June 24, 2014

Selamat Hari Lahir Rafif!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Korang sihat? Dengan keadaan cuaca sekarang, kesihatan kita semua boleh terjejas. Anak-anak apatah lagi. Pastikan minum air dengan banyak untuk elak dehydrate. Kalau boleh setiap isi rumah kena sediakan Performance Drink (PD) Shaklee. Kita Usaha, Kita Doa, Kita Tawakal. Tak gitu? Oh ye. PD ni ada dalam Set Ramadhan Shaklee. ♥

Semalam cerita pasal ke Pesta Floria 2014 di Putrajaya. Hari ini Yatie nak cerita pasal #RafifTurns2 yang kami hadiri sebelum ke Pesta Floria. Siapa Rafif ni? Hee. Rafif ni anak lelaki sulung yang bijak pandai Nurul Syamimi. Selama ni dok tengok je video dak bijak pandai ni dekat Instagram. Akhirnya, jumpa juga dekat alam nyata. Ewah. Hehe. Sebenarnya dengan Ibu si Rafif ni pun tak pernah jumpa lagi. First time juga. Hee. Jom kita layan gambar. Gambar sepenuhnya ada dekat FB Yatie. Hihi.

Birthday Boy Yang Dirai In Advance

Rafif. Semoga menjadi anak soleh dan bijak pandai penyejuk di mata penawar di hati Ayah & Ibu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat mu wahai anak.


Happy Family
Geng Ayah



Ini part of GBSB. Selendang oren bawa si comel Rania Marissa tu, kalau 10 tahun akan datang GBSB ada lagi Yatie akan suruh dia daftar masuk dengan Ciknaa. Haha. Kalau Ciknaa tak bagi masuk, nanti Yatie tunjuk gambar ni. Wakaka. Ampun admin. Gurau je. Hihi.



Antara tetamu / family Mimi. Random. ;)




Ini pulak gambar kami di booth #RafifTurns2. Ada yang dukung anak, ada yang single, ada anak yang tak heran, ada anak yang over. Errkkk. Anak Yatie la tu. Bahaha.

Dari dalam gambar atas ni dari kira; Rara, Asmiza, Mimi, Aeen, Yatie, Ciknaa, Zila
Tiada dalam gambar atas ni tapi ada atas nun; Tira Mis U
Tiada dalam gambar: Achiek Anis, Kayrul

Yatie kenal Ibu Rafif ni sudah tentu dari Gojes Blogger Supermom & Baby. Orang pertama yang Yatie jumpa dalam group ni dulu dah tentu Ibu Sofiyya; Nur Haliza. Tapi, tak pernah jumpa Sofiyya lagi. Huhu. Dua kali je jumpa Liza. Dah lebih kurang setahun dah kot sebab ni dah nak masuk bulan puasa dah. Huuu. Orang kedua pulak, admin kami iaitu Mama si Double RM, Ciknaa. Alhamdulillah, walaupun Yatie tak berjumpa semua tapi Yatie happy juga sebab akhirnya jumpa juga. :)

Gambar makanan takder la. Sobs! Tapi candy buffet dia tu buat anak-anak hyper wooo. Haha. Semua anak-anak. Arissa terpedaya dengan apam aiskrim. Beria nak aiskrim sekali makan bagi balik kat mak. Hahaha. Yatie makan nasi goreng. Tak ambil pun mi kari yang diorang cakap sedap tu. Sedih! Tapi lasagna kak Ameris wallaweh. Ayah Arissa pun puji sedap. Kak! Nak order. Heeeee. 

Last but not least, my princess dengan props Ibu Rafif. Hehe. Lepas kenduri mokde dia hari tu, dia dah tau dah macam mana nak pakai props semua tu. Walaupun props tu tak kira topi ke misai ke memang semua letak kat mulut. Hihi. Boleh la anak oi. HewHew.



******************************************************
Anda mencari Perkhidmatan Shoot & Burn di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? 
Boleh emelkan ke fadhlil86@gmail.com. Details boleh baca di SINI.
♥ gambar di atas adalah dari lenda kamera encik fadhlil ♥

atau

Anda seorang mementingkan kesihatan dan ingin mengetahui tentang produk Shaklee?
Konsultansi eksklusif dan percuma dari saya untuk anda.


XOXO,
Mak Arissa

5 comments

  1. nk boook utk buffday party anak kat ipoh leh x.hahaha

    ReplyDelete
  2. ok..lelaju g email.. tnye kan hrge..

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambo...tu la...daku tak menjoin plak masa bergambo...sedap duk mkn mee kari....kih kih kih

    ReplyDelete
  4. semua gambar cantik2....anak yatie paling pandai posing..hehehe...

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day