June 8, 2014

Shaklee: Set Kesuburan Suami Isteri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semasa bujang, soalan yang sering diajukan ialah 'bila nak kahwin'. Bila dah kahwin, ditanya pula 'bila lagi nak dapat anak'. Alhamdulillah, Yatie tak menunggu lama untuk hamil. Saat-saat mengetahui yang diri ini hamil memang tak akan pernah Yatie lupakan. (kamu hamil!) Masa tu saya dah 6 minggu. :)

Yatie tahu disekeliling Yatie ada beberapa orang saudara dan kawan terdekat dengan Yatie masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat. Satu je yang Yatie boleh buat iaitu mendoakan; "semoga Allah perkenan usaha kalian dan Allah anugerahkan kalian anak penyejuk di mata penawar di hati." Allahhummaamiin.

Ada banyak tips untuk hamil yang dikongsikan dan saya pasti ramai yang mencuba tips-tips yang diberi. Doa Yatie, semoga Allah perkenan jua. Teruskan berusaha. Rohani. Jasmani. Usaha. Doa. Tawakal.


Kenal Dr. Hamid Arshat? Dr. Hamid Arshat ni Pakar Sakit Puan. Yatie suka baca perkongsian Dr. Hamid Arshat dan Dr. Zubaidi. Hee. Ok. Yatie straight to the point ye. Tengok yang dah dah digariskan dengan warna merah. Baca juga yang lain tau. Nasihat baik tu. :)

"makan supplemen2 multivitamin, Vit E, Vit C dan Folic"

Yatie tahu. Ada juga sesetengah pasangan tak berani atau tak bersedia lagi untuk buat pemeriksaan kesuburan. Jadi sebagai permulaan, Yatie cadangkan cubalah Set Kesuburan Shaklee. Set Kesuburan Shaklee ada dua; Isteri & Suami. 


ISTERI

B-Complex; mengandungi 8 komponen vitamin B termasuk asid folik. Asid folik diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). Gabungan B6, B12 dan asid folik disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

GLA Complex; berfungsi memberi keseimbangan hormon yang sangat sesuai untuk diamalkan oleh wanita terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. GLA membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair serviks sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, tiub fallopio dan seterusnya ke ovum. Cecair ini juga membantu sperma hidup lebih lama dalam tiub fallopio sehingga lima hari dan ini akan membantu proses persenyawaan.

SUAMI

Zinc Complex; zat penting bagi proses pembentukan hormon testosterone, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosterone yang bersesuaian serta memberikan tenaga untuk sperma supaya lebih aktif menuju ke ovum. Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.

Vita-E Complex; turut terkenal sebagai 'vitamin seks / cinta'. Berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Kandungan Vita-E yang turut mengandungi selenium membantu hubungan seksual lelaki yang mana lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Kesimpulanya ia membantu meningkatkan kualiti sperma serta turut menambahkan bilangan sperma.


Berusaha. Berdoa. Tawakal. Selebihnya, kita serahkan pada Allah Maha Berkuasa. Yatie turut mendoakan saudara-mara, teman-teman  dan semua yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat agar Allah perkenan usaha serta doa kalian. InsyaAllah. Allahhummaamin.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day