October 16, 2014

Sah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam, Yatie terima surat dari PSM (HR). CC (Chief Clerk) Yatie siap cakap lagi, 'Posto! Posto! Tebal surat ni. Apa lah tu?' Yatie pun berdebar juga. Apa lagi kali ni. Al maklum, baru dapat surat potong gaji sebab cuti negatif. Huhu. 

Dan bila buka.. Alhamdulillah.

 

Sebenarnya Yatie dah 2 tahun 2 bulan dekat sini. Exam Jabatan dan JPA dah lulus lama. Alhamdulillah. Induksi Khusus dan PTM juga dah lepas. PTM dalam Januari ke Februari awal tahun ni. Lama juga rasanya nak tunggu bila nak sah. Hihi. Sebab semua dah lepas kan. Tapi, bila dapat surat rupanya 15 Februari lepas Yatie dah sah. Cuma baru dimaklumkan dengan surat bertarikh 14hb. Alhamdulillah. Lega sebab Yatie sah tak sampai 2 tahun. Wiwiwiwi. Hehe.

Walaubagaimanapun, cita-cita ku mahu menjadi WAHM masih ada. Andai Allah perkenan dan bila tiba masanya nanti, Yatie kena buat notis 3 bulan sebab dah sah kan. Hehe. Sekarang tak sabar nak sign dan hantar borang opsyen sebab sekarang ni potong KWSP. Apa pun. Syukur Alhamdulillah. Inilah rezeki anakanda Yatie, Nur Arissa Batriesya. 

Jadi, SYMP! Berkhidmat Untuk Negara. :)

Salam Sayang,
DYatie.

3 comments

  1. tahniah... kte dah 6 tahun kat cni tak sah2 lagi.. huhu.. dugaan betul..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day