan waktu perahan yang lain boleh dicampurkan. Namun, pastikan setiap susu perahan itu disejukkan terlebih dahulu. Apabila suhunya sama, barulah semua hasil perahan power pumping itu disatukan dalam satu bekas.
  4. Sekiranya boleh, cuba dapatkan tidur siang seketika terutamanya ketika rehat makan tengahari bagi membolehkan anda berjaga di malam hari.
  5. Bagi golongan muslim, cuba tidur awal dan bangun di waktu awal pagi terutamnya tahajud. Selesai bersolat, anda boleh memulak rutin power pumping.
  6. Letakkan selimut mahupun gambar bayi bersebelahan tempat anda mengepam. Atau lebih baik lagi, anda mengepam di sebelah bayi. Langkah ini sangat bagus kerana ternyata ia dapat membantu merangsang penghasilan susu yang banyak.
SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING?
  1. Ibu yang memasang impian untuk menyusukan anak angkat.
  2. Ibu yang mahu menyusukan semula anak setelah beberapa ketika berhenti menyusukan (relaktasi)
  3. Ibu yang kekurangan susu akibat dari perubahan hormon atau kesan daripada kurang mengepam.
Sumber: Pa&Ma
_______________________________________________________

KENAPA IBU MENYUSU PERLU SUPLEMEN?

Ibu menyusu perlu ambil suplemen dengan tujuan untuk membantu meningkatkan penghasilan susu yang pekat dan lengkap dengan nutrien. Secara keseluruhannya, ia adalah untuk melengkapkan nutrisi ibu yang menyusu dan bayi yang disusui.

pilihan set menyusu
_______________________________________________________

Jika anda,

☻ berminat dengan produk ini? 
☻ mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini? 
☻ mahu dapatkan produk ini? 

☻ mahukan penjimatan sehingga 25%? 
☻ mahu menjadi ahli? 
☻ mahu menjana pendapatan? 

 Hubungi Yatie sekarang! 

 SID: 1132971
WeChat: DYatie7786 
 Emel: dayang86@gmail.com 
 SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069 

COD: Bandar Sri Permaisuri serta kawasan sekitar Cheras, KL.
POS: 1 Malaysia.

 "Konsultansi Eksklusif & Percuma Sepanjang Hayat" 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day