October 7, 2014

Semakin Besar Anak, Semakin Tua Mak Ayah

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Nur Arissa Batriesya. 

Semakin hari semakin petah berkata-kata. Semakin bijak menjawab persoalan dan memberi alasan. Semakin mengerti dalam perjalanan kehidupan. 

Semakin lama semakin terasa anak semakin besar. Ia menandakan semakin tua usia kita sebagai mak ayah. Seiring jua dengan semakin besar tanggungjawab dan cabaran untuk kita membesarkan anak menjadi anak yang soleh/solehah berbakti pada agama, negara, dan masyarakat. InsyaAllah. 

Semalam, dia nak sembahyang dalam masjid. Nak jugak sembahyang lepas ayahnya sembahyang. Yatie bawa masuk masjid. Dia 'sembahyang'. Takbir. Sujud. Takbir. Sujud. Dah selesai disuruh baca doa, dia baca doa makan. Hehe. Tapi tak apa. Proses pembelajaran memang begitu. Dia dah tahu sembahyang rumah Allah untuk mengerjakan solat, Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Semalam sebelum balik Yatie bawa dia ronda Pekan Ipoh. Berdua. Yatie suruh dia pasang tali pinggang. Dia jawab, "nanak.. nanti akit pewut". Yatie jawab balik, "mak ok je". Tahu dia jawab apa? "Mak ok je. Ica tak ok je." Hihi. Sabar je lah emak nya. 

Satu dugaan bila dia dah besar. Dia nak pilih baju yang dia pakai sendiri. Malam-malam nak pakai dress. Siang-siang nak pakai baju tidur. Yatie dah siap susun baju dia untuk pakai, dia selongkar semula dalam beg nak cari baju yang dia berkenan. Baju yang tak berkenan? Bo layan campak tepi terus. Haih. Huhu.

Banyak lagi kisah perkembangan dia. Kalau cerita sampai 100 entri pun belum tentu habis orang kata. Hehe. 

Ada yang cakap, "dah boleh beradik dah la tu". Hehe. InsyaAllah soon. 2016. Mohon doa. Dan semoga Allah perkenan. Semua orang berhak untuk merancang keluarganya sendiri. Tetapi sebaik-baik perancang itu adalah Allah SWT. Semua mahukan yang terbaik untuk keluarganya dan tahu apa yang terbaik untuk keluarga dia. Tak gitu?

Arissa? Dia masih lagi tak nak adik. Haha. Dan, tak ada siapa boleh dekat dengan Yatie sekarang. Yatie tak boleh langsung nak pegang baby / anak lain yang sebaya. Cemburu dia tahap dewa dewi. Haha. Sebelum ini boleh lagi. Tapi baru-baru ini, semakin menjadi-jadi. Sampaikan Auntie Dilla dia cakap, "entah-entah ada isi kot". Haha. Ada. Isi lemak. Hihi.

mak menyelit sekali dalam entri hahaha

kemain lebar sengih anak emas Yatie ni kan hihi

2016 nanti, Arisa dan adik macam ni.
So sweet. Mohon doa kawan-kawan.
^_^

Psstttt! Nak cerita sikit. Bagi yang kenal Yatie pernah jumpa Yatie mesti tahu yang muka Yatie jenis jerawat seketul-seketul kan? Gambar kat atas tu. Walau tudung asyik tudung tu. Hahaha. Tudung fav katanya. Tapi gambar tu gambar baru. Ahad lepas. Ngeee. No filter. Cuma tambah frame. No more jerawat seketul dua ketul. Alhamdulillah. Dekat pipi tu kesan. Jerawat 'bulanan' tak sempat nak naik. Hehe.

Tak ada rahsia tapi nak share juga. Yatie sekarang consume Vitamin C, ESP dan Vita-E dari Shaklee. Banyak khasiat dan manfaat kesihagatan yang lain selain dari nak bagi hilang jerawat (fokus Yatie). Hehe. Idok la flawless. Tapi Alhamdulillah. Jerawat tarak berani dekat. Vita-E sentiasa siap siaga menentang. Ecewah. Hehehe. Inilah yang dikatakan Shaklee Effect. Hehehe.

Nak? Contact Yatie k. Hihihi.

Salam Sayang,
DYatie. 

2 comments

  1. Amin! cepat cepat yewww.hehehehe

    ReplyDelete
  2. comelnye arissa.. makin cerdik.. ufairah pon da sampai tahap.. semue nak tanye.. tak larat nak layan..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day