October 16, 2014

Menghilangkan Batuk Kahak Anak Kecil

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Bila anak tak sihat; demam,batuk dan selsema, kita sebagai mak dan ayah pasti akan risau yang amat sangat. Apatah lagi jika keadaan kesihatannya berlarutan dari sehari ke sehari. Bila bawa jumpa doktor, kebanyakannya akan bagi ubat batuk walau usia anak belum 1 tahun. Ini pengalaman Yatie sendiri sebagai seorang mak anak seorang. ;) 

Bagi Yatie, bila anak tak sihat itu sebenarnya menjadikan antibodi anak lebih kuat. InsyaAllah. Dan sebagai mak ayah juga, Yatie dan suami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik pada anak. Hari demi hari juga, kita belajar pelbagai perkara samada secara formal atau sebaliknya. Dari pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain. 

TAHUKAH ANDA bahawa ubat batuk hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur 1 tahun ke atas setelah mendapat nasihat yang lengkap dari doktor yang memeriksa. Jadi, apakah pilihan yang ada untuk anda?
  • Pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak bersiar-siar atau membeli belah.
  • Berikan susu (samada susu ibu/susu formula) dalam jumlah yang lebih banyak.
  • Jangan gantikan susu dengan air kosong kepada bayi terutamanya bayi berusia 1 tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
  • Jika anak mengalami batuk atau selsema serentak dengan demam, ubat paracetamol boleh diberikan dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5kg.
  • Jika anak berusia satu tahun ke atas dan boleh minum dari gelas/botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon.
  • Buatkan garlic socks / garlic oil dan letak bawang merah berdekat tempat tidur anak.
Itu antara natural remedy yang boleh kita buat. Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis.

Baru-baru ini Arissa ada demam, batuk dan selsema. Selain dari makan paracetamol untuk demam yang doktor bekalkan, Yatie bagi Arissa minum air suam dicampur dengan madu. Kemudian buatkan garlic oil untuk disapukan pada dada dan tapak kaki serta letak bawang merah yang dipotong dua atas bantal tidur Arissa kiri kanan. Yatie teruskan buat natural remedy tanpa ubat batuk dan additional supplement; Omega Guard Shaklee.

Arissa consume Set Kanak-Kanak Shaklee yang terdiri dari Meal Shakes, Chewable Vita-C dan Omega Guard. Set ini banyak membantu. Alhamdulillah. Bila Arissa makan Omega Guard, dalam 5 - 10 minit selepas itu dia akan batuk dan keluarkan kahak yang banyak. Phew!~ Arissa memang menangis tapi pada masa yang sama mak lega sebab kahak keluar. Alhamdulillah, hari ketiga kahak tiada. Sebab itu suami cakap, "kena ada sentiasa Omega untuk Arissa". 

Betul ke Omega Guard boleh melegakan batuk dan selsema? InsyaAllah sayang sekalian. Omega Guard berupaya meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Ia selamat untuk anak-anak berusia 1 tahun ke atas dengan dos tertentu. Omega Guard adalah baik untuk anak-anak;
  • pertumbuhan badan yang sihat,
  • perkembangan otak yang baik,
  • memperkuat imunisasi badan, dan
  • sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit, batuk, selsema dan asma. 

Berikut merupakan manfaat Omega Guard Shaklee;


Jika anda, 

☻ berminat dengan produk ini? 
☻ mahu tahu lebih lanjut tentang produk ini? 
☻ mahu dapatkan produk ini? 

☻ mahukan penjimatan sehingga 25%? 
☻ mahu menjadi ahli? 
☻ mahu menjana pendapatan? 

 (yuran keahlian seumur hidup; RM75 (SM) + RM85 (SS) termasuk kos penghantaran kit) 

 Hubungi Yatie sekarang! 

 SID: 1132971 
 WeChat: DYatie7786 
 Emel: dayang86@gmail.com 
 SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069 

 "Konsultansi Eksklusif & Percuma Sepanjang Hayat" 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day