September 1, 2014

JJCM: Laksa Teloq Goreng Bersarang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Balik Ipoh kalau tak makan laksa memang rasa tak lengkap aktiviti balik. Laksa kegemaran Yatie dah tentu Laksa Khomsa, Padang Polo, Ipoh. Atas sebab tak dapat makan masa raya tempoh hari, Yatie cuba masak sendiri. Laksa ekspres pun boleh. Heee. Kalau nak cuba, resepi dekat sini


Semalam, kami tak dapat parking yang terdekat. Jadi Yatie cadangkan dekat suami Laksa Teloq Goreng Bersarang dekat Taman Botani. Yatie tahu pun sebab sebelum keluar rumah adik ipar Yatie bagitau ada laksa ni. Sedap katanya. Arissa pula merajuk kononnya sebab tak dapat main 'egound'. Hihihi. 

 

Sistematik walaupun hanya dua orang yang menguruskannya. Jelas nampak kesibukannya. Huhu. Meja penuh. Yatie bungkus lima laksa. Diorang siap-siap sediakan laksa untuk tapau. Jadi, bila ada orang nak tapai diorang cuma masukkan kuah laksa sahaja. Jadi, tak ada kes berteloq nak tunggu laksa siap. Heee.


Aksesori laksa semuanya di bawah telur. Hee. Rasanya bagi Yatie sedap! Cuma terperah lebih limau, jadi agak terlebih masam. Laksanya nampak sedikit tapi dengan teloq bersarang tu buat Yatie kenyang. Arissa pun suka. Cuma dia tak makan teloq tu sebab macam 'liat' sikit. Overall, sedap!

Sebelum ni Yatie dah pernah juga makan laksa ada telur begini. Suami beli dari kuala. Laksa Pokok Limau. Tadi suami ada tanya rasa laksa ini sama tak dengan laksa pokok limau. Yatie tak boleh agak sebab lama dah kot makan laksa dari Pokok Limau tu. Hihi. Tapi, korang boleh cuba merasai kelazatan kedua-duanya. Laksa Teloq Goreng Bersarang di Ipoh & Laksa Pokok Limau di Kuala Kangsar.

Ok. Selamat bercuti kawan-kawan. Mari balik ke pangkal jalan. Heee.

Salam sayang,
DYatie.

4 comments

  1. wahhhh,boleh lah try lepas ni.mcm best jeee.

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar ni yatie...syok la...rasa cm nak cuba :) thanks yatie review

    ReplyDelete
  3. macam sedap je.. teringin la pulak.. balik kampung nak cube!~

    ReplyDelete
  4. http://laksabersarang.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day