June 13, 2014

NAB: Cikgu Puji Di Hari Kedua

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Nak cerita pasal Arissa lagi boleh? Hihihi. Semalam, masa ambil Arissa rasanya dia tengah main dengan kakak abang. Bila cikgu buka pintu, Yatie tak nampak dia lagi. Tiba-tiba, dia mengintai. Amboi. Apa lagi laju dia nak keluar. Tapi pusing balik, nak ambil beg Rilakkuma dia. Haha. Kemudian, cepat-cepat dia nak ambil selipar. Tapi, kena masuk balik sebab ayah nya kena bayar yuran daftar dan bulanan. Hehe. Kira lulus dah la untuk duduk dekat taska. Alhamdulillah.

Since semalam dia dok nangis masa kami pergi kerja, Yatie tanya cikgu 'lama tak dia nangis pagi tadi?' Cikgu jawab, "tak lama. pagi tadi je nangis. hari ni dia ok sangat. tak nangis. kami tak paksa dia tidur. jadi dia ok. bila budak-budak ni bangun tidur, masing-masing kena simpan bantal sendiri. dia rajin, dia tolong ambil bantal orang lain sekali. tu saya cakap, rajin pulak budak ni."

Haha. Part 'kami tak paksa dia tidur' tu memang rasa nak gelak besar. Berani nak paksa dia tidur. Silap-silap dia yang paksa orang lain tidur. Eh? Hehe. Entahlah. Arissa ni memang susah nak bagi paksa tidur. Apatah lagi tidur ikut schedule. Mesti dalam hati dia cakap 'kisah pulak?' Hihi. Part rajin tu pulak haha. Ok mak gelak lagi. Dia memang gitu. Selalu over. Bahaha. Tapi, Alhamdulillah. Semoga sampai ke tua rajin. =P

Cikgu cakap lagi, "budak nangis pagi-pagi tu biasa. ada yang lagi teruk. apatah lagi dia baru. ada ni ha sorang ni dari kecik duduk sini sampai sekarang bila datang sini nangis tak nak masuk. dah besar dah tu. biasa benda ni. jangan risau. dia ok." Fuhh. Lega. Komen kawan-kawan semalam dah cukup buat lega, cikgu bagitau macam ni lagi bertambah lega. Hehe. 

Dah settle semua, kami nak beransur lah kan. Cikgu puji dia lagi. Tapi kali ni puji tang lain la. Dan.. Yatie geram sangat tengok muka dia bila kena puji. Hahaha. Cikgu cakap, "comel sangat dia ni. kecik. cantik. comel." Tau tak muka dia macam mana? Muka memang nak minta pelempang sayang sebab dia macam menyengih gedik tau cikgu puji. Eh tak tau nak gambarkan gambaran wajah dia semalam. Haha. Orang Utara kata renyih eh? Ker salah? Sarawak kata 'tergisin'. Hihi.

Still bila ditanya, best tak sekolah  dia jawab best. Nak pergi lagi tak dia jawab lagi. Ada nangis tak dia jawab abang. Bila tanya siapa nangis pagi tadi dia buat tak layan. Hahaha. Anak oi anak. 

Ok habis cerita hari kedua. Hari ketiga? Hahaha. Lain entri naaaa. Ngeeeee. Bye!

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

  1. Pandai Arissa ni bawak diri kat taska yer. Hehe. Nanti nak masuk sekolah, mungkin tak da nangis-nangis masa first day daftar masuk.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day