October 30, 2014

Penyakit Keputihan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tahukah anda masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj wanita merupakan satu penyakit? Kementrian Kesihatan telah mengklasifikasikannya sebagai sebagai penyakit yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual.

Ada dua jenis keputihan; fisiologis dan patologik

Fisiologis kebiasaannya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit yang sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehan lendir yang normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj.

Patologik pula bersifat lebih kronik dan menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada faraj. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) yang perlu dirawati.

Faktor penyumbang
  • Kebersihan; bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
  • Hormon; gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh yang disebabkan oleh perembesan hormon estrogen, pengambilan ubat, tekanan dan pengambilan pil perancang.
  • Gaya Hidup; wanita yang aktif dalam aktiviti seksual tidak sihat akan lebih cenderung mendapat pelbagai jangkitan.
  • Kesihatan; pesakit kencing manis lebih mudah dijangkiti kerana kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak. Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS atau barah atau leukimia akan berhadapan dengan risiko yang tinggi.
Cara merawat keputihan
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Apa yang Shaklee boleh bantu?

Yatie mencadangkan anda untuk mendapatkan Set Keputihan Shaklee yang terdiri dari GLA Complex, Alfalfa Complex dan Garlic Complex. Selain dari membantu dalam permasalahan keputihan, ketiga-tiga produk ini mempunyai manfaat kesihatannya yang tersendiri. 

set keputihan shaklee
Anda boleh baca lebih lanjut tentang ketiga-tiga produk ini melalui pautan di bawah:
Disini Yatie nak ingatkan pada kawan-kawan semua, walaupun keputihan ini normal buat kita wanita tapi kangan sesekali kita ambil ringan. Ok? ;)
_______________________________________________________

Jika anda,

☻ berminat dengan produk ini? 
☻ mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini? 
☻ mahu dapatkan produk ini? 

☻ mahukan penjimatan sehingga 25%? 
☻ mahu menjadi ahli? 
☻ mahu menjana pendapatan? 

 Hubungi Yatie sekarang! 

 SID: 1132971
WeChat: DYatie7786 
 Emel: dayang86@gmail.com 
 SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069 

COD: Bandar Sri Permaisuri serta kawasan sekitar Cheras, KL.
POS: 1 Malaysia.

 "Konsultansi Eksklusif & Percuma Sepanjang Hayat" 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

​​

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day