October 18, 2014

Pekasam Daging

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dah makan malam? Dinner apa malam ni? Yatie malam ni makan malam dengan Nasi Goreng Pekasam Daging. Permintaan suami, nak cuba juga katanya. Isteri solehah layankan aje. Eh? Hihi.

Pernah dengar pekasam daging? Tahun ini, pekasam daging dah macam satu fenomena di Sem. Malaysia. Keluarga Yatie dekat Sarawak gelar pekasam daging ni pekasam pelik. Haha. Sebab sebelum ini kita cuma tahu Pekasam Ikan je kan. Tetapi, pelik bukan sebarang pelik. InsyaAllah pekasam daging ini akan dipasarkan di sana jugak. ;)

Pekasam daging ni kan bukan hanya makan macam tu sahaja macam pekasam ikan; goreng dan perah limau. Ia boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti dan selera sendiri. Yatie tak ada cuba banyak resepi pun tapi walau macam mana cara masak sekalipun, pekasam daging tetap SEDAP! Ngeee.

Tapi, dalam banyak-banyak resepi Yatie paling suka Pekasam Daging Petai.

Pekasam Daging Petai

Kedua, resepi pantang. Tambah halia, bawang putih dan lada hitam banyak-banyak. Nyums!

Pekasam Daging Resepi Pantang

Dan dinner malam ini, Nasi Goreng Pekasam Daging.

Nasi Goreng Pekasam Daging

Semuanya Yatie Thumbs Up! Boleh buat gemuk. Haha.

Last but not least, Pekasam Ayam pun ada. Sedap jugak! Tapi, kalau tanya Yatie of course Pekasam Daging WIN. Hihihihi.

Pekasam Ayam
_________________________________________________________

Anda berminat untuk mendapatkannya?


Salam Sayang,
DYatie.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day