May 21, 2014

Shaklee: DTX Complex

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.

Semalam Yatie kongsikan tentang Garlic Complex sebagai detoks pencuci darah. Hari ni, Yatie kongsikan pula tentang DTX Complex; pencuci hati. Shaklee ada Set Detox yang terdiri dari Garlic Complex, DTX Complex, Herb-Lax dan Alfalfa. Nanti Yatie kongsikan pula pula tentang Herb-Lax dan Alfalfa ye. :)

Hati. Penting tak hati untuk kita? Penting sangat kan. 

Satu faktor penting dalam penjagaan kesihatan yang tidak disedari ramai orang kerana kurang ditekankan tetapi amat penting untuk badan yang sihat ialah kesihatan hati.
Menjaga kesihatan hati ialah langkah pertama dalam usaha mengubah amalan gaya hidup seseorang.
Hati ialah organ penting dalam badan manusia dengan menjalankan 500 fungsi yang diketahui termasuk menyimpan tenaga dan vitamin badan, mengeluarkan hormon dan hempedu serta membantu mengemulsikan lemak dalam badan.
Hati pada asasnya merupakan organ yang penting kepada kehidupan.
Bagaimanapun, fungsi fisiologi yang dilakukannya tidak dilihat atau dirasai sehinggalah hati dibelenggu masalah atau penyakit.


DTX Complex Shaklee diekstrak dari biji benih pokok susu tisel & cendawan Reshi yang mempunyai antioksida yang tinggi. Secara umumnya, ia menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protein bagi tujuan menjana semula sel-sel hati yang telah rosak.

Sama-sama kita lihat khasiat setiap ramuan dalam DTX Complex;

♥ Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel
  • menghasilkan 80% silymarin yang kaya dengan antioksida
  • melindungi hati daripada toksin
  • merawat masalah hati seperti hepatitis & sirosis
  • mengurangkan kadar kerosakan hati
  • membantu mencegah & merawat masalah batu karang
  • membantu masalah kulit seperti psoriasis & eczema
♥ Artichoke
  • membina semula sel-sel hati
  • meransang pengaliran hempedu
♥ Dandelion
  • membantu fungsi hati terutama ketika berlakunya bengkak hati (hepatitis) & jaundis
  • membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu
  • membantu mencegah batu karang
  • membantu merawat endometriosis yang bertindak sebagai julap lembut 
  • meningkatkan keupayaan menyerap zat besi; melawan anemia
  • melawan tumor & kanser
  • merendahkan paras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kembung & lebihan air
♥ Kunyit
  • mengandungi curcumin; bahan antioksida
  • meningkatkan kesan anti keradangan & membantu mengurangkan kesakitan
  • mempunyai kesan antiviral terhadap HIV
♥ Reishi Mushrooms
  • membina imun; membantu mencegah / merawat kanser
  • mengurangkan masalah bronkitis & sinusitis
  • merawat sindrom keletihan yang kronik
  • membantu mencegah penyakit jantung
♥ Schizandra
  • ekstrak mengandungi bahan antioksida
  • berkait dalam meransang sintesis protein & meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoks
  • memperlahankan pembentukan toksin

Jika berminat untuk mendapatkan suplemen ni, boleh hubungi Yatie. Nak tahu tentang Set Detox juga boleh straight away tanya Yatie. Tadi, Yatie dengan Ikim.FM dari Prof Dr. Muhaya berkenaan tajuk Pesakit. Dan beliau juga menyebut tentang kesihatan hati. Bukan sekadar sihat fizikal tapi juga rohani. Kita bersihkan hati kita dari luar dan dalam. Cuci hati dengan DTX Complex Shaklee dan cuci hati dengan SIFAT TERPUJI. Wallahhualam. Kita Berusaha, Kita Berdoa, Kita Bertawakal.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Penghantaran satu Malaysia; Semenanjung, Sabah & Sarawak.

Jika mahu mendapatkan penjimatan sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan yuran pendaftaran hanya RM65 seumur hidup. Ada banyak lagi keistimewaan menanti anda!

XOXO,
Mak Arissa

1 comment

  1. Shaklee mmg best....bg tenaga yg terbaik utk wanita seharian kan ros

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day