June 11, 2014

NAB: Pagi Pertama di Nursery

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Pagi pertama. Haha. Mak Arissa tak sabar nak cerita dekat blog sebenarnya. Tak sempat nak tunggu full day. Ngeee. Ok. Alhamdulillah. Setelah survey sana sini call sana sini taska yang affordable dan tinggi confidence level; hari ni Arissa dah masuk taska. Taska ye Auntie As. Umur Arissa baru 2 tahun. Tak layak masuk Tadika lagi. InsyaAllah tahun 2016 nanti Arissa dah boleh masuk Tadika. Hihi.

Sebenarnya, tak sangka akhirnya dapat taska pilihan hati Mak dan Ayah Arissa. Dari dulu lagi kami berniat dan dah call beberapa taska cawangan. Tapi, tak ada buat taska dan dah tak ambil lagi. Kebetulan, rezeki Arissa pemilik taska cawangan satu lagi tu rupanya cikgu dekat sekolah Ayah Arissa. Tengah tahun weh. Tak banyak taska yang boleh terima budak baru. Huhu. Jadi, cikgu tu suruh hantar untuk trial. Hehe.

So, pagi tadi boleh pulak dia liat sikit nak bangun tidur. Yatie dah keluar dalam 6.40am ke office untuk punch in. Haha. Balik dari punch, ambil Arissa yang tengah bersiap. Bila ajak pergi sekolah, dia terus bangun semangat nak beg. Bagi je la beg.. (lupa pula nama beg tu apa. haha.) isi dengan foam book ABC dan 123 dia. Haha. Dia apa lagi semangat la nak pergi 'shulah'. Hihi.

Sampai depan taska, dia cakap 'wahh..shulah..' haha. Kesian anak mak. HewHewHew. Bawa masuk terus follow yang lain buka selipar. Kenal-kenal dengan cikgu then Arissa masuk. Dia masuk, keluar balik. Ambik tangan Yatie dan ajak masuk dalam. Haha. Ok. Masuklah sekejap. Bagi dia familiar. Bagi dia kenal-kenal kakak-kakak dan abang-abang. Ajak dia bermesra. Macam ok. Tapi bila Yatie cakap Yatie nak pergi kerja dia bangun duduk atas riba. Pfftt! Haha.

Then, bila dah settle bagi info apa semua. Yatie suruh dia bawa kawan-kawan tengok buku yang dia bawa. Kemain dia keluarkan buku. Haha. Kawan-kawan pun berkerumun la dekat dia. Actually bukan kawan-kawan tapi kakak dan abang sebab diorang ni tadika. Taska + Tadika. Dak taska 4 orang je termasuk Arissa. Faham ker dak ni? Heee. Dah dia leka, Yatie menyusup keluar. Terus pergi kerja.

Dah pesan siap-siap, kalau Arissa menangis tak boleh berhenti aka meragam yang tak boleh handle, call cepat. Nangis sikit-sikit tu rasanya tak payah la kot. Biasalah. New experience buat Arissa. Suasana baru. Kawan baru. Semua baru lah kiranya. Tapi, setakat ni tak dapat call lagi. InsyaAllah Arissa ok. Dan sebenarnya, Yatie percaya yang Arissa boleh. InsyaAllah.

So, taska pilihan hati selama ni ialah... dum! dum! dum! Hehe.


dak semangat nak g shulah macam upin ipin hehehe

happy sangat dia sampaikan tiba-tiba nak duduk belakang hahaha

Semoga Arissa serasi duduk dekat sana. Dah tiba masanya Mak Ude dia balik Sarawak / kerja. Kalau boleh bagi gaji Ude seribu tak pa. Kannn. Hihi.

Saya yakin akan perlindungan Allah ke atas Nur Arissa Batriesya. Semoga beliau menjadi anak yang solehah, penyejuk di mata penawar di hati mak ayah. Semoga beliau menjadi anak bijak yang akan menabur bakti demi agama, demi negara, demi sesama manusia dan alam semesta. Allahhummaamin.

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

  1. Dah masuk taska eh.. insyaAllah arissa okay je kat taska tu, ramai kawan-kawan kan.. boleh belajar macam-macam. Ayra pun sibuk nak sekolah pasti jugak.. bila tanya nak sekolah apa.. "sekolah pati"..

    ReplyDelete
  2. hahaha..auntie as lupa la icha baru 2 tahun... kui kui kui... wah..masuk PASTI cam auntie as dulu la... bagus2...

    ReplyDelete
  3. Yati, i pulak cuak tau nak tau arrisa ok ke tak. sebab dalam pertimbangan nak hantar naurah ke taska next year. esok cite eh 1st day dia kat taska tu.

    ReplyDelete
  4. yati nak baca jugak next story mcm mana arissa 1st day. insyaAllah next year plan nak tinggalkan iman pula d halfday day care.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day