May 23, 2014

Berbuat Baik


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalammualaikum. Hai.
Salam Jumaat.
:)

Sekarang, rasa macam cepat je masa berlalu. Tup tup dah jumpa semula dengan hari Jumaat.

Hari tu, Yatie dengar ceramah Prof Dr. Muhaya. Ada 3 proses pembelajaran manusia; membaca, mendengar dan melalui pemerhatian. Ada yang boleh belajar dengan ketiga-tiga cara. Ada yang hanya boleh belajar dengan satu cara. Masing-masing ada cara tersendiri. Korang yang mana? ;)

Nak cerita benda lain sebenarnya. Hehe. Selingan. =P


Hari ni Yatie pinjam kata-kata dari Indonesia. Hehe. Nak tanya, pernah tak korang rasa macam dah letih nak buat baik dekat si anu mahupun si polan? Yatie sendiri kadang-kadang letih nak terus berbuat baik dekat orang. Bukanlah minta untuk dijulang dan disanjung bila ada buat sesuatu kebaikan. Tidak sama sekali. Tapi bak kata pepatah melayu, 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. 

Sebenarnya, bila kita rasa sedikit terasa / terluka / kecewa - si Iblis mula memasang perangkapnya. Mula menambah segala perasa bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati kita. Sebab tu kita selalu diingatkan, 'ikut hati mati, ikut rasa binasa'. Guna kewarasan akal fikiran untuk menilai semuanya. Muhasabah. Tanya pada diri sendiri, "untuk apa aku berbuat baik pada dia?" 

Mak selalu ingatkan Yatie, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang". Mak Yatie memang punya tahap kesabaran super sai-ya. Setakat ini tak ada seorang pun di antara kamu mewarisi kesabaran mak. Huhu. Bila ingat kata mak tu, Yatie sedaya upaya nak jadi seorang yang positif. Tapi bukan senang nak berlawan dengan si syaitan. Jenuh berperang. Kadang-kadang berjaya. Kadang-kadang half way. Huhu.

Biasanya, Yatie akan berdiam dalam 1 2 3 hari atau paling lama seminggu. Lepas tu, Yatie akan cool balik. Manusia. Perempuan pula. Penuh dengan emosi. Haha. Selalu cakap kat diri sendiri, 'tak apa lah. buat baik ke. buat jahat ke. kalau dah orang tak suka, kita tak boleh nak buat apa. jangan berhenti buat baik. Allah ada. Allah yang berhak menilai keikhlasan kita.'

Jadi, mari kita sama-sama terus berbuat baik walau dibenci. Buat baik tak semestinya hantar sedulang nasi ambeng mahupun satu jug jus tembikai. Buat baik dengan mendoakan kesejahteraan semua. 

p/s: Sesiapa yang nak bertanya produk Shaklee boleh contact kite ye. Hehe. Iklan pulak masuk sikit. Hihihi.

XOXO,
Mak Arissa.

1 comment

  1. Mama Arissa....
    Entry ini sangat2 mengkagumkan....julia suka baca entry ni mama arissa...series julia ckp...kesemua info dlm entry ini mmg ada kena mengena dengan julia...so julia ambil iktibar kata2 ibu ros...biar orang buat kita, kita jangan buat orang...mmg penat bebruat baik, x minta sebarang bonus mahupun pujian, tp sedikit nasihat boleh berperang sebegini rupa...Allah, tidak minta dipanggil perempuan lindungan kaabah dan seangkatan sebagainya...cukuplah kata2 nista yg dilemparkan kepada julia...kerana disebalik kata2 itu buat julia semakin ingin berbuat baik...bukan riak, bukan terlalu taksub hendak berbuat baik mahupun nasihat secara baik...tp bila kita berbuat baik...seolah2 kita menasihati diri sendiri...melainkan ada orang nak tudung kesalahan diri tp meletakkan kesalahan itu pada orang yang tidak sepatutnya...maafkan julia ros...luahan ini adalah kerana julia rasa sgt bersyukur...jumpa entry yg sangat2 beri kesedaran utk kita terus berbuat baik...dont stop! :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day