July 23, 2014

Resepi: Kacang Terrrr

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Hari ni Yatie nak share resepi yang sangat mudah dan ringkas; Kacang Terrr. Kacang Terrr ni sangat sesuai untuk dijadikan salah satu hidangan raya bersama dengan kerepek, maruku dsb. Tapi, tak raya pun boleh. Buat kudap depan tv macam Yatie. Lepas tu kecoh jerawat naik. Aptb. Heee.

Resepi Kacang Terr
Sumber: Sis Jamayah

1 kilo kacang tanah yang tak berkulit
2 labu bawang putih
50 gm buah keras
4 sudu kecil garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cili padi
Daun kari
Ikan bilis; cuci dan keringkan

Cara membuat:
  1. Rendam kacang dalam air panas hingga kembang kemudian tus.
  2. Tumbuk kasar bawang putih.
  3. Tumbuk hancur buah karas.
  4. Gaul semua bahan yang telah ditumbuk serta garam dan serbuk perasa ke dalam kacang dan biarkan seketika untuk mesra.
  5. Goreng ikan bilis terlebih dahulu dan ketepikan.
  6. Goreng daun kari dan cili padi yang telah dipotong dan ketepikan.
  7. Seterusnya, goreng kacang. Jangan goreng dengan api yang kuat sangat sebab takut dalam tak masak.
  8. Dah siap. Gaulkan semuanya.
  9. Makan!
SSenang je kan? Simple sangat. Sembang dengan orang office, eh eh. Masing-masing nak order. Takut mak. Takut tak menjadi. Wakakaka. Tak ready lagi kekdahnya. Lepas raya, InsyaAllah.

Ok then. Selamat mencuba sis Azrine. Hehe. Exclusive Uollss. ;) Selamat mencuba kawan-kawan. Semoga boleh tambah idea untuk hidangan raya. (Ada anak kecik yang simple2 je la mudah). Hehehe.

Yatie tak potong cili sebab Arissa makan juga. Naya oi kot tergigit cili. Huuuu.

XOXO,
Mak Arissa. 

3 comments

  1. tq dik..tq sesangat..
    husb akk suka snagat nih..
    alahai tak saba nak buat untuk dia

    ReplyDelete
  2. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day