May 7, 2014

Wordless Wednesday: Ica Ilik


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Beberapa minggu sebelum Arissa balik, kami kemas bilik mainan dia aka bilik tamu. Rumah ada 2 bilik je yang available. Yg satu lagi jadi dapur. Hoho. Sebelum ni dah pernah share juga sudut bermain Arissa tapi kali ni full bilik sebab dah ada progress biliknya. Hihi.

Actually, tak ada tambah apa pun. Kalau sticker yang warna hijau tu memang ada sejak masuk. Sticker animals tu beli dari Groupon. Punca tiba-tiba naik ke atas yang animals atas rumput tu sebab position lama dilindungi oleh permainan dia. Hoho. Tambah cuma cadar. Cadar Tesco je uols. Tak sampai RM50. HewHewHew. Then atap/payung tu dari IKEA. Pun murah-murah aje. Yang lain semuanya barang lama yang memang dah sedia ada. Gitteww.

Almari tu? Dulu beli time Tesco buat sales dapat RM60. Kalau tak buat sales dia tu, RM129.90. Pfftt! Katil dan tilam queen tu pun sedia ada je. Pakai sampai besar. Haha. Sesuai la bilik 2 in 1 pun kan. Tak payah pening-pening. Cuma sesiapa yang datang rumah tu dia jadi kanak-kanak riang la. Hihihi.

Ok tak?
Tak puas lagi sebenarnya. Almari dia tu tak cukup. Bak kata Mak Ude dia, 'baju melobor' aka baju terlampau banyak. Hihi. So, nak menabung beli almari besar terus yang sesuai dengan warna katil. Then nak guna almari pink dia tu as almari buku. Buku-buku dia sekarang semua dalam storage box tepi almari pink.

Masa dia balik tempoh hari, nampak je rumah dia terus berzikir Ica Ilik Ica Ilik Ica Ilik. Yatie dah hantar gambar ni dekat Mak Ude dia. Dia pun dah tengok. Tu yang dia excited gamaknya. Masuk bilik, idak ler excited mana. Huhu. Dia dok amik satu satu mainan dia. Sambil sengih. Rindu dengan mainan kot. Haha.

Tak sampai 24 jam, mainan dah tak di lokasi yang sama seperti dalam gambar. HewHewHew. Semua dia dah bawa ke luar. Bila dekat nak malam, dia angkut bantal-bantal dia yang kecik comel termasuk patung tu bawa ke luar jugak. Tak nak tidur dalam bilik dia tu. Haha. Tapi, mak ayah suka! Tak bersedia lagi nak tidur asing dengan anak walaupun katil jadi sempit. Hehe.

Eh. Kata wordless kan? Dah tak wordless pun. Maaf la ye. Cerita pasal Arissa tak jadi nak Wordless Wednesday. Hihi. Ok then. Jom kita refresh dulu sebelum buat kerja. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. 

XOXO,
Mak Arissa.

5 comments

  1. antik la ilik ica....padan la iye windu.mama hias penuh kasihsyg kn..

    ReplyDelete
  2. wahahahaaha...ica seronoknya bilik dah cantik..kemain buku bertambah..hehehe

    ReplyDelete
  3. comel..lemari SB sama la dgn licha...huhu

    ReplyDelete
  4. comel bilik icha... nak buat juga utk bilik aina nanti. inshhaallah.
    Salam singgah dan follow.. :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day