May 6, 2014

Tempahan Watermark, Header Blog, FB Cover MURAH!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Panjang pulak tajuk entri hari ni. Ngeee. Dulu masa bujang, Yatie suka juga explore photoshop buat watermark, header blog termasuk template blog. Gigih dulu siap ada buku khas untuk coding html. Belajar guna internet. Tengok tutorial sana. Tengok tutorial sini. Bila siap tu kiranya wallaweh! Hihi. Tapi tu zaman bujang. Sekarang semuanya tempah sajo. Heee.

So, Yatie nak share kat mana Yatie tempah Watermark, Header Blog dan FB Cover Page yang terbaru. 

Watermark FB Page Arissa's Gallery

Watermark Blog I Am Mrs Lee

Cantik tak? Heee. Yatie just bagitau dekat dia, "Yatie nak watermark yang simple tapi elegan dan boleh appear dengan jelas dekat mana-mana gambar". Dan inilah hasilnya yang memang buat Yatie puas hati sangat. Yatie memang suka yang simple but elegan so sedap mata Yatie nak memandang. Gittew. Lain orang lain citarasa. Yer dak?


Ok. Ini pulak Cover Page FB dan Header Blog Arissa's Gallery. Hee. Menyerlahkan? Sesuai sangat kalau nak jadikan as medium tarikan. Masa dapat gambar ni, Yatie memang terkejut sangat sebab Yatie masa tu tak sempat nak kirimkan gambar-gambar. Bangun dari tidur tengok handphone dah siap. Phew! Udah la murah. Pantas pulak. Korang nak??! Heee.

Semua ni kita tempah dari Ibu Mumtaz Aqilah - pemilik blog Sue Suka Susun. Yatie jamin korang pasti akan puas hati dengan service dan hasilnya. Yatie kalau tengok blog Sue ni, Yatie suka sangat tengok susun atur dia. Kalau korang terjah blog Sue sekarang, korang akan terus dapat tengok price list untuk item-item di atas. Korang pasti akan bersetuju yang Sue offer harga sangat sangat murah untuk tempahan ni. ;)

Mari kita sama-sama memulakan hari dengan doa;

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam dan selawat serta salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul; Sayidina Muhammad, dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu pembukaan yang baik dan penutup yang baik, dan keseluruhan yang baik di awalnya dan di akhirnya, zahirnya dan batinnya serta darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini, dan kami berlindung kepadaMu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.

Ya Allah! Sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (munafiq), pekerjaan kami daripada amalan riya', lidah kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata-mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada.

Dan semoga Allah melimpahkan selawat serta salam ke atas Sayidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir seru sekalian alam.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day