June 20, 2014

Tips Kesuburan Untuk Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai. Salam Jumaat. :)

Dalam mencari info tentang kesuburan, Yatie terjumpa Empat Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki. Apa dia empat cara tu? 

Pertama: 
Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan

Kedua: 
Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Ketiga: 
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Keempat: 
Dapatkan Khidmat Pakar

Sumber: firdausaziz[dot]my yang di'cited' dari How To Increase Fertility in Men



Nampak tak yang apa yang di'highlight' oleh penulis: Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10

Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 


Vitamin E - Berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Kandungan Vita-E yang turut mengandungi selenium membantu hubungan seksual lelaki yang mana lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Kesimpulannya ia membantu meningkatkan kualiti sperma serta turut menambahkan bilangan sperma.


Coenzyme Q10 - Antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan. Ia dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.

Sumber: Superbvitamin

Dalam Set Kesuburan Suami Isteri, Yatie mencadangkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesuburan lelaki. Jika ada ekstra bajet boleh juga ambil Vitamin C, Vitamin E dan CoQ 10. Antioksidan ni bagus untuk tubuh badan kita sebab; 
  • melindungi tubuh dari kanser
  • melambatkan penuaan
  • melindungi tubuh dari penyakit kardiovaskular
  • membantu mengurangkan proses penyakit Alzheimir
  • membantu tubuh untuk detoks
  • merendahkan paras kolestrol
  • melindungi tubuh dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok

Sejauh mana kebenaran Vitamin E tu? Ok meh baca:

Satu kajian telah dijalankan di sebuah ‘Infertlity Centre’ di Iran oleh Mohammad K Moslemi dan juga kajian oleh Samaneh Tavanbakhsh dari Jabatan Urologi, Fakulti Perubatan di Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran yang pada tahun 2011 melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.

Sumber: celikvitamin[dot]com yang di'cited' dari International Journal of General Medicine


Ada banyak lagi khasiat Vitamin E yang boleh dibaca dekat link di bawah:

Dan untuk pengetahuan, promosi Vita-E Shaklee Beli 6 Percuma 1 masih berlangsung dan akan tamat 10 hari lagi. Rebut juga peluang berjimat dengan Free Membership & Cash Rebate dari Shaklee. Lebih details boleh baca dekat sini; Tawaran Free Membership & Cash Rebate.

Akhir sekali, Yatie kongsikan juga doa untuk mendapatkan zuriat;

 رَبِّ لاَتَذَرْنِى فَرْدًاوَأَنْتَ خَيْرُاْلوَارِثِيْنَ

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً،إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكاَفِ وَالنُّونِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئًاأَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

 Maksudnya :
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi (Surah Al-Anbiya' ayat 89)

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan (Surah Ali Imran ayat 38)
Maha suci Tuhan yang urusannya antara "Kaf" dan "Nun"
Maha suci Tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah", maka akan jadilah.


Seperti biasa, jangan malu jangan segan untuk hubungi Yatie jika nak mendapatkan suplemen kesihatan Shaklee. Tips eksklusif dan percuma untuk semua yang membeli dengan Yatie. InsyaAllah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day