Pages

Sep 30, 2014

Poster Pekasam Daging ;)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Selain dari promosi online, Yatie juga buat offline Pekasam Daging. Sebelum bulan puasa tempoh hari, Yatie buat iklan versi puasa. Hehe. Menu ringkas dan mudah untuk bersahur. Kali ini, Yatie buat secara umum. Simple punya. Poster ini kami akan lekat dekat papan kenyataan Pangsapuri. Sebelum ini adik yang tolong, kali ini suami kena tolong sepenuhnya. InsyaAllah nak edarkan flyers jugak sama seperti Shaklee Yatie.

 

Buat kawan-kawan yang nak mencuba Pekasam Daging, boleh hubungi Yatie untuk dapatkannya. Yatie juga buat COD tapi hanya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL. Kawasan sekitar boleh dipertimbangkan pada hujung minggu. Kalau dekat Padang Rengas, Kuala Kangsar boleh straight away call kakak ipar Yatie; Aieda Mohd Ali (01132279889). Dan POS 1 Malaysia. :)

Pekasam Daging boleh dimasak begitu sahaja mengikut resepi biasa (cara masak pekasam daging) atau masak pekasam daging petai, atau masak lemak pekasam daging atau buat lauk pantang. Haaa. Macam-macam boleh buat. Boleh dipelbagaikan cara memasak nya. :) Meh baca review dari customer Yatie; review pekasam daging.

Salam Sayang,
DYatie.

Sep 26, 2014

Iklan: Zaina B Cake House

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Salam Jumaat semua. Semoga Allah limpahkan kita dengan rahmat, kasih sayang dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Allahhummaaminn.

Iklan hari ini khas buat warga Perak sebab Zaina B Cake House ini dekat Ipoh, Perak. Pemilik Zainan B Cake House ni sebenarnya, 'Ibu' Arissa. Ala.. Ibu yang kalau boleh Yatie nak bawa je ikut pindah sekali ke KL jaga Arissa tu. Hehe. Sekarang ni, Ibu Arissa dah giat dalam perniagaan kek, roti dan biskut beliau. Alhamdulillah. Semoga perniagaan Ibu semakin berkembang. Aamiin.

Yatie letak gambar-gambar yang Ibu Arissa share dekat Facebook dulu ye. :)



tempahan 

KEK





CUPCAKE



ROTI




PIZZA


DECO HANTARAN



atau

Call/SMS/Whatsapp: 0125869516

untuk tempahan

Salam Sayang,
DYatie.

Sep 25, 2014

Iklan: Kapit Berperisa & Bangkit Cheese

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ada yang sedang cari biskut untuk Aidiladha minggu hadapan?

Jika jawapannya YA,

Anda boleh dapatkan Kuih Kapit Berperisa dan Bangkit Cheese ini sebagai kudapan Aidiladha.

(tengok gambar je Yatie dah terliur. huhu.)







Jangan berlengah untuk hubungi:

SAFIAH di talian 010-407 2044 sekarang!

Yatie jamin anda pasti akan berpuas hati sebab Yatie dah rasa sendiri Kuih Kapit dari Safiah.

Salam Sayang.
DYatie.

Sep 19, 2014

Q & A: Suai Kenal Dengan Meal Shakes

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


APA ITU MEAL SHAKES?

  • Makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic
  • Enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. 
  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. 
  • Pilihan protein soya terbaik anda. 
  • Menyediakan vitamin dan mineral penting - nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium

APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM MEAL SHAKES?



MEAL SHAKES DIPERBUAT DARI BAHAN APA?

Bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protien yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.


APAKAH RASA DAN WARNA NYA?

Berperisa French Vanilla dan ia berwarna putih krim. Tidak mengandungi perisa dan pewarna tiruan.


IA MENGANDUNGI GULA ATAU TIDAK?

Ya. Meal Shakes mengandungi gula dan ia dalam bentuk fruktosa yakni karbohidrat semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran. Gula dalam Meal Shakes diekstrak dari jagung.


