Pages

Jun 29, 2014

Salam Ramadhan 1435

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai. 

Alhamdulillah. Bertemu kembali kita di bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulillah. Bulan Ramadhan, bulan yang dinantikan setiap umat Islam. Bulan Ramadhan, bulan di mana semua umat Muhammad tidak mahu melepaskan peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. 

Arissa demam. Pada mulanya dia batuk. Batuk kahak. Tiba-tiba tengahari semalam, Yatie saja masuk bilik bawa termometer sebab dia tidur. Terkejut bila suhu dia sampai 39. Allahhu. Masa tu terus bangunkan dia bagi ubat then sponging. Kebetulan Ayah Arissa baru balik dari beli barang, lap2 Arissa sekejap kami rushing pergi klinik. Arissa tetap aktif. 

Doc suruh pantau suhu dia hari ni. Kalau lebih 37.5 doc suruh ambil darah. Badan dedar jugak tapi tak sampai 37.5 tu. Masih lagi sponging dan letak towel basah atas kepala termasuk garlic socks. Serba serbi tak kena oi anak tak sihat. Huhuhu. Doc cakap semalam, kalau suhu 39 memang kena rushing bawa ke klinik / hospital. Sebab, risiko untuk kena sawan sangat tinggi. Nauzubillahhiminzalik.

Lately, Arissa macam kerap tak sihat. Tak pasti samada memang keadaan cuaca atau taska. Cuaca sekarang kan panas dan tak menentu. Huuuu. Taska pulak yerlah. Mungkin ada yang berjangkit. Atau Arissa memang tak boleh dengan aircond. Sebab awal hari tu dia selsema. Kami tak ada aircond tapi taska ada. Huuu. Entahlah. Sekarang ni nasib baik adik ada lagi. Nanti kalau dia dah balik.. Ermm. Ni yang buat hati semakin kuat nak WAHM. Huuuu. 

Suka benar nak mengarut. Nak ucap salam Ramadhan je buat semua. Salam kemaafan dari kami sekeluarga. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.


XOXO, 
Mak Arissa. 

Jun 27, 2014

Tempahan Biskut & Kek Orang Perak

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ok. Iklan lagi. Haha. Masa rehat agak panjang hari ini. Jadi, Yatie nak iklankan produk hari raya dari orang yang Yatie kenal. Tadi Kek Lapis dan Popia Seaweed dari Sarawak kan? Hari ini dari orang Perak pula. Haaa. Hehe. Orang Perak ni pula ialah Ibu Arissa, Kak Zaina. Haaa. Sepertimana Ibu Ca ni jaga Arissa dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri, macam tu la jugak dia buat kek; dengan penuh kasih sayang. Ecewah! Hehehe.

Ibu Ca ni memang selalu masak untuk surau taman perumahan mak mentua. Masa tunang Mak Long Arissa pun Ibu Ca ada bagi Moist Choc Cake. Besooo. Sedap. Siap design lagi. Kalau kat FB Ibu Ca ni selalu juga nampak upload kek la, pizza la dan macam-macam la. Nasib baik dah duduk jauh. Kalau Arissa still duduk sana dengan dia yang dah selera kuat sekarang ni, mau gedempol budak tu. Hohoho.

Panjang pulak ceritanya. Huuu. So ini antara yang Kak Ina buka untuk tempahan. (Sekejap kak zaina, sekejap Ibu Ca sekejap Kak Ina. haha.) Apa yang penting, orangnya sama ye adik kakak. Hehe.

Pelbagai jenis Kek Marble & Kek Butter.



Pelbagai jenis biskut termasuk semperit dahlia, kastard dan coklat. Semuanya memberikan rasa yang berbeza. Bukan warna ja berbeza ye. Heee.

Kak Ina. Raya pertama nanti Arissa datang rumah tau. Nak rasa semua ni. Hihihi. So kawan-kawan yang ada dekat Perak terutamanya, boleh contact Kak Zaina ni; 0125869516 atau boleh je contact Yatie sendiri dekat FB atau Whatsapp 0194603069.

XOXO,
Mak Arissa.

