September 10, 2014

Bayi atau Kanak-Kanak Sembelit?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga perjalanan kehidupan kita untuk hari ini dan akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.


Sembelit? Arissa pernah kena sembelit sampai dia menangis meneran dan ada darah pada najis. Tapi Yatie tak pernah jumpa situasi Arissa sembelit sebab masa tu Yatie kan duduk KL. Ateh Arissa yang selalu terjumpa Arissa kena sembelit sebab Ateh cuti semester. Ateh Arissa cakap kesian tengok Arissa berak nangis-nangis. Huuuu. 

Tapi, Alhamdulillah setakat ini masalah sembelit Arissa mudah hilang hanya dengan makan buah. Kebiasaannya, Ayah Arissa bagi makan betik dan syukur Arissa memang suka makan betik. Jadi, tak ada masalah. Najis kadang-kadang dah rupa betik lenyek. Hee. (Maaf jika anda terasa mual dengan perenggan pertama ini. Huhu.)

Jadi, Yatie nak kongsikan apa yang Yatie baca dekat blog Dr Zubaidi. Jom sama-sama kita tambah ilmu kita sebagai mak dan ayah yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah.

Sembelit bukan lah penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. Malah jika 3 hari sekali pun masih dikira normal jika bayi atau kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit. 

Tanda-tandanya sembelit:
  • Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar. 
  • Kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu kesakitan dan kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. 
  • Najis mereka akan kelihatan keras, kering, dan berbiji-biji. 
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.
  • Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang 3kali dalam seminggu
  • Bayi atau kanak-kanak tidak selera makan 
  • Perut menjadi kembung

Apakah punca berlakunya sembelit?
  • Antara punca utama ialah pemberian susu formula. Ini kerana susu formula sukar untuk dihadamkan dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.
  • Bayi yang sudah diberi makan separuh pejal. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang ingin diberikan mestilah lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air semasa persediaan makanan tersebut.
  • Bayi dan kanak-kanak yang kurang minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan/dehidrasi.
  • Kecacatan sejak lahir dimana lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Bagi mengatasi masalah ini segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai supaya masalah sembelit ini tidak lagi berulang.

Cara-cara yang kita boleh buat ketika anak mengalami sembelit;
  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal di udara. Ini boleh merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang sesuai dan mintalah nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang air besar.
  • Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas boleh berikan mereka jus buah-buahan seperti tembikai atau betik. Jus betik sangat baik untuk mereka kerana mempunyai banyak serat dan mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
  • Sekiranya cara-cara di atas telah dilakukan tetapi masih mengalami masalah sembelit, bolehlah menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda mengikut umur bayi atau kanak-kanak tersebut.

sumber: Dr Zubaidi

Selain itu, InsyaAllah Meal Shakes Shaklee juga boleh membantu. Tetapi Meal Shakes hanya untuk bayi berusia satu tahun dan ke atas. Mak Yatie yang umur 51 tahun pun boleh minum. Tak ada masalah. Kenapa? Sebab Meal Shakes kaya dengan serat dan boleh membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan juga bahan buangan dari kolon perut. Walaubagaimanapun, pemberian suplemen perlu seiring dengan jumlah pengambilan air masak yang mencukupi atau lebih dari biasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang Meal Shakes Shaklee; klik SINI.

Dan jangan lupa, promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 masih berlangsung; klik SINI.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day