ADAKAH IA MENGANDUNGI MALTODEXTRIN?

Ya. Meal Shakes mengandungi Maltodextrin dan ia juga dibuat secara semulajadi dari jagung. Ia berfungsi sebagai pengikat vitamin dan nutrien dalam Meal Shakes


ADAKAH GULA DAN MALTODEXTRIN DALAM MEAL SHAKES MERBAHAYA?

Tidak.


JUMLAH KALORI UNTUK SETIAP HIDANGAN MEAL SHAKES?

Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan sebelum dicampur dengan minuman lain.


KEBAIKAN DAN MANFAAT MEAL SHAKES?



  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium dan magnesium.
  • Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B, zat besi yang lengkap dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memberi kulit/wajah yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dari perut dan usus.
  • Penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.


SIAPA YANG DISARANKAN MINUM MEAL SHAKES?

  • Kanak-kanak yang sedang membesar (1 tahun ke atas mengikut sukatan yang ditetapkan)
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit, mudah demam, ekzema, asma
  • Kanak-kanak atau orang dewasa yang tiada selera makan
  • Pelajar sekolah
  • Ibu hamil 
  • Ibu menyusu
  • Mereka yang ingin menaikkan berat badan
  • Mereka yang ingin kulit cantik berseri
  • Mereka yang tidak boleh menelan pil (warga tua/orang sakit yang makan & minum melalui tiub)
  • Mereka yang inginkan makanan segera yang berkhasiat
  • Mereka yang sering keletihan dan kurang bermaya.


BERAPAKAH HARGA MEAL SHAKES?

RM113.75 per canister dengan berat 544gm


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKANNYA?

Hubungi pemilik dyatie[dot]com ;) hehe.

Sumber: Ummi
Info Lanjut: Meal Shakes, Bayi atau Kanak-Kanak Sembelit, dan Siapa Perlukan Meal Shakes.

September ini, ada promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 dan dengan pembelian promosi ini, 10% dari nilai belian anda akan disumbangkan kepada 2000 rumah kebajikan kanak-kanak. Nak tahu lebih lanjut tentang Meal Shakes, klik SINI.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Sep 18, 2014

Menemukan Khusyuk Yang Hilang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie nak 'park' dalam dyatie[dot]com dan kongsikan buat semua. Semoga bermanfaat. Sama-sama kita berusaha untuk menemukan khusyuk yang hilang.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Sumber FB: Cikgu Shaini

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.


Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal. Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah. Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah, hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.
Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)
Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini. Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung. Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? 
siapa kita yang sering ingin dipuji? 
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita? 
Siapa kita?…. Astaghfirullah.


13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata. Sujudlah…  sedarlah Allah…lalu pujilah Allah….


“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” 
(angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan. Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.


Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat. Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Salam sayang, 
DYatie.

Sep 17, 2014

NAB: Adik Babapp..

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Minggu lepas, Yatie ada sedikit conversation dengan Arissa tentang 'adik'. Arissa memang kononnya TAK NAK adik. Macam faham benar adik tu apa. Huuu. So..

Mak: Ica nak adik tak?
Arissa: Tak nak..
Mak: Kenapa?
Arissa: Nanti adik babap..
Mak: Hahaha.


Tadi, Arissa dengan ayahnya sembang. Ada something kot kat kaki Arissa.

Ayah: Kenapa ni? Siapa buat?
Arissa: Adikk..
Ayah: Haha. Adik buat? Yeke. 
Arissa: Adik gigit.
Ayah: Adik gigit? Adik ke bukan abang?
Arissa: Adik..
Bla. Bla. Bla. Bla. Bla.


Dan sekarang, Yatie faham dalam conversation pertama tu dia tak nak adik sebab adik babap. Haha. Adeh! Nampak sangat anak ku oh anak ku jenis pasrah orang buat apa kat dia. Tapi tak bagi muka kat mak ayah mak sedara nenek nak buli dia. Huhuhu.