Tempahan Kek Lapis Sarawak 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Salam Jumaat. Jumaat terakhir sebelum kita bertemu dengan Ramadhan, InsyaAllah. Hari ni Yatie nak kongsi/iklan Tempahan Kek Lapis Sarawak, original dari Sarawak. Ye. Original dari Sarawak. Sebagai tahun permulaan, mereka buka tempahan 3 jenis kek dahulu. Tahun yang akan datang InsyaAllah, boleh lebarkan sayap lagi. InsyaAllah. Allahhummaamiin. Semoga murah rezeki semuanya.

Tempahan kek ni dibuka satu Malaysia tapi Yatie lebih galakkan bahagian Kuching, Sarawak. Boleh COD. Gitteww. Tapi, jangan risau. Pos pun boleh. 2 kek yang dekat bawah ni, diorang pos tau dekat iols. Hehe. Tak pasal dah feeling raya awal. Hoho. Dan siapa diorang ni? Haaa. Macam biskut, Yatie pun kenal jugak dengan yang buat kek ni. Sangat-sangat kenal. Diorang ni mak sedara Yatie. Hehe. Harus la anak sedara tolong promote. Tak gitu?

So, kalau nak tempah boleh roger no yang tertera atau PM Yatie sendiri dekat FB. Pun boleh. Kena cepat tau. Tempahan tutup 15 Ramadhan. InsyaAllah. Yatie jamin sedap. Hehe. Dan just untuk pengetahuan korang, Kek Lapis Bombay ni adalah antara our always favorite layer cake. Muahahaha. Ok then. Bye!



Google je. Kek evergreen tak d pos. hahaha.
Oh ya! Additional. Mak sedara Yatie ni ada buka tempahan untuk popia seaweed jugak. Popia seaweed mak sedara Yatie ni agak different tau rasa dia. Serius. Bukan sebab ni produk mak sedara Yatie. Tak. Tapi ini realiti. Arissa suka. Ayah Arissa suka. Semua kami suka. Sedap! Pernah tanya mak sedara apa yang buat rasanya lain tapi dia cakap 'secret recipe'. Huhu. Baik lahhh. Oh ye. Gambar juga ihsan google. Mak sedara ada pos juga hari tu tapi, hehe. Habis dulu sebelum amik gambar. =P


Ok. Selamat menyambut Ramadhan buat teman-teman sekalian. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan2 yang sebelumnya. InsyaAllah.

XOXO,
Mak Arissa

Jun 25, 2014

Dashboard Blogspot Dah Pulih

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalammualaikum. Hai.


Dalam sehari, ada 20 kali kot buka dashboard dengan harapan ia kembali pulih. Lega oiii bila buka keluar semua. Phew! Tak feel nak blogwalking kalau bukan dari dashboard. Lain orang lain caranya. Tak gitu?

XOXO,
Mak Arissa.

Jun 24, 2014

Selamat Hari Lahir Rafif!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Korang sihat? Dengan keadaan cuaca sekarang, kesihatan kita semua boleh terjejas. Anak-anak apatah lagi. Pastikan minum air dengan banyak untuk elak dehydrate. Kalau boleh setiap isi rumah kena sediakan Performance Drink (PD) Shaklee. Kita Usaha, Kita Doa, Kita Tawakal. Tak gitu? Oh ye. PD ni ada dalam Set Ramadhan Shaklee. ♥

Semalam cerita pasal ke Pesta Floria 2014 di Putrajaya. Hari ini Yatie nak cerita pasal #RafifTurns2 yang kami hadiri sebelum ke Pesta Floria. Siapa Rafif ni? Hee. Rafif ni anak lelaki sulung yang bijak pandai Nurul Syamimi. Selama ni dok tengok je video dak bijak pandai ni dekat Instagram. Akhirnya, jumpa juga dekat alam nyata. Ewah. Hehe. Sebenarnya dengan Ibu si Rafif ni pun tak pernah jumpa lagi. First time juga. Hee. Jom kita layan gambar. Gambar sepenuhnya ada dekat FB Yatie. Hihi.

Birthday Boy Yang Dirai In Advance

Rafif. Semoga menjadi anak soleh dan bijak pandai penyejuk di mata penawar di hati Ayah & Ibu. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik buat mu wahai anak.


