October 17, 2014

Set Kehamilan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Masih terngiang-ngiang di telinga Yatie pesan pakar nutrisi semasa di Bengkel Nutrisi Shaklee tempoh hari tentang hajat / niat untuk menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Yatie kongsikan bersama semua pesanannya yang lebih kurang begini;

"Apabila kita telah berniat / berhajat / merancang untuk menyusukan bayi sepenuhnya secara eksklusif sehingga usia dua tahun dengan susu yang banyak dan cukup jumlah nutrisinya, maka usaha itu perlu bermula sebaik sahaja kita disahkan hamil. Kenapa? Kerana semasa mengandung, kita telah mula menyalurkan segala nutrisi yang diperlukan oleh janin untuk membesar seperti kalsium dan protin. Jadi, bagaimana? Oleh yang demikian, kita digalakkan untuk mengambil suplemen yang berkaitan bagi tujuan untuk mengganti / menampung semula nutrisi yang telah disalurkan kepada janin. Bahasa layman, refill mana yang kurang."

Selama ini Yatie tak pernah terfikir. Bila nutritionist berpesan begitu, baru Yatie tahu dan faham kenapa wanita hamil digalakkan makan suplemen yang lain selain dari Asid Folik dan B Kompleks. InsyaAllah, Yatie akan praktikkan untuk adik-adik Arissa nanti. Arissa berhenti BF sepenuhnya semasa dia berusia 9 bulan setelah 2 bulan kami hanya berjumpa di hujung minggu. Lama kelamaan EBM juga dia tak layan. Huhu. Rezeki Arissa setakat itu. Alhamdulillah. 

Atas sebab itu, Yatie mencadangkan Set Kehamilan Shaklee sebagai persediaan untuk melengkapi penyusuan eksklusif, InsyaAllah selain memelihara kesihatan ibu dan anak dalam kandungan. Jom kita lihat apakah suplemen yang ada dalam set ini. 

Set Kehamilan

TRIMESTER 1 (1 - 3 BULAN)

1. Vita-Lea
  • Multivitamin (28 Mineral & Vitamin)
  • Membantu menambah Zat Besi (elak ibu pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi)
2. Ostematrix
  • Sumber kalsium untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh
  • Mengelak kekejangan otot dan risiko osteoporosis
  • Membantu melancarkan pelawasan (elak sembelit)
3. Sustained Release Vita-C Plus
  • Sebagai antioksidan
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi
  • Membantu penyerapan iron
4. B-Complex
  • Mengandungi 8 Vitamin B
  • Vitamin anti stress / mengawal tekanan
  • Mengelak pigmentasi kulit
  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit
  • Membantu pembebasan tenaga dari makanan
  • Penting untuk pembentukan darah
5. ESP
  • Membekalkan protein untuk membina hormon, enzim, antibodi, sel dan otot ibu serta bayi
  • Mengawalatur keseimbangan bendalir dalam badan 
  • Membekalkan tenaga berpanjangan

TRIMESTER 2 DAN 3 (4 BULAN SEHINGGA SELEPAS BERSALIN)

6. Omega Guard
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak serta aspek-aspek lain perkembangan janin
  • DHA dibekalkan dari placenta bagi bayi dalam perut dan susu ibu setelah bersalin
Nak set bajet? Ada dapat Asid Folik dan B Complex dari doktor? Ye. Dulu Yatie pun ada juga doktor bagi dan memang Yatie makan ubat dari doktor sahaja. Tapi, tahu tak suplemen mana yang bagi Yatie paling asas perlu ambil? Ok. Suplemen asas ialah ESP dan Ostematrix sebab ESP membekalkan protein manakala Ostematrix pula sumber kalsium. ESP dan Ostematrix ini ada dalam Set Menyusukan Bayi juga tau.

Apa-apa pun, pokok pangkal semua ini adalah usaha. Usaha memberikan yang terbaik untuk anak. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah SWT. Rezeki susu juga adalah dari Nya.

p/s: blog under construction tapi 40 days challenge mesti diteruskan. ;)

Jika anda, 
☻ berminat dengan produk ini? 
☻ mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini? 
☻ mahu dapatkan produk ini? 

☻ mahukan penjimatan sehingga 25%? 
☻ mahu menjadi ahli? 
☻ mahu menjana pendapatan? 

 (yuran keahlian seumur hidup; RM75 (SM) + RM85 (SS) termasuk kos penghantaran kit) 

 Hubungi Yatie sekarang! 

 SID: 1132971
WeChat: DYatie7786 
 Emel: dayang86@gmail.com 
 SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069 

 "Konsultansi Eksklusif & Percuma Sepanjang Hayat" 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day