Selamat malam semua.

Salam sayang,
DYatie.

Sep 16, 2014

NAB: Doa Makan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Alhamdulillah. Antara pencapaian Nur Arissa Batriesya kini. #2Y7M. Walaupun ada yang tak berapa jelas. Heee.

(akhirnya berjaya juga ambil video)
phew!~

Salam kasih sayang,
DYatie.

Sep 14, 2014

Siapa perlukan Meal Shakes?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Selamat hujung minggu buat semua. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini. Hujan rahmat pagi ini Alhamdulillah. Ambil peluang untuk berdoa. Doa mustajab. InsyaAllah. 


Sebelum itu, apakah Meal Shakes? 
  • ♥ makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic.
  • ♥ sumber protein, kalsium, vitamin dan minerals dalam badan.
  • ♥ sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi yang berkhasiat.
  • ♥ sesuai untuk semua golongan bermula dari bayi berumur setahun ke atas.
Siapa yang perlukan Meal Shakes?
  • ♥ Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas terutamanya bagi yang kurang selera makan atau yang sembelit atau pun kanak-kanak obesiti.
  • ♥ Semua golongan. (Ibu-ibu mengandung dan sedang menyusu, pesakit dlm proses pemulihan selepas pembedahan, mereka yang ingin kulit cantik dan ingin kekal sihat) .
  • ♥ Terutamanya buat mereka yang tak gemarkan suplemen dalam bentuk tablet.
  • ♥ Ia juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

September ini, ada promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 dan dengan pembelian promosi ini, 10% dari nilai belian anda akan disumbangkan kepada 2000 rumah kebajikan kanak-kanak. Nak tahu lebih lanjut tentang Meal Shakes, klik SINI.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Sep 11, 2014

Segmen Ben Ashaari; Impian Ku Seorang Blogger


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Yatie merajinkan diri untuk turut serta dalam segmen Ben Ashaari. 
^__^

Hai! Saya Yatie dan dah memegang jawatan sebagai seorang mak kepada seorang puteri bijak cantik solehah, Nur Arissa Batriesya.

Baru je register domain; dyatie[dot]com. d stand for dayang. Blog biasa-biasa sahaja yang bercerita tentang hal diri sendiri. By the way, anak terutamanya. Dan kini, intipati dyatie[dot]com juga dimuatkan dengan info kesihatan seiring dengan status Yatie sebagai Pengedar Sah Shaklee.

Impian Yatie Sebagai Seorang Blogger? Ok. Nak berjaya macam Ben Ashaari. Ini betul. Tak tipu. Hihihi. Apa pun, impian utama Yatie ialah nak menjadi seorang blogger yang menyumbang banyak ilmu bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

p/s: yatie malu nak cakap diri sendiri blogger sebab blog tahap udang geragau je. tapi, kalau dah ada blog sendiri maknanya blogger lah kan.

Salam Sayang,
DYatie.

Jom Beli Sambil Menderma

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.


♡ MEMBELI SAMBIL MENDERMA ♡

 ♥ MEAL SHAKES ♥

> makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic.
> sumber protein, kalsium, vitamin dan minerals dalam badan.
> sesuai untuk dijadikan hidangan sarapan pagi yang berkhasiat.
> sesuai untuk semua golongan bermula dari bayi berumur setahun ke atas.


 Dengan pembelian Meal Shakes Beli 3 Percuma 1, 10% dari nilai belian anda akan disumbangkan kepada 2000 rumah kebajikan kanak-kanak.

♡ September ♡

☆ Promosi Berkembar Shaklee
☆ Collagen Powder 6 + 1
☆ Meal Shakes 3 + 1
☆ Berjimat Untuk Kesihatan
☆ Berusaha Sihat Sambil Derma

#Shaklee
#CareForOurChildren 
#MyKasihFoundation
#LoveMyNeigbourhood

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Kolagen Untuk Keanjalan Kulit

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah-ruah buat kita semua. InsyaAllah.


