Pages

Sep 10, 2014

Resepi: Ikan Celup Tepung

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah. ♡

Hari ni Yatie nak kongsi dengan semua resepi mudah dan ringkas. Masak-memasak yang ringkas dan mudah memang favorite Yatie. Lagi pulak untuk masak makan malam kan. Sup sap sui aje. Heeeee.

Sebenarnya, banyak resepi yang Yatie jumpa tetapi kebanyakannya ada letak kapur. Yatie tak ada kapur. Huhu. Kapur ni bertujuan untuk bagi tepung garing. Last, jumpa resepi kak dayang. ;)


Bahan-bahan:
Ikan kembung
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk dari peti ais (+/-)
1 sudu besar marjerin
Garam
Serbuk Kunyit

Caranya:
Blend aje semua bahan kecuali ikan hingga sebati. Pastikan batter tidak terlalu pekat atau cair. Sediakan minyak dan panaskan kemudian goreng. Dah masak, tos dan hidang. Makan panas-panas dengan nasi putih atau sos cili itu sangat mengancam. Rasa makan ICT kat Ganu. Haha.


Budak bijak solehah dalam gambar ni apa lagi. Seronok makan batter tu krup krap krup krap. Gambar dekat atas ni ambil masa Yatie tengah ambil gambar ikan. "Isya nak ugak. Isya nak ugak." Peace kononnya tapi tak pandang kamera. Aptb! Hehe.

So? Selamat mencuba dan selamat memasak untuk keluarga tercinta!

Salam sayang,
DYatie.

4 comments

amal said...

nyumm nyumm. makan dengan nasi kerabu sedap ni!

ameris said...

ratah je kalu ikan celop tepung ni yati..

Allene said...

wah.. best ni.. kalau udang or sotong, boleh guna cara yang sama ke?

Sally Yatiey said...

Sedapppppp ;D

Blog design by Rainy Day