June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Alhamdulillah. Bertemu kembali kita di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. Bulan Ramadhan, bulan yang dinantikan setiap umat Islam. Bulan Ramadhan, bulan di mana semua umat Muhammad tidak mahu melepaskan peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 

Arissa demam. Pada mulanya dia batuk. Batuk kahak. Tiba-tiba tengahari semalam, Yatie saja masuk bilik bawa termometer sebab dia tidur. Terkejut bila suhu dia sampai 39. Allahhu. Masa tu terus bangunkan dia bagi ubat then sponging. Kebetulan Ayah Arissa baru balik dari beli barang, lap2 Arissa sekejap kami rushing pergi klinik. Arissa tetap aktif. 

Doc suruh pantau suhu dia hari ni. Kalau lebih 37.5 doc suruh ambil darah. Badan dedar jugak tapi tak sampai 37.5 tu. Masih lagi sponging dan letak towel basah atas kepala termasuk garlic socks. Serba serbi tak kena oi anak tak sihat. Huhuhu. Doc cakap semalam, kalau suhu 39 memang kena rushing bawa ke klinik / hospital. Sebab, risiko untuk kena sawan sangat tinggi. Nauzubillahhiminzalik.

Lately, Arissa macam kerap tak sihat. Tak pasti samada memang keadaan cuaca atau taska. Cuaca sekarang kan panas dan tak menentu. Huuuu. Taska pulak yerlah. Mungkin ada yang berjangkit. Atau Arissa memang tak boleh dengan aircond. Sebab awal hari tu dia selsema. Kami tak ada aircond tapi taska ada. Huuu. Entahlah. Sekarang ni nasib baik adik ada lagi. Nanti kalau dia dah balik.. Ermm. Ni yang buat hati semakin kuat nak WAHM. Huuuu. 

Suka benar nak mengarut. Nak ucap salam Ramadhan je buat semua. Salam kemaafan dari kami sekeluarga. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.


XOXO, 
Mak Arissa. 

3 comments

  1. waalaikumsalam mama arissa....salam ramadan jua buat mama arissa sekeluarga ye, moga arissa segera sembuh ye...risau musim cuaca sekarang tak menentu...jerebu dimana2...harap dipermudahkan urusan mommy ye...amin

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan mama arissa..
    cuace sekarang buat kite tak sihat.. paling risau bile anak yang tak sihat.. kesian.. kite jadi tak keruan..

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa....
    semoga Arissa sihat2 selalu...
    nama anak kita pun Arissa juga hihihi....

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day