Kalau terjumpa seorang wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, agak-agak korang akan nak tanya tak rahsia kejelitaan, kecantikan dan keanggunan beliau? Kalau tak tanya direct, Yatie yakin korang akan tanya dalam hati. Kan? Heee. Ok, jom kita baca kupasan dari Dr Siti Hawa Abd Karim dalam myMetro. :)

****************************************************
Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat­kan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran. 

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.

Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.

Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik. 

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. 

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya. 

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya. 

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dikatakan dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

****************************************************
So. Jika kawan-kawan sedang mencari produk berasaskan kolagen atau yang boleh membantu menghasilkan kolagen, sudah tentu Yatie cadangkan kawan-kawan untuk mengambil Collagen Powder Shaklee. Inilah masa yang sesuai untuk mencuba Collagen Powder Shaklee sebab sekarang tengah promosi Beli 6 Percuma 1. Penjimatan berganda-ganda jika anda juga mendaftar sebagai ahli.

Info lanjut tentang Collagen Powder: klik SINI dan SINI.


Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

NAB: 2 Tahun 7 Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dah lama tak cerita perkembangan anak bijak solehah Yatie; Nur Arissa Batriesya. Last cerita tentang dia masa masuk taska tempoh hari; Pagi Pertama di Nursery dan Apa Dia Kata Hari Pertama di Nursery. Hehe.

gambar ulang tayang
Perkembangan pada usia 2 tahun 7 bulan.

Berat: 11.8kg
Ketinggian: 88cm
BMI: 15.2

Alhamdulillah. Diizinkan Allah untuk Yatie melihat perkembangan Nur Arissa Batriesya setiap hari. Arissa membesar seiring dengan usianya. Semakin bijak dan petah dalam berkata-kata. Orang kata, 'panjang/banyak akal'.

Alhamdulillah. Setakat ini Arissa tak ada masalah nak ke taska. Walau dah cuti lama, Arissa pergi taska dengan ceria. Tak ada dah kes nangis nak masuk 'shulah' dia. Syukur. Cuma Arissa nangis bangun pagi. Hihihi. 

*macam blur pulak nak cerita perkembangan arissa*
jom tengok apa ada dalam insta



Oh ye. Arissa dah dua minggu bebas puting. Bak kata orang, bila dah tiba masanya pasti mudah untuk ceraikan anak dengan puting. Kalau orang tanya tips nak ceraikan puting dengan anak, Yatie pun tak tahu. Dan sekarang doa Yatie moga tak berlaku lagi insiden sebelum ini. Kes rindu puting; Mak Redha Wahai Anak.

Salam sayang,
DYatie.

Sep 10, 2014

Wordless Wednesday: 3 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

7 Bulan

1 tahun 7 bulan

2 tahun 7 bulan

7 bulan: 2012
1 tahun 7 bulan: 2013
2 tahun 7 bulan: 2014

Lama dah tak cerita perkembangan Nur Arissa Batriesya. Yatie selalu update dekat FB dan IG je. Untuk tatapan keluarga dan sahabat handai. Yang lain memang terkena tempias la. Heeee.

p/s: berkat mak save gambar yang ada dalam folder ikut umur. hahaha.

Salam sayang,
DYatie.

Bayi atau Kanak-Kanak Sembelit?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga perjalanan kehidupan kita untuk hari ini dan akan datang dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.


Sembelit? Arissa pernah kena sembelit sampai dia menangis meneran dan ada darah pada najis. Tapi Yatie tak pernah jumpa situasi Arissa sembelit sebab masa tu Yatie kan duduk KL. Ateh Arissa yang selalu terjumpa Arissa kena sembelit sebab Ateh cuti semester. Ateh Arissa cakap kesian tengok Arissa berak nangis-nangis. Huuuu. 

