July 23, 2014

Kita Sediakan Pakaian Raya, Mereka Sediakan Kain Kapan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Tadi ada motivasi bulanan jabatan dan sekali majlis ucapan raya. Dah nak raya ni kan. Hehe. Sebenarnya, kalau ikut bulan Islam Yatie dah 2 tahun dah dekat sini. Oh tak sabarnya nak tunggu 3 tahun. Haha. Ok. Ok. Tak nak merapu. Tajuk kali ni panjang. Yatie petik dari ucapan TKP sebentar tadi. 

Yatie tahu dekat FB pun rasanya ada juga yang share lebih kurang ayat kat tajuk tu. Cuma bila TKP cakap tadi Yatie rasa sentap pulak. Maklumlah, suara TKP pun sebak lepas tu dengan lagu raya sebagai latar belakang dan Yatie pulak tak balik Sarawak. Haha. Ok berkait-kait lah sebenarnya dan sememangnya Yatie agak terkesan dengan ayat ni. :')

Yatie tahu, ramai yang disekeliling Yatie menyambut hari raya tahun ni dalam keadaan yang sangat sederhana berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Apatah lagi dengan keadaan rakyat di Palestine dan terbaru kes MH17. Tak lupa kes MH370 yang masih lagi belum selesai hingga kini. Allahhu. Berat rasanya dugaan yang mereka perlu tanggung. Tapi Allah tidak akan uji melebihi kemampuan. Tak gitu? :)

Tapi betulkan. Dalam keghairahan kita mencari pakaian raya, mereka disana menyediakan kain kapan. Yatie selalu cuba membayangkan diri Yatie jika berada di tempat mereka. Yatie pasti akan dihambat rasa ketakutan yang amat sangat. Bila-bila masa bom boleh jatuh tempat Yatie tengah berdiri atau duduk atau baring. Allahhu. Tapi Yatie yakin mereka sebenarnya dah bersedia juga untuk kembali kepada Allah SWT.

Kawan office Yatie pula diuji awal Ramadhan hari tu, suami dia kemalangan. Putus ligamen. 3 bulan kaki tak boleh pijak lantai. Tak boleh buat apa. Kencing berak kena orang tolong. Anak perempuan dia pula terpaksa hantar balik kampung. Semalam bila dia cerita nampak air mata dia bergenang. Gaji suami dia pun sepanjang cuti sakit tak sampai separuh dari biasa yang selalu OT. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Katanya, baju anak pun dia tak beli langsung kali ini.

Masing-masing kita diuji dengan ujian yang mampu kita tanggung. Yatie sekeluarga juga tak terlepas dengan ujian Allah. Suami yang selalu pesan, "redhalah. Allah tahu kita mampu. sebab itu Allah uji dengan cara begini." Jadi, selalulah berpesan-pesan sesama kita untuk menerima sesuatu dengan hati terbuka dan berlapang dada. Semoga Allah redha dan merahmati kehidupan kita.

XOXO,
Mak Arissa. 

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day