July 26, 2014

Hai Selamat Hari Raya

Kami Semua Ucapkan
Sila Nikmati Hidangan
Yang Kami Sediakan

Ewahhh!
Heeee.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalammualaikum. Hai.

Yatie bersiaran di 'kampung' suami sekarang. Jam 10.30 pagi semalam kami dah sampai. Alhamdulillah. Perjalanan lancar. Tak ada istilah kesesakan lalu lintas. Kami gerak dari rumah lebih kurang jam 7.30 pagi. Terlewat 1 jam dari sasaran. Huuu. Malam tadi tidur ayam sebab kukus kek untuk bawa balik. 

Di kesempatan ini, Yatie nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Yatie sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala khilaf; terlanjur kata, tersilap bicara dan terkasar perbuatan. Baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yang sebaliknya adalah dari diri Yatie sendiri.

Semoga Ramadhan yang bakal berlalu telah menjadikan diri kita seorang hamba yang lebih baik dari sebelum ini. Semoga juga Syawal yang bakal tiba memberikan sejuta kebahagiaan buat kita semua.

Salam Ramadhan.
Salam Aidilfitri.

p/s: bagi yang masih dalam dan akan memulakan perjalanan, Yatie doakan agar semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. semoga semuanya lancar dan selamat sampai ke destinasi.

XOXO,
Mak Arissa. 

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day