June 19, 2014

Menu Sahur Ringkas Yang Menyelerakan

Bismillahirrahmnirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ok. Belum masuk lagi Ramadhan, dah cerita menu sahur. Muahahaha. Al-kisahnya, minggu ni Yatie berpuasa. Jadi, Yatie nak kongsi la menu sahur yang ringkas tapi menyelerakan. Hehe. Oh ye, pagi tadi Yatie ada kongsi juga tentang persiapan nak menyambut Ramadhan; rohani, mental & fizikal. Jika berminat untuk mendapat Set Mighty 3 Germs Shaklee, boleh hubungi Yatie ye. ♥

nasi putih, pekasam daging, karipap roti micha, milo esp meal shakes
Tengok gambar memang macam tak sedap tapi cer try sekali. Sok lusa pun nak lagi. Haha. Kekdahnya pagi buta ambil gambar, memang tak ada seni la ye. Rajin tak Yatie buat karipap untuk diri sendiri sahur? Hehe. Tu resepi Mommycha. Sebab tu namanya karipap roti micha. Hihihi. Moh ler kita close up ye. 

Pekasam Daging
Yatie tak tahu korang bersahur macam mana. Tapi Yatie suka sahur dengan lauk 'kering' means tak perlu kuah segala. Kering macam ni je. Tak kisah apa lauk; pekasam ke, ikan bilis ke, ikan goreng ke. Selera baq ang. Hihihi. Cara masak pekasam ni mudah je. Resepi ada kat SINI.

karipap roti micha
Jangan gelak la ye warna agak gelap sikit. Mata kabur pagi-pagi. Haha. Kenapa namanya karipap roti? Sebab karipap ni guna roti kosong Gardenia je. Tengok lah bertapa kreatifnya MommyCha ni. Huhu. Sup sap sui siap boleh goreng. Yang ni Yatie guna sardin. Caranya; cuma sediakan inti sardin kemudian masukkan dalam roti yang dah diletakkan dalam acuan karipap. Tak faham korang tengok resepi dekat blog MommyCha ye. Pasti time tu jugak korang nak buat. Gila senang. Hehe. Terima kasih MommyCha atas resepi mu yang memudahkan ramai orang. Allah sahaja mampu membalasnya. ;)

Last sekali, MILO + ESP + MEAL SHAKES. Air ni tak ada close up. Tak teringat. Hehe. Tapi gabungan yang mantap. Sebab; minum MILO anda jadi sihat dan kuat, minum ESP anda bertenaga sepanjang hari, minum MEAL SHAKES melengkapkan nutrien dalam tubuh badan. Ya. Yatie rasa sangat perbezaannya. Memang terasa. Terutamanya di hari pertama puasa tempoh hari. Kebiasaannya hari pertama kita diduga dengan rasa lapar, perut berbunyi, mengantuk dan lemah longlai. Tapi, Alhamdulillah. Hari tu semuanya cantik dan smooth je. Alhamdulillah.

So. Pekasam Daging dan Set Mighty 3 Germs Shaklee atau ESP atau Meal Shakes atau Performance Drink (loose set), kesemuanya boleh anda dapati dari Yatie. Yatie merupakan Pengedar Pekasam Daging Azrieyta dan Pengedar Sah Shaklee Cheras serta kawasan sekitar Selangor/KL termasuk satu Malaysia. ♥

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

4 comments

  1. pekasam daging tu nampak menyelerakan je...rencas da air liur..hehehe

    ReplyDelete
  2. hai la pekasam..kenapa bersinar2 sgt..

    ReplyDelete
  3. wah.. dah jadi nama roti karipap micha... kikikik hebat la micha. pasni jadi trending.

    ReplyDelete
  4. sedapnye sahur dengan pekasam.. fifi selalu sahur dengan pekasan ikan je..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day