August 5, 2014

Punca Haid Tidak Teratur

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Kitaran haid korang macam mana? Ok ke? Sekata? Yatie setakat ini, Alhamdulillah. Tadi, Yatie saja la baca tentang punca haid yang tidak teratur. Dan, artikel ini sangat menarik dan mudah untuk difahami. Jadi Yatie kongsikan disini untuk pengetahuan kita bersama. Ada beberapa yang Yatie highlight untuk perhatian kita.

*******************************************************************

KEDATANGAN haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari.

Manakala pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari. Kitaran haid terbahagi kepada dua fasa, iaitu folikular (permulaan pendarahan hingga ovulasi berlaku) dan proliferatif (selepas ovulasi). Perubahan corak kitaran haid berpunca daripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Tanpa ovulasi, haid biasanya tidak berlaku. Namun dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tidak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak. Bahkan, masalah berat badan yang terlalu kurus atau gemuk antara faktor lazim yang mengganggu proses ovulasi, selain gangguan emosi, tekanan, tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan turut menyebabkan kitaran haid tidak teratur.

Malah kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit atau sebaliknya. Pernah mengalami haid, walaupun sekali, bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari (yang mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron) serta laluan keluar (vagina) yang telus.

Ramai menyangka haid yang jarang berlaku disebabkan saluran fallopio tersumbat. Sebenarnya masalah ini berkait rapat dengan hormon, bukan struktur laluan haid. Menurut Dr Adilah lagi, oleh kerana kitaran haid tidak teratur berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur, ia secara tidak langsung menjadi petanda wanita berkenaan mengalami masalah kesuburan.

Ini kerana jika tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid, bermakna tiada peluang untuk hamil pada pusingan berkenaan. Pada golongan ini, ovulasi hanya berlaku pada pusingan tertentu, malah ada kemungkinan ovulasi berlaku sangat jarang atau tidak terjadi langsung.

Bagaimanapun, haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan. Anggapan haid tersekat (jarang berlaku) boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah salah. Sebaliknya, berat badan berlebihan atau terlalu kurus menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).

Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Rawatan paling popular adalah rawatan jangka pendek menggunakan hormon estrogen dan progesteron untuk mengembalikan haid. Bagi mereka yang lama tiada haid, pil hormon progesteron boleh diambil untuk beberapa hari. Manakala pil hormon berkombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progesteron) diambil oleh wanita yang haidnya tidak menentu dan mengalami pendarahan banyak. Pil ini bertindak seperti hormon, iaitu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium.

Rawatan selanjutnya pula akan diberi mengikut punca masalah dan keperluan setiap individu. Contohnya bagi wanita yang mengalami masalah berat badan, doktor akan merancang corak pemakanan dan senaman untuk mereka. Manakala bagi wanita belum berkahwin atau tidak mahu anak, pil hormon berkombinasi perlu diambil untuk beberapa bulan. Wanita yang mengalami masalah untuk hamil pula disaran menjalani rawatan kesuburan bagi merangsang pengeluaran telur serta ubat sampingan.

Kesan sampingan berbeza mengikut jenis rawatan dan pengambilan hormon kesuburan boleh menyebabkan lebih satu telur dikeluarkan dan risiko mendapat kehamilan kembar (dua atau lebih) boleh berlaku. Pengambilan pil hormon biasanya menyebabkan rasa loya dan pening. Penghidap PCOS pula berdepan risiko mendapat ovarian hyperstimulation syndrome. Segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal termasuk tekanan darah, berat badan, ketinggian, kelenjar tiroid, dada dan abdomen.

Bagi wanita yang melakukan hubungan seks, pemeriksaan dalaman juga boleh dilakukan seperti ultrasound ke atas rahim dan ovari serta ujian darah. Ini untuk memastikan gangguan ini bukan disebabkan penyakit lain.

Sumber Dr Adilah Ahmat - Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI)

*******************************************************************

Yatie tahu, ada yang masih tidak bersedian untuk berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan terperinci. Disini, Yatie cadangkan anda untuk mendapatkan GLA Complex Shaklee. GLA Complex sebenarnya EPO (Evening Primrose Oil) tetapi GLA Shaklee mengandungi 2 kali ganda Gamma Linolenic Acid, 3 kali ganda bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. InsyaAllah. 


GLA merupakan bahan binaan Prostaglandin. Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan yang penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

sumber: superbvitamin

testimoni GLA Complex 1

testimoni GLA Complex 2
Jika anda berminat untuk mendapatkan GLA Complex Shaklee, boleh contact Yatie;

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day