September 7, 2014

Panduan Hamil dari Dr. Hamid Arshat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga kita dilimpahkan dengan rezeki dan kasih sayang yang melimpah-ruah. InsyaAllah. Hari ini Yatie nak kongsikan beberapa panduan hamil dari Dr. Hamid Arshat. Kenal tak siapa Dr. Hamid Arshat? Dr. Hamid Arshat merupakan seorang pakar sakit puan. Semoga panduan ini memberi manfaat buat semua.
  1. Kahwin awal. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.
  2. Pemeriksaan doktor lebih awal. Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.
  3. Semak kesihatan bersama. Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.
  4. Hubungan seksual. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.
  5. Waktu subur yang tepat. Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari. (Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.)
  6. Hubungan yang kerap sewaktu subur. Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam. (Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.)
  7. Berada dalam keadaan tenang. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  penting untuk menjayakan kehamilan. (Lakukan senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , berjogging, mengayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.Baca quran 2-3 muka setiap hari.Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.)
  8. Berat badan. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. (Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.)
  9. Makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran.Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . (Rujuk garis panduan pemakanan.)
  10. Mengambil vitamin. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.

Sumber; Panduan Hamil

Semoga panduan ini dapat dipraktikkan oleh teman-teman yang sedang berusaha untuk hamil dan diperkenankan oleh Allah SWT. Yatie doakan moga kalian segera mendapat zuriat yang. Allahhummaamiin. Berhubung dengan item 10, Dr. Hamid Arshat mencadangkan untuk makan suplemen dan untuk pengetahuan, Shaklee ada suplemen yang boleh membantu dalam kesuburan.




ISTERI

B-Complex; mengandungi 8 komponen vitamin B termasuk asid folik. Asid folik diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). Gabungan B6, B12 dan asid folik disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

GLA Complex; berfungsi memberi keseimbangan hormon yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh wanita terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair serviks sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, tiub fallopio dan seterusnya ke ovum. Cecair ini juga membantu sperma hidup lebih lama dalam tiub fallopio sehingga lima hari dan ini akan membantu proses persenyawaan.

SUAMI

Zinc Complex; zat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma supaya lebih aktif menuju ke ovum. Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.

Vita-E Complex; turut terkenal sebagai 'vitamin seks / cinta'. Berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Kandungan Vita-E yang turut mengandungi selenium membantu hubungan seksual lelaki yang mana lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Kesimpulanya ia membantu meningkatkan kualiti sperma serta turut menambahkan bilangan sperma.

Berusaha. Berdoa. Tawakal. Selebihnya, kita serahkan pada Allah Maha Berkuasa. Yatie turut mendoakan saudara-mara, teman-teman  dan semua yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat agar Allah perkenan usaha serta doa kalian. InsyaAllah. Allahhummaamin.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day