Pages

Jul 24, 2014

Resepi: Kerepek Ketam

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

Nak share lagi resepi mudah dan ringkas untuk raya ni. Mudah-mudah pun 'perang' juga dengan Arissa sebab dia pun nak join. HewHewHew.

Resepi Kerepek Ketam
Sumber: Sis Jamayah

Bahan Bahanya:

  • 2 Bungkus Stick Ketam
  • 1 Sudu Kecil serbuk cukup rasa
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk lada puteh atau hitam
  • 1/2 Sudu Kecil serbuk kari
  • 3 Tangkai Daun Kari
  • Minyak untuk Mengoreng

Cara Cara Membuatnya:

  1. Keluarkan stick dari plastik dan rendam sekejap.
  2. Tos, picit dan koyak halus (Yatie potong atas papan halus-halus. hehe.)
  3. Gaul stick yang telah dikoyakkan dengan serbuk cukup rasa, serbuk lada, serbuk kari dan tabur daun kari. (Yatie masukkan lada berperisa, serbuk kari dan daun kari je)
  4. Kalau cuaca panas, boleh jemur. Tak jemur pun tak pe.
  5. Goreng hingga kuning dan rangup.
  6. Tos minyak dan ngap!

Haaa.. amacam? Senang kan? Balik kerja jap lagi korang dah boleh buat. Boleh buat tambah satu lagi ole-ole balik kampung. Betul tak? Heeee. So, selamat mencuba uols! :)


XOXO,
Mak Arissa.

2 comments

Ibu Dilah said...

Wah.. senang nye mak arissa.. pasti sedap... kalo ada masa mcm nak buat jugak.. tpppp.. bila masa pulak nak pi cari ketam stick tu.. adohaiii...;)

CikNaa said...

amboi.. kerepek aje ni.sedap ke yatie?

Blog design by Rainy Day