Tapi, Alhamdulillah setakat ini masalah sembelit Arissa mudah hilang hanya dengan makan buah. Kebiasaannya, Ayah Arissa bagi makan betik dan syukur Arissa memang suka makan betik. Jadi, tak ada masalah. Najis kadang-kadang dah rupa betik lenyek. Hee. (Maaf jika anda terasa mual dengan perenggan pertama ini. Huhu.)

Jadi, Yatie nak kongsikan apa yang Yatie baca dekat blog Dr Zubaidi. Jom sama-sama kita tambah ilmu kita sebagai mak dan ayah yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah.

Sembelit bukan lah penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. Malah jika 3 hari sekali pun masih dikira normal jika bayi atau kanak-kanak itu tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit. 

Tanda-tandanya sembelit:
  • Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar. 
  • Kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu kesakitan dan kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. 
  • Najis mereka akan kelihatan keras, kering, dan berbiji-biji. 
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.
  • Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang 3kali dalam seminggu
  • Bayi atau kanak-kanak tidak selera makan 
  • Perut menjadi kembung

Apakah punca berlakunya sembelit?
  • Antara punca utama ialah pemberian susu formula. Ini kerana susu formula sukar untuk dihadamkan dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.
  • Bayi yang sudah diberi makan separuh pejal. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang ingin diberikan mestilah lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air semasa persediaan makanan tersebut.
  • Bayi dan kanak-kanak yang kurang minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan/dehidrasi.
  • Kecacatan sejak lahir dimana lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Bagi mengatasi masalah ini segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai supaya masalah sembelit ini tidak lagi berulang.

Cara-cara yang kita boleh buat ketika anak mengalami sembelit;
  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal di udara. Ini boleh merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang sesuai dan mintalah nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang air besar.
  • Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas boleh berikan mereka jus buah-buahan seperti tembikai atau betik. Jus betik sangat baik untuk mereka kerana mempunyai banyak serat dan mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
  • Sekiranya cara-cara di atas telah dilakukan tetapi masih mengalami masalah sembelit, bolehlah menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda mengikut umur bayi atau kanak-kanak tersebut.

sumber: Dr Zubaidi

Selain itu, InsyaAllah Meal Shakes Shaklee juga boleh membantu. Tetapi Meal Shakes hanya untuk bayi berusia satu tahun dan ke atas. Mak Yatie yang umur 51 tahun pun boleh minum. Tak ada masalah. Kenapa? Sebab Meal Shakes kaya dengan serat dan boleh membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan juga bahan buangan dari kolon perut. Walaubagaimanapun, pemberian suplemen perlu seiring dengan jumlah pengambilan air masak yang mencukupi atau lebih dari biasa.

Nak tahu lebih lanjut tentang Meal Shakes Shaklee; klik SINI.

Dan jangan lupa, promosi Meal Shakes Beli 3 Percuma 1 masih berlangsung; klik SINI.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Resepi: Ikan Celup Tepung

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, InsyaAllah. ♡

Hari ni Yatie nak kongsi dengan semua resepi mudah dan ringkas. Masak-memasak yang ringkas dan mudah memang favorite Yatie. Lagi pulak untuk masak makan malam kan. Sup sap sui aje. Heeeee.

Sebenarnya, banyak resepi yang Yatie jumpa tetapi kebanyakannya ada letak kapur. Yatie tak ada kapur. Huhu. Kapur ni bertujuan untuk bagi tepung garing. Last, jumpa resepi kak dayang. ;)


Bahan-bahan:
Ikan kembung
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk dari peti ais (+/-)
1 sudu besar marjerin
Garam
Serbuk Kunyit

Caranya:
Blend aje semua bahan kecuali ikan hingga sebati. Pastikan batter tidak terlalu pekat atau cair. Sediakan minyak dan panaskan kemudian goreng. Dah masak, tos dan hidang. Makan panas-panas dengan nasi putih atau sos cili itu sangat mengancam. Rasa makan ICT kat Ganu. Haha.


