September 8, 2014

Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Semoga teman sekalian dilimpahi dengan kasih sayang dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Allahhummaamiin. Hari ini Yatie akan kongsikan tentang NUTRISI yang diperlukan oleh seorang ibu yang menyusukan anak. Semoga bermanfaat buat semua. :)

Kita sedia maklum, ada banyak kebaikan menyusu badan. Ibu menyusu yang mendapat makanan dengan nutrisi yang mencukupi tidak perlu risau mengenai keperluan nutrisi bayi kerana bayi memerlukan nutrisi yang akan membantu tumbesaran dan kesihatannya. 

Ibu menyusu sebenarnya perlu menambah sedikit kalori pemakanan sekitar 400 - 500 kalori sehari untuk membekalkan tenaga.  Ia boleh diperoleh dari sekeping roti bijirin penuh dengan sesudu kacang, sebiji pisang atau epal atau yogurt tanpa lemak.

Jom kita lihat keperluan nutrisi ibu menyusu.

♥ DHA
  • Ia merupakan asid lelemak Omega-3 yang paling banyak dalam susu ibu.
  • DHA Penting untuk perkembangan optimum mata, otak dan jantung bayi.
  • Kajian juga menunjukkan DHA mempunyai peranan dalam mencegah kemurungan selepas bersalin.
  • Sumber: salmon, hering serta makanan (telur, bijirin, roti) yang diperkaya dengan DHA.
♥ KALSIUM BERSAMA VITAMIN D
  • Wanita berumur 20 tahun ke atas perlu mengambil 1000mg kalsium setiap hari.
  • Jumlah ini bersamaan dengan tiga gelas susu, tiga cawan yogurt, atau tiga gelas susu soya yang diperkaya dengan vitamin D atau jus oren.
  • Vitamin D sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium secara betul dan berkesan.
  • Sumber: produk tenusu rendah lemak, yogurt, susu, keju.
♥ ASID FOLIK
  • Bayi masih memerlukan asid folik sama seperti di awal kehamilan.
  • Sumber: asparagus, bayam, brokoli, kubis dan brussels sprouts.
♥ VITAMIN C
  • Membantu penyerapan zat besi oleh badan.
  • Sumber: Strawberi, buah-buahan sitrus, lada benggala atau tomato.
♥ AIR
  • Minum air sekerap mungkin unuk elak hidrasi.
  • Jika air kencing berwarna kuning pekat, itu tandanya kekurangan pengambilan air.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, susu, jus atau sup sehari namun elakkan jus dan minuman bergula kerana ia boleh menambahkan berat badan.
  • Sediakan segelas air disisi semasa menyusu dan adalah lebih baik jika minum segelas air dahulu sebelum menyusukan anak.
Dan buat mereka yang hendak atau sedang berusaha menyusukan anak sehingga usia 2 tahun, pastikan tubuh badan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi untuk diri sendiri dan anak. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk memastikan nutrisi dalam badan seorang ibu sudah mencukupi atau sebaliknya. Oleh yang demikian, Shaklee ada suplemen yang boleh membantu melengkapi nutrisi dalam badan. Ingat! Suplemen bukan pengganti makanan tetapi makanan tambahan. 

Berikut merupakan suplemen yang terdapat dalam Set Menyusu 3M Shaklee;


♥ Vita-C Plus
  • Penting untuk mengoptimumkan sistem imun ibu dan bayi disamping membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik dan sihat.
B-Complex
  • Penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi disamping memastikan kesihatan mulut, mata dan kulit ibu serta bayi. Ia turut membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
♥ ESP
  • Isoflavone yang terkandung dalam ESP bertindak sebagai hormon estrogen yang membantu meningkatkan penghasilan susu. 
♥ Alfalfa Complex
  • Telah digunakan sekian lama secara tradisional oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu selain bagus untuk kesihatan buah pinggan dan merendahkan kandungan kolestrol.
♥ Vita-Lea
  • Penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek.
♥ Ostematrix / Kalsium
  • Penting untuk gigi dan tulang ibu. Susu yang diberikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi dan adalah penting bagi seorang ibu untuk memastikan keperluan kalsium mencukupi untuk dirinya dan juga bayi.
Buat para ibu, jangan pernah putus asa dalam memberikan yang terbaik untuk anak. Semoga segala yang diusahakan berhasil dan diredhai oleh Allah SWT. Kita berusaha, kemudian berdoa dan selebihnya kita serahkan kepada Dia yang Maha Berkuasa. Semoga dipermudahkan urusan kalian untuk menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Allahhummaamiin.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day