July 18, 2014

Baju Raya

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Dari semalam buka new post tapi tak sempat. Sibuk katanya. Huhu. Korang dah beli baju raya? Uiii. Ramai yang dah beli kan? Best betul tengok masing-masing post kt fb kat insta kat blog. Sampai Yatie musykil kat diri sendiri - dah kenapa taun ni aku macam tak raya. Pfftt!~

Tapi, tahun ni masalahnya mata ni selalu je tak berkenan dengan baju-baju. Setiap kali sales Yatie ajak juga husb pergi jengah tapi lepas tu balik tak bawa apa. Rasa macam design yang ada sama je macam taun lepas. Dulu Yatie ingatkan baju anak gugurl senang sambar je tapi bila umur Arissa sekarang Yatie berkenan dengan yang tahap kids punya baju. Arissa lak tak muat lagi kekdahnya. Haha. Manusia. Gitu la. =P

Selasa lepas pergi juga cari. Cuti Umum kan. Ambil kesempatan. Pukul 9 dah keluar rumah pergi Klang. Haha. GM Klang. Nak cari baju mak cari baju anak. Ayahnya dah cakap nak guna baju yang mana ada je. Harap muat lagi la. KahKahKah. Tahun ni Yatie tak tempah pun macam tahun lepas. Tak jenguk pun Jakel. Aptb! Oh ye. Tahun ni tak ada siapa pun bagi Yatie kain. Haish! Hahahaha. Tak pernah beli kain sendiri. Huu.

Baju Arissa macam dah settle. Cukup la tahun ni satu baju untuk raya pertama. Lepas tu semua kasual. Ha.. satu lagi. Masalah Yatie ni. Tak berkenan Arissa pakai gown. Suka dia pakai t-shirt dengan jeans atau pun dress legging macam tu. Tak tahu la kenapa. Arissa tak banyak dress kembang. Tak tahulah kenapa. Kesian Arissa 'terkenan' emaknya yang tak reti bergaya ni. Menurun ke anak. Haha.

Yatie? Pakai baju lama pun Yatie ok. Plus rasanya tak ada ke mana-mana sangat pun. Keluarga husband kecil comel je. Jadi nak bertandang berkunjung tu pun tak berapa banyak. Hehe. So, just beli baju untuk sedondon sikit ngan Arissa dan ayah nya InsyaAllah.

Kadang-kadang rasa dah tua. Hahaha. Sebab feel raya dah tak berapa nak ada. Tak macam dulu kala. Sekarang yang penting pakaian anak ada. Biskut kegemaran anak dah beli. Dah cukup lega dah. Haha.

Ok lah. Sekian entri tak berilmiah dari ku. Muehehehe.

Oh ye. Buat mereka yang nak jaga kesihatan dan sayangkan jantung tapi nak yang bajet aje. Berikut merupakan set MAMPU MILIK dari Yatie.


Lecithin - bantu untuk bakar lemak
Alfalfa - bantu angkut keluar lemak
Garlic - buang angin dan bantu cairkan darah.
Herb Lax - bantu bersihkan usus.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

2 comments

  1. Seronok shopping kat gm klang kan..bnyk pilihan...

    ReplyDelete
  2. yatie,

    hahahha..tau tak adik aku penah tanya..
    Long, nanti nak dress up Dahlia rock kapak ke girly2?

    hahahhaa..sbb mami Dahlia is rock kapak punya org...huhuhu..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day