Budak bijak solehah dalam gambar ni apa lagi. Seronok makan batter tu krup krap krup krap. Gambar dekat atas ni ambil masa Yatie tengah ambil gambar ikan. "Isya nak ugak. Isya nak ugak." Peace kononnya tapi tak pandang kamera. Aptb! Hehe.

So? Selamat mencuba dan selamat memasak untuk keluarga tercinta!

Salam sayang,
DYatie.

Sep 9, 2014

Gabungan Ramuan Collagen Powder

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semoga semua yang singgah di dyatie[dot]com dilimpahkan dengan rahmat, kasih sayang dan rezeki yang melimpah-ruah. Aamiin. Seperti yang Yatie pernah janjikan di SINI, Yatie nak berkongsi dengan semua ramuan yang terdapat dalam Collagen Powder yang menjadikan Collagen Power Shaklee istimewa dan lain dari yang lain.

♥ Kolagen dari sisik ikan merah ♥

 

~ sumber kolagen premium
~ kadar penyerapan tinggi berbanding dengan kolagen dari haiwan


♥ Ekstrak biji Camellia Japonica ♥

 

~ mengandungi asid oleik iaitu emolion dan pelembap kulit yang hebat dan isoflavon semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas


♥ Ekstrak Plaffia ♥

 

~ gabungan dengan ekstrak biji Camellia Japonica membantu formasi kolagen & asod hyaluronic
~ asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk kulit lembut, lembap dan licin


♥ Elastin kolagen ikan ♥

 

~mengekalkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti kulit


♥ Vitamin C ♥

 
~ menggalakkan penghasilan kolagen
~ menentang radikal bebas yang merosakkan kulit


♥ Vitamin B ♥

 
  • turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel badan

♥ Ekstrak Kekerang ♥

 

~ glucosamine penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelinciri kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata


♥ Lactobacillus Acidophilus ♥

 

~ membantu mengimbangi mikroflora usus
~ membantu membina semula sistem usus yang sihat
~ mampu meningkatkan penyerapan kolagen


Gabungan 7 ramuan semulajadi ini menjadikan Collagen Powder Shaklee merupakan collagen yang istimewa dan mempertingkatkan lagi keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan luar dalam. Dan, untuk makluman kawan-kawan sekarang merupakan masa terbaik untuk mencuba Collagen Powder kerana September merupakan bulan promosi Colllagen Powder. Beli 1 boleh, beli 6 lagi boleh lah boleh! ;)


Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Sep 8, 2014

Keperluan Nutrisi Ibu Menyusu

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Semoga teman sekalian dilimpahi dengan kasih sayang dan rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah. Allahhummaamiin. Hari ini Yatie akan kongsikan tentang NUTRISI yang diperlukan oleh seorang ibu yang menyusukan anak. Semoga bermanfaat buat semua. :)

Kita sedia maklum, ada banyak kebaikan menyusu badan. Ibu menyusu yang mendapat makanan dengan nutrisi yang mencukupi tidak perlu risau mengenai keperluan nutrisi bayi kerana bayi memerlukan nutrisi yang akan membantu tumbesaran dan kesihatannya. 

Ibu menyusu sebenarnya perlu menambah sedikit kalori pemakanan sekitar 400 - 500 kalori sehari untuk membekalkan tenaga.  Ia boleh diperoleh dari sekeping roti bijirin penuh dengan sesudu kacang, sebiji pisang atau epal atau yogurt tanpa lemak.

Jom kita lihat keperluan nutrisi ibu menyusu.

