June 19, 2014

Persediaan Bulan Puasa Dengan Mighty 3 Gems

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.

 

Pejam celik, InsyaAllah lebih kurang 10 hari lagi kita akan bertemu semula dengan bulan Ramadhan. Ramadhan, bulan yang sangat dinantikan oleh semua tak kira tua, muda mahupun kanak-kanak. Jadi,apa persediaan kita menyambut Ramadhan?


Tengok tu. Ada 3 persiapan; FIZIKAL, MENTAL & ROHANI.


Dalam tempoh beberapa hari ni, sama-sama kita warming up. 
Semoga terus istiqamah sehingga penghujung Ramadhan.


Dekat atas tu merupakan persiapan mental dan rohani bagi menyambut Ramadhan. Sekarang, mari kita sama-sama tengok persiapan fizikal pula; Set Mighty 3 Gems Shaklee. Set Mighty 3 Gems ni merupakan satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu ketika menjalani ibadah puasa. Antaranya; ibu menyusukan anak, ibu mengandung, individu yang buat kerja berat, individu yang mudah letih dan sebagainya. Memang ada kelonggaran untuk ibu yang menyusukan anak dan ibu mengandung, tetapi korang mesti setuju kalau dapat berpuasa penuh itu perasaannya sangat indah. Kan? Alhamdulillah. 2 tahun lalu Yatie berpuasa penuh semasa mengandungkan Arissa.


Set Mighty 3 Gems ini terdiri dari ESP, Performance Drink dan Meal Shakes.

Jom kita tengok satu-satu khasiatnya;

Energy Soy Protein (ESP)
  • sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama.  

Performance Drink
  • Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. 
  • Mengelak dehidrasi kulit kerana ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan menyeimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. 
  • Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Meal Shakes
  • Sumber multivitamin yang terbaik. Meal Shakes memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien yang mencukupi. 
Kalau berdepan dengan situasi macam tak sempat bersarapan, tak sempat bersahur kot ada 5 minit je lagi nak waktu imsak; adalah disarankan agar mengambil Set Mighty 3 Gems ni untuk 'back up' tapi ingat, jangan setiap hari pulak sebab suplemen bukan pengganti kepada makanan tau. Ingat tu. Haa. Set ni jugak digalakkan untuk di ambil semasa berbuka supaya kita boleh terus bertenaga untuk Maghrib, Isyak, tarawih dan bertadarus. InsyaAllah.

Jom kita sama-sama persiapkan diri kita; FIZIKAL, ROHANI dan MENTAL. Semoga urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Berminat nak dapatkan Set Mighty 3 Gems, boleh hubungi Yatie. Konsultansi eksklusif dan percuma untuk setiap yang membeli dengan Yatie. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa 

1 comment

  1. Mudahan kita terus istiqamah sehingga penghujung Ramadhan dan sambung untuk puasa 6 nanti.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day