October 22, 2014

POWER PUMPING Tingkat Penghasilan Susu Ibu

Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Belek-belek Majalah Pa&Ma yang sangat informatif, Yatie terbaca tentang Power Pumping. Yatie kongsikan disini untuk rujukan Yatie pada masa akan datang dan anda semua. Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

Masalah susu merudum sering dialami oleh para ibu yang berazam dan bersungguh untuk menyusukan anaknya secara eksklusif sehingga usia 2 tahun. Tetapi, dalam melakukan sesuatu kebaikan pasti akan ada ujiannya untuk melihat sejauh mana usaha kita. Betul tak? Jadi, jangan khuatir. Teruskan berusaha dengan pelbagai jenis kaedah termasuk kaedah power pumping.

KAEDAH POWER PUMPING merupakan teknik mengepam yang sangat berkesan dalam membantu meningkatkan penghasilan susu. Kita hanya perlukan pam dan peruntukan masa 1 jam. Untuk pengetahuan semua, idea asal teknik ini ialah meniru corak bayi menyusu yang secara tidak disedari dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. 

KEKERAPAN? Sekali dalam sehari sudah memadai tetapi jika ada banyak masa terluang, lakukannya lebih dari sekali dalam tempoh 24 jam.

MASA YANG SESUAI? Teknik ini paling sesuai dilakukan di tengah malam. Sebab.. pengeluaran hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu tersebut. Walaubagaimanapun, tidak kira siang atau malam apa yang penting adalah keselesaan dan ketenangan pada waktu itu. 

KESAN amalan power pumping lazimnya akan mula kelihatan selepas tempoh satu hingga ke dua minggu. Jadi, jangan risau jika ada yang hanya boleh dapat setitik dua. Teruskan jangan berhenti demi anak yang tercinta. 

Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan usaha Yatie cadangkan untuk turut mengambil Set Menyusu Shaklee. Berikut merupakan Set Menyusu Shaklee yang boleh di pilih sesuai dengan keperluan korang. InsyaAllah Yatie akan kongsikan lebih terperinci tentang setiap Set Menyusu ini.

Set Menyusu Shaklee
_______________________________________________________

Jika anda,

☻ berminat dengan produk ini? 
☻ mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini? 
☻ mahu dapatkan produk ini? 

☻ mahukan penjimatan sehingga 25%? 
☻ mahu menjadi ahli? 
☻ mahu menjana pendapatan? 

 (yuran keahlian seumur hidup; RM75 (SM) + RM85 (SS) termasuk kos penghantaran kit) 

 Hubungi Yatie sekarang! 

 SID: 1132971
WeChat: DYatie7786 
 Emel: dayang86@gmail.com 
 SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069 

 "Konsultansi Eksklusif & Percuma Sepanjang Hayat" 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day