June 12, 2014

NAB: Apa Dia Kata Hari Pertama di Nursery

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.


Macam panjang je tajuk kan. Tapi, biarlah. Hehe. Semalam, kami ambil Arissa dalam pukul 5.30 lebih kurang. Sampai je cikgu dah panggil. Tunggu depan pintu dia menyusup dengan pantas nak keluar dari rumah. Lupa terus semua beg dia. Botol susu pun tak bawa. Rushing ambil selipar. Haha. Adeh! Then Yatie pergi jumpa 'pengetua' kot sebab tak jumpa lagi pun. Arissa join masuk sekali.

Pengetua cakap; "dia ok. ok sangat main dengan kawan-kawan. cuma dia tak boleh tinggal seorang. bila kawan-kawan dah beransur tidur. dia tak tidur. dia nangis. lepas tu bila kawan main masing-masing ada geng sendiri, dia belum ada geng jadi dia nangis. tapi, dia sangat senang nak dipujuk. nangis kejap je. cikgu pujuk dia dah ok dah".

Ok lega. Lega sangat-sangat. Ada sorang budak laki ni suka cuit pipi Arissa sambil cakap, "adik ni cantik la. suka tengok." Haha. Sorang budak girl pulak cakap, "adik ni cantik sangat tapi kenapa tak potong rambut dia?" Eh? Hahaha. Mungkin ada la kot budak-budak ni dengar cikgu tegur rambut Arissa panjang ke. Wallahhualam. Sebab tengok anak-anak kat situ semua rambut pendek tak payah ikat. Gittew. Heee.

Bila dah balik Yatie tanya Arissa. Ok tang ni geram sikit. Confident je tau dah record tapi sebenarnya tak pun. Sobs! Baru je nak tepek kat blog buat kenangan dia. Huhu.

Mak: Arissa best tak sekolah?
Anak: Best (sambil buat thumbs up).
Mak: Nak pergi lagi tak?
Anak: Lagi.
Mak: Ramai kawan tak?
Anak: (diam).
Mak: Banyak kawan tak?
Anak: Banyakk. 

Dia nampak seronok tapi ayahnya cakap muka dia nampak macam sedih. Eh entah? Yatie rasa cam muka dia ceria je. Muahaha. Balik rumah, dia kemain selongkar barang-barang mainan dia macam orang tak pernah jumpa mainan. Haha. Memang ke hulu ke hilir main. Agaknya rindu mainan dia sendiri kot. Hihi.

Dan pagi tadi...

Dia semangat nak pergi shulah. Excited macam semalam. Sampai kat pintu pagar pun dia terus cakap bye! Tapi rupanya bye kat ayah dia je. Mak dia tarik masuk dalam. Dah nak masuk taska, dia ajak Yatie. Yatie cakap nak pergi kerja. Dia dah start tak nak masuk taska. Memang peluk erat. Bagi dekat cikgu, dia dah nangis beria. Yatie ambil balik. Dia peluk sungguh-sungguh sambil cakap, "nak alik alik". 

Phew~! Sebagai seorang mak yang kental, Yatie serahkan juga pada cikgu dengan dia memang menangis beria. Ye. Arissa kalau nangis bukan jenis slow. Dia kalau nangis memang nangis sungguh-sungguh seolah-olah dia kena pukul/cubit. Huhu. Yatie dan husband melangkah keluar dengan gagah. Masih terdengar suara nangis dia tu. Huuu. 

Yatie tak call pun taska. Sebab Yatie cakap kat diri sendiri, "she'll be ok and if she's not ok, teachers will call any one of us. it's normal. tak payah fikir sangat. fikir sangat nanti, dia pun dok fikir kan kita. buat kerja sungguh-sungguh. Allah ada untuk lindungi Dia."

Entahlah. Bukanlah strong sangat pun. Tapi kena strong for her. Yakin dia boleh. Lama-lama nanti dia dah biasa dia ok la. Unless, lama-lama pun dia masih juga macam tu. Means, dia tak boleh. Kita tunggu dan lihat je nanti. Orang tak pernah duduk nursery. Selama ni dengan babysitter, berapa orang je. Lepas tu duduk dengan Mak Ude. Haaa. So, what do I expect? Anak akan ok 100%? Tak lah kan.

Ok then. Will update her progress nanti. Pray for her too ya! ♥

XOXO,
Mak Arissa.

9 comments

  1. behave sgt anak dara ni yer..

    ReplyDelete
  2. macam afiq mmg ngada sikit.pagi2 mmg drama sikit.dah masuk kelas dia ok je main ngan kawan2..pheww..

    ReplyDelete
  3. seronok dgr kisah icha msk shulah... ala..lama2 nanti icha akan biasa..dah biasa nanti smpai shulah je trs lari masuk...xpandang mak dah...hehehe....

    ReplyDelete
  4. Arissa senang dipujuk tu mcm melegakan je. mean takdelah dia nangis sepanjang harikan. Hope Naurah pun mcm tu.

    Nanti update lagi hari kedua. hehee

    ReplyDelete
  5. mmg gitu la yatie...mula2 mmg nangis..nnt dh ada kawan main ok dah...airis smpi skg gitu wlupun dh 2 tahun duk taska...huhu

    ReplyDelete
  6. dah pndai cakap tak pe. agak2 kena buli, kita boleh selidik... =D

    ReplyDelete
  7. wahh arissa dah masuk shulah ye. good girl ni. awal2 nangis biasala tu kan. masih dalam proses nak sesuaikan diri, nak kenal kawan2 n cikgu. insyaallah lama2 okla tu :)

    ReplyDelete
  8. huwaaaa bab dengar nangis tu tak menahan tu. apapun arissa bijak. nanti mak boleh tanya tanya lagi sebab dia dah boleh cakap :)

    ReplyDelete
  9. mula2 masuk school memang gitu la tak sesuaikan diri lagi kan. da lama2 nanti seronok la dia. :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day