Happy Family
Geng Ayah



Ini part of GBSB. Selendang oren bawa si comel Rania Marissa tu, kalau 10 tahun akan datang GBSB ada lagi Yatie akan suruh dia daftar masuk dengan Ciknaa. Haha. Kalau Ciknaa tak bagi masuk, nanti Yatie tunjuk gambar ni. Wakaka. Ampun admin. Gurau je. Hihi.



Antara tetamu / family Mimi. Random. ;)




Ini pulak gambar kami di booth #RafifTurns2. Ada yang dukung anak, ada yang single, ada anak yang tak heran, ada anak yang over. Errkkk. Anak Yatie la tu. Bahaha.

Dari dalam gambar atas ni dari kira; Rara, Asmiza, Mimi, Aeen, Yatie, Ciknaa, Zila
Tiada dalam gambar atas ni tapi ada atas nun; Tira Mis U
Tiada dalam gambar: Achiek Anis, Kayrul

Yatie kenal Ibu Rafif ni sudah tentu dari Gojes Blogger Supermom & Baby. Orang pertama yang Yatie jumpa dalam group ni dulu dah tentu Ibu Sofiyya; Nur Haliza. Tapi, tak pernah jumpa Sofiyya lagi. Huhu. Dua kali je jumpa Liza. Dah lebih kurang setahun dah kot sebab ni dah nak masuk bulan puasa dah. Huuu. Orang kedua pulak, admin kami iaitu Mama si Double RM, Ciknaa. Alhamdulillah, walaupun Yatie tak berjumpa semua tapi Yatie happy juga sebab akhirnya jumpa juga. :)

Gambar makanan takder la. Sobs! Tapi candy buffet dia tu buat anak-anak hyper wooo. Haha. Semua anak-anak. Arissa terpedaya dengan apam aiskrim. Beria nak aiskrim sekali makan bagi balik kat mak. Hahaha. Yatie makan nasi goreng. Tak ambil pun mi kari yang diorang cakap sedap tu. Sedih! Tapi lasagna kak Ameris wallaweh. Ayah Arissa pun puji sedap. Kak! Nak order. Heeeee. 

Last but not least, my princess dengan props Ibu Rafif. Hehe. Lepas kenduri mokde dia hari tu, dia dah tau dah macam mana nak pakai props semua tu. Walaupun props tu tak kira topi ke misai ke memang semua letak kat mulut. Hihi. Boleh la anak oi. HewHew.



******************************************************
Anda mencari Perkhidmatan Shoot & Burn di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor? 
Boleh emelkan ke fadhlil86@gmail.com. Details boleh baca di SINI.
♥ gambar di atas adalah dari lenda kamera encik fadhlil ♥

atau

Anda seorang mementingkan kesihatan dan ingin mengetahui tentang produk Shaklee?
Konsultansi eksklusif dan percuma dari saya untuk anda.


XOXO,
Mak Arissa

Jun 23, 2014

Pesta Floria 2014

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Sabtu lepas, Yatie ajak suami ke Pesta Floria 2014 di Putrajaya lepas balik dari majlis hari lahir si bijak pandai Rafif. InsyaAllah nanti akan cerita pasal #RafifTurns2. Hehe. Lambat sikit sebab Yatie dah share semua gambar yang sempat dan dapat tangkap dalam FB. Ok. Tu nanti Yatie cerita. Hehe.

Sampai Putrajaya masa tu lepas Asar, so sempat solat kat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang Subhanallah Indahnya Rumah Allah SWT. Lepas tu terus ke tapak Pesta Floria. Tak banyak sangat gambar yang berjaya kami ambil sebab ramai orang dan tersilap percaturan bawa stroller. Bukan Arissa tak nak naik stroller tapi keadaan sekitar menjadikan stroller tak sesuai. Haish! So, meh la layan gambar yang ada ye.

