July 21, 2014

Real Life Begin..

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalammualaikum. Hai.


Semalam adik Yatie balik Sarawak. Lebih kurang 7 bulan dia duduk dengan Yatie jaga Arissa. Menangis jugak lah Yatie ni selain sedih tak balik raya, sedih dah tak ada geng. Sobs! Tau semalam buruk nau rupa nangis depan adik sambil cakap terima kasih. Hahaha. 

Sepanjang 7 bulan ni, adik Yatie banyak sangat membantu. Bukan sekadar jaga adik tapi juga uruskan rumah walaupun kena senaraikan apa perlu dibuat. Haha. Yatie kan baru je duduk balik suami dan anak Disember lepas setelah 1 tahun 4 bulan duduk bujang. Yatie memang berusaha nak sesuaikan diri balik. Dan pertolongan adik sangat dihargai.

Bukanlah semua dia buat pun tapi ya, at least dalam tak sempat buat dia akan tolong buat. Contoh bangun pagi dah lambat tak sempat plus malas nak iron baju. Boleh bagi kat dia minta tolong. Haha. Macam time sekarang ni, boleh juga whatsapp dia minta tolong keluarkan ayam ikan dan kupas bawang. Gittew. Masa demam tempoh hari pun, dia juga yang tolong masak. 

Ude balik kampung
So, bila dia balik semalam; kehidupan sebenar Yatie bermula. Kena sesuaikan diri balik. Kena buat semua sorang. Eh? Takk. Hehe. Kecik ati stalker ai nanti. Udah tentu ayah Arissa yang banyak juga tolong. Macam sebelum ni, ayah Arissa memang akan tolong laundry. Alhamdulillah. Ringan sikit beban kat bahu. Eh? Poyo. Hahaha. Orang lain lagi la sensorang uruskan. Kannn? HewHewHew.

Arissa masa Ude dia dah check in. Dia dok cakap "nak ikut. nak ikut." Tapi tak nangis pun. Haha. Bila balik rumah pun, dia macam tau yang Ude dia memang tak ada. Tak macam selalu masuk rumah je panggil ude sambil cari kat setiap ceruk rumah. Huuu. Yatie tanya Ude dia mana pun dia jawab "ude g umah aki" atau "umah aki". Tetapi, masa nak berbuka tengah baca doa dia tanya "ude ude? ude ude?" Yatie yang sentap nak nangis tau. Aptb! Tapi lepas tu ok je. 

Alhamdulillah. Selamat semuanya. Dan semoga Allah melindungi Arissa juga sepanjang duduk di taska. Setiap kali gerak ke taska, Yatie akan ajak dia berdoa "Ya Allah, lembutkanlah hati Nur Arissa Batriesya untuk ke sekolah. Ya Allah, lindungilah Arissa dari sebarang musibah dan perbuatan yang tidak baik". Dia dengar je baik dia dulu amin. Hehehe. Lega juga sebab dia dah ok sangat nak pergi sekolah sekarang. Drama pagi-pagi tu normal. Tapi tak ada nak nangis-nangis dah. Heee.

Ahad lepas, buat Kacang Terr untuk adik bawa balik. Tah pa pe je baru nak teringat nak buat. Sempat buat satu kilo aje. Pencinta kacang macam Yatie memang happy lah oi. Sedap! Haha. (matik la puji kacang sendiri masak). InsyaAllah malam ni nak buat lagi. Untuk kat Ipoh. Pagi tadi, sempat goreng Kerepek Ketam. Phew!~ Nasib baik la sempat. Goreng tak banyak pun. Dah Arissa bawa separuh ke sekolah. Dia makan tak berenti kot. Siap marah kita nak simpan. Pfft!~

Kacang Terr

Kerepek Ketam
Yatie rancang nak buat Kacang Terrr dan Kerepek Ketam ni untuk dijual lepas raya nanti. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan. Ramai yang tegur Yatie sekarang ni. Kemain aktif katanya. Haha. Entahlah ek. Yatie rasa sekarang Yatie happy buat bisnes (bisnes weh. macam beso je. walhal kecil-kecilan je. haha.) Mungkin nak fokus kat sekolah Ayah Arissa dan Flat. Heee. Konon je ni tau. Jangan angan-angan mat jenin sudah. Bahahaha. Korang nak ke beli kat Yatie? Hihihi.

Ok lah. Sekian bebelan ku. 

p/s: jangan lupa untuk terus mendoakan keselamatan mereka yang berada di Gaza, dan kemenangan Gaza. semoga jua yang terlibat dalam nahas MH17 ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. semoga jua Ramadhan kali ini membawa kita kepada perkara yang lebih baik.

XOXO,
Mak Arissa.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day