October 22, 2014

Aktiviti Cuti Umum Deepavali

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai. 

Apa aktiviti korang untuk cuti umum deepavali hari ini? Yatie pada asalnya nak picnic lagi di Taman Tasik Perdana tapi kawan ajak ke KLCC bawa anak naik train. Sounds great lah kan. Berbelah bahagi juga sebenarnya sebab fikirkan esok nak kerja. Tapi, pergi beramai-ramai tu syok. Plan kami nak bawa anak mandi-manda. Hehe.

Tetapi, rezeki anak-anak kali ini ialah lawatan ke Petrosains. Alhamdulillah. Dugaannya Arissa sebab dia memang takut gelap, takut patung besar dan takut bunyi ekstrem. Haish. Sabar je lah. Dan nak dijadikan cerita juga, hujan semasa kami dok jalan-jalan dalam Petrosains.

cuti-cuti ke petrosains, klcc

Kami pergi 2 family. Kurang 1 Family. Group WA kami ada 3 Family. Hihi. 4 dewasa, 2 baby. Arissa pun baby. Baby tuen. Hihihi.

kakak ica & adik aqil
Diorang geng! Ni nasib baik Aqil belum jalan lagi, kalau tak mesti sama naik lah ragam diorang nih. Hihi. Arissa tempat pantang dia adalah tempat gelap. Sikit je pun gelap, dia dah nangis macam hape tah. Penakut bebeno. 

Tak banyak gambar dalam handphone. Gambar semua dalam kamera gabak suami. Jadi, kita tepek ini dululah ye. It should be, Wordless Wednesday. Tapi, nak cerita panjang. Hihi.

Semoga ukhwah yang terjalin akan sehinga ke akhir hayat. Aamiin.

Salam Sayang,
DYatie.
_________________________________________________

DYatie merupakan seorang suri bekerja yang juga merupakan seorang Pengedar Sah Shaklee. Anda yang berada di sekitar Cheras (Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak, Maluri, Shamelin) boleh dapatkan dari DYatie. Bagi yang berada di luar kawasan, DYatie juga membuat pengeposan 1 Malaysia. InsyaAllah konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat akan diberikan buat anda.

DYatie juga merupakan pemilik Arissa's Gallery dan Kedai Cadar Online DRABArissa's Gallery merupakan platform perkongsian secara umum apa yang dibekalkan oleh pemilik dyatie[dot]com ini seperti Shakleebarangan  untuk education anak-anak dan pekasam dagingKedai Cadar Online DRAB juga membekalkan pelbagai jenis cadar yang menarik dan mengikut citarasa serta trend semasa.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day