kereta kuda tak leh gerak hehe

view 1

my sweetheart my everything my soul

dah boleh berjinak-jinak hahaha

view 2

view 3

tudung oren tu mak ude dia hehe

nak tidur katanya bila dah bagi bobom atas tu hihihi

boleh la boleh la aksi terbang tu hoho

jenuh nak bagi dia dok diam amik gambar sebenarnya

sedihnya photographer bila gambar sendiri tak berapa menari di pandang mata sobs

view 4

view 5

view 6

kitorang nampak macam adik beradik tak? haha

punca utama Yatie nak ke sini sebab ini la hahaha 

tiba-tiba rasa macam kitorang ni muka copy paste yeke? haha

anak sabotaj mak grrrrr

manja kononnya tetiba melentik gitu hewhewhew
Overall, puas hati sangat dengan hasil kreativiti diorang. Ada pertandingan kalau tak silap. Cantik-cantik semuanya. Sedihnya yang bahagian kolej/poli semua tu tak berjaya nak pergi. Sebab dah gelap dan lewat. Lapar pun ye. Haha. Arissa nasib baik la tak meragam cuma lasak la. Huhu. Orang sangat ramai. Dah malam semakin ramai. Phew~! Kesat peluh mak. Muahaha. Panas pun ye. Masa macam ni la terfikir, Performance Drink sangat perlu untuk elak penyahidratan dan membekalkan tenaga serta ketahanan fizikal.

Ok then, jumpa lagi nanti di lain entri. InsyaAllah. ;)


Performance Drink (PD) ni minuman apa? 
♥ PD ni merupakan minuman isotonik dari Shaklee. 
♥ PD bukan minuman berkarbonat
♥ PD mengandungi komponen elektrolit yang penting iaitu potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium & chloride untuk membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan serta baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

Jun 20, 2014

Tips Kesuburan Untuk Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai. Salam Jumaat. :)

Dalam mencari info tentang kesuburan, Yatie terjumpa Empat Cara Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki. Apa dia empat cara tu? 

Pertama: 
Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan

Kedua: 
Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Ketiga: 
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat

Keempat: 
Dapatkan Khidmat Pakar

Sumber: firdausaziz[dot]my yang di'cited' dari How To Increase Fertility in Men



Nampak tak yang apa yang di'highlight' oleh penulis: Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10

Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 


Vitamin E - Berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. Kandungan Vita-E yang turut mengandungi selenium membantu hubungan seksual lelaki yang mana lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Kesimpulannya ia membantu meningkatkan kualiti sperma serta turut menambahkan bilangan sperma.


Coenzyme Q10 - Antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan. Ia dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.


Dalam Set Kesuburan Suami Isteri, Yatie mencadangkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesuburan lelaki. Jika ada ekstra bajet boleh juga ambil Vitamin C, Vitamin E dan CoQ 10. Antioksidan ni bagus untuk tubuh badan kita sebab; 
  • melindungi tubuh dari kanser
  • melambatkan penuaan
  • melindungi tubuh dari penyakit kardiovaskular
  • membantu mengurangkan proses penyakit Alzheimir
  • membantu tubuh untuk detoks
  • merendahkan paras kolestrol
  • melindungi tubuh dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok

Sejauh mana kebenaran Vitamin E tu? Ok meh baca:

Satu kajian telah dijalankan di sebuah ‘Infertlity Centre’ di Iran oleh Mohammad K Moslemi dan juga kajian oleh Samaneh Tavanbakhsh dari Jabatan Urologi, Fakulti Perubatan di Qom University of Medical Sciences, Qom, Iran yang pada tahun 2011 melibatkan 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi supplement Vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg). Hasil kajian ini menunjukkan keputusan yang memberansangkan apabila kadar radikal bebas dalam badan memberi kesan kepada kesuburan dan fungsi seksual seorang lelaki kerana ia merosakkan DNA sperma. Manakala, kekurangan Selenium dan Vitamin E juga memberi impak kepada fungsi kelelakian. Kajian ini jelas membuktikan betapa kritikalnya keperluan Vitamin E untuk kesuburan lelaki.

Sumber: celikvitamin[dot]com yang di'cited' dari International Journal of General Medicine


Ada banyak lagi khasiat Vitamin E yang boleh dibaca dekat link di bawah:

Dan untuk pengetahuan, promosi Vita-E Shaklee Beli 6 Percuma 1 masih berlangsung dan akan tamat 10 hari lagi. Rebut juga peluang berjimat dengan Free Membership & Cash Rebate dari Shaklee. Lebih details boleh baca dekat sini; Tawaran Free Membership & Cash Rebate.