♥ DHA
  • Ia merupakan asid lelemak Omega-3 yang paling banyak dalam susu ibu.
  • DHA Penting untuk perkembangan optimum mata, otak dan jantung bayi.
  • Kajian juga menunjukkan DHA mempunyai peranan dalam mencegah kemurungan selepas bersalin.
  • Sumber: salmon, hering serta makanan (telur, bijirin, roti) yang diperkaya dengan DHA.
♥ KALSIUM BERSAMA VITAMIN D
  • Wanita berumur 20 tahun ke atas perlu mengambil 1000mg kalsium setiap hari.
  • Jumlah ini bersamaan dengan tiga gelas susu, tiga cawan yogurt, atau tiga gelas susu soya yang diperkaya dengan vitamin D atau jus oren.
  • Vitamin D sangat penting untuk membantu penyerapan kalsium secara betul dan berkesan.
  • Sumber: produk tenusu rendah lemak, yogurt, susu, keju.
♥ ASID FOLIK
  • Bayi masih memerlukan asid folik sama seperti di awal kehamilan.
  • Sumber: asparagus, bayam, brokoli, kubis dan brussels sprouts.
♥ VITAMIN C
  • Membantu penyerapan zat besi oleh badan.
  • Sumber: Strawberi, buah-buahan sitrus, lada benggala atau tomato.
♥ AIR
  • Minum air sekerap mungkin unuk elak hidrasi.
  • Jika air kencing berwarna kuning pekat, itu tandanya kekurangan pengambilan air.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, susu, jus atau sup sehari namun elakkan jus dan minuman bergula kerana ia boleh menambahkan berat badan.
  • Sediakan segelas air disisi semasa menyusu dan adalah lebih baik jika minum segelas air dahulu sebelum menyusukan anak.
Dan buat mereka yang hendak atau sedang berusaha menyusukan anak sehingga usia 2 tahun, pastikan tubuh badan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi untuk diri sendiri dan anak. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk memastikan nutrisi dalam badan seorang ibu sudah mencukupi atau sebaliknya. Oleh yang demikian, Shaklee ada suplemen yang boleh membantu melengkapi nutrisi dalam badan. Ingat! Suplemen bukan pengganti makanan tetapi makanan tambahan. 

Berikut merupakan suplemen yang terdapat dalam Set Menyusu 3M Shaklee;


♥ Vita-C Plus
  • Penting untuk mengoptimumkan sistem imun ibu dan bayi disamping membantu dalam penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik dan sihat.
B-Complex
  • Penting untuk memastikan perkembangan saraf yang sempurna untuk bayi disamping memastikan kesihatan mulut, mata dan kulit ibu serta bayi. Ia turut membantu dalam penghasilan tenaga dan darah.
♥ ESP
  • Isoflavone yang terkandung dalam ESP bertindak sebagai hormon estrogen yang membantu meningkatkan penghasilan susu. 
♥ Alfalfa Complex
  • Telah digunakan sekian lama secara tradisional oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu selain bagus untuk kesihatan buah pinggan dan merendahkan kandungan kolestrol.
♥ Vita-Lea
  • Penting untuk ibu dan bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bagi memastikan kesihatan yang sempurna dari segala aspek.
♥ Ostematrix / Kalsium
  • Penting untuk gigi dan tulang ibu. Susu yang diberikan kepada bayi mengandungi kalsium yang tinggi dan adalah penting bagi seorang ibu untuk memastikan keperluan kalsium mencukupi untuk dirinya dan juga bayi.
Buat para ibu, jangan pernah putus asa dalam memberikan yang terbaik untuk anak. Semoga segala yang diusahakan berhasil dan diredhai oleh Allah SWT. Kita berusaha, kemudian berdoa dan selebihnya kita serahkan kepada Dia yang Maha Berkuasa. Semoga dipermudahkan urusan kalian untuk menyusukan anak sehingga usia 2 tahun. Allahhummaamiin.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berhubung produk ini atau mahu mendapatkannya, hubungi Yatie sekarang. Konsultansi eksklusif dan percuma sepanjang hayat buat para pelanggan Yatie. Jika anda mahu penjimatan sehingga 25%, Yatie menjemput anda untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan yuran seumur hidup berjumlah RM65 sahaja. Ada banyak lagi tawaran istimewa setelah menjadi ahli. 

SID: 1132971
WeChat: DYatie7786
Emel: dayang86@gmail.com
SMS/Whatsapp/Telegram: +6019 460 3069

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Blog design by Rainy Day