September 11, 2014

Kolagen Untuk Keanjalan Kulit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah buat kita semua. InsyaAllah.


Kalau terjumpa seorang wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, agak-agak korang akan nak tanya tak rahsia kejelitaan, kecantikan dan keanggunan beliau? Kalau tak tanya direct, Yatie yakin korang akan tanya dalam hati. Kan? Heee. Ok, jom kita baca kupasan dari Dr Siti Hawa Abd Karim dalam myMetro. :)

****************************************************
Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran. 

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.

Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.

Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik. 

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. 

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya. 

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya. 

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dikatakan dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

****************************************************
So. Jika kawan-kawan sedang mencari produk berasaskan kolagen atau yang boleh membantu menghasilkan kolagen, sudah tentu Yatie cadangkan kawan-kawan untuk mengambil Collagen Powder Shaklee. Inilah masa yang sesuai untuk mencuba Collagen Powder Shaklee sebab sekarang tengah promosi Beli 6 Percuma 1. Penjimatan berganda-ganda jika anda juga mendaftar sebagai ahli.

Info lanjut tentang Collagen Powder: klik SINI dan SINI.


Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day