Akhir sekali, Yatie kongsikan juga doa untuk mendapatkan zuriat;

 رَبِّ لاَتَذَرْنِى فَرْدًاوَأَنْتَ خَيْرُاْلوَارِثِيْنَ

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً،إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ بَيْنَ الْكاَفِ وَالنُّونِ

سُبْحَانَ مَنْ أَمْرُهُ إِذَآ أَرَادَ شَيْئًاأَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

 Maksudnya :
Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi (Surah Al-Anbiya' ayat 89)

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan (Surah Ali Imran ayat 38)
Maha suci Tuhan yang urusannya antara "Kaf" dan "Nun"
Maha suci Tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata "Jadilah", maka akan jadilah.


Seperti biasa, jangan malu jangan segan untuk hubungi Yatie jika nak mendapatkan suplemen kesihatan Shaklee. Tips eksklusif dan percuma untuk semua yang membeli dengan Yatie. InsyaAllah.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

Jun 19, 2014

Menu Sahur Ringkas Yang Menyelerakan

Bismillahirrahmnirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Ok. Belum masuk lagi Ramadhan, dah cerita menu sahur. Muahahaha. Al-kisahnya, minggu ni Yatie berpuasa. Jadi, Yatie nak kongsi la menu sahur yang ringkas tapi menyelerakan. Hehe. Oh ye, pagi tadi Yatie ada kongsi juga tentang persiapan nak menyambut Ramadhan; rohani, mental & fizikal. Jika berminat untuk mendapat Set Mighty 3 Germs Shaklee, boleh hubungi Yatie ye. ♥

nasi putih, pekasam daging, karipap roti micha, milo esp meal shakes
Tengok gambar memang macam tak sedap tapi cer try sekali. Sok lusa pun nak lagi. Haha. Kekdahnya pagi buta ambil gambar, memang tak ada seni la ye. Rajin tak Yatie buat karipap untuk diri sendiri sahur? Hehe. Tu resepi Mommycha. Sebab tu namanya karipap roti micha. Hihihi. Moh ler kita close up ye. 

Pekasam Daging
Yatie tak tahu korang bersahur macam mana. Tapi Yatie suka sahur dengan lauk 'kering' means tak perlu kuah segala. Kering macam ni je. Tak kisah apa lauk; pekasam ke, ikan bilis ke, ikan goreng ke. Selera baq ang. Hihihi. Cara masak pekasam ni mudah je. Resepi ada kat SINI.

karipap roti micha
Jangan gelak la ye warna agak gelap sikit. Mata kabur pagi-pagi. Haha. Kenapa namanya karipap roti? Sebab karipap ni guna roti kosong Gardenia je. Tengok lah bertapa kreatifnya MommyCha ni. Huhu. Sup sap sui siap boleh goreng. Yang ni Yatie guna sardin. Caranya; cuma sediakan inti sardin kemudian masukkan dalam roti yang dah diletakkan dalam acuan karipap. Tak faham korang tengok resepi dekat blog MommyCha ye. Pasti time tu jugak korang nak buat. Gila senang. Hehe. Terima kasih MommyCha atas resepi mu yang memudahkan ramai orang. Allah sahaja mampu membalasnya. ;)

Last sekali, MILO + ESP + MEAL SHAKES. Air ni tak ada close up. Tak teringat. Hehe. Tapi gabungan yang mantap. Sebab; minum MILO anda jadi sihat dan kuat, minum ESP anda bertenaga sepanjang hari, minum MEAL SHAKES melengkapkan nutrien dalam tubuh badan. Ya. Yatie rasa sangat perbezaannya. Memang terasa. Terutamanya di hari pertama puasa tempoh hari. Kebiasaannya hari pertama kita diduga dengan rasa lapar, perut berbunyi, mengantuk dan lemah longlai. Tapi, Alhamdulillah. Hari tu semuanya cantik dan smooth je. Alhamdulillah.

So. Pekasam Daging dan Set Mighty 3 Germs Shaklee atau ESP atau Meal Shakes atau Performance Drink (loose set), kesemuanya boleh anda dapati dari Yatie. Yatie merupakan Pengedar Pekasam Daging Azrieyta dan Pengedar Sah Shaklee Cheras serta kawasan sekitar Selangor/KL termasuk satu Malaysia. ♥

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

Blog design by Rainy Day