October 14, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, hujung minggu kami akan bawa Arissa pergi beriada di taman / playground. Area KL lokasinya ialah Tasik Permaisuri, Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Perdana. Tasik Permaisuri yang paling dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki kalau nak. Tak nak kena naik moto. Hihi. 

Kami suka keluar pagi. Orang tak ramai. Hirup udara nyaman. Alhamdulillah. Dan sudah tentu lokasi kegemaran ialah Taman Tasik Perdana. Dekat situ dapat menikmati kehijauan alam. Syukur ada juga pemandangan cantik di tengah-tengah. Kalau tidak, tenung je lah hutan konkrit. Yer dak? Hehe.

Jadi, alang-alang bawa riadah kami akan bawa bekal untuk picnic. Picnic di tengah kota katanya. Haha. Kadang-kadang kami masa nasi lemak. Kadang-kadang bihun goreng. Tapi kalau petang, kalau rajin hari tu Yatie buat karipap Sardine. Tak pun beli cucur kat mana-mana dan ada juga cuma beli biskut dan air kotak. Hihi.

Happy tau bila dapat luangkan masa begini dengan family. Korang cuba buat. Terapi untuk diri sendiri juga sebenarnya. Seronok makan-makan, santai-santai, tengok anak main. Gituuu.




latest minggu lepas

Ok then, salam sayang dari Yatie sekeluarga untuk semua. :)

2 comments

  1. betoi...setuju 100%..masa bersama family adalah masa yg sangat2 berharga...

    sedap nasi lemak tu :-)

    kalau dekat boleh kami join riadah sekali... piknik sama2... dah lama kita tak masak2 pastu berkelah kan?

    ReplyDelete
  2. syok dpt beriadah dgn family kan..paling happy tgk anak2 dok main belari2 kat taman....dorang rasa bebas sangat kat tmpt